Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

“Tuhan makbulkan hasrat arwah untuk menjadi isteri saya sehingga akhir hayatnya,”-SUAMI MANGSA




Luhan Sayu Hisyamuddin Yunus|Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia di sini apabila Muhammad Hisyamuddin Yunus, 25, membacakan talkin untuk jenazah isterinya, Nur Fazlina Fazil, 25, sambil menangis.

Rata-rata kaum keluarga dan sahabat handai yang ada di situ turut tidak mampu menahan air mata daripada mengalir apabila melihatkan keadaan tersebut.

“Tuhan makbulkan hasrat arwah untuk menjadi isteri saya sehingga akhir hayatnya,” luah Muhammad Hisyamuddin ketika ditemui selepas majlis pengebumian isterinya itu di sini hari ini.

Arwah yang baru dikahwini empat hari lalu maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas hingga melanggar penghadang kiri jalan di Kilometer 200.9, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, di Kerian semalam.

Kejadian pukul 3 petang itu menyebabkan Nur Fazlina tercampak keluar daripada kende­raan dan tersangkut pada penghadang jalan berkenaan.

Nur Fazlina yang berasal dari Taman Ipoh Jaya Timur di sini di­sahkan meninggal dunia ketika me­nerima rawatan di Hospital Tai­ping.

Menceritakan semula kejadian Muhammad Hisyamuddin memberitahu, kira-kira 20 minit sebelum kemalangan berlaku, arwah isterinya tiba-tiba mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menjadikan dia sebagai isteri.

Tambah penuntut tahun akhir ijazah sarjana di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) itu, Nur Fazlina turut meluahkan harapan ingin menjadi isterinya sehingga akhir hayat.

“Ketika mendengar kata-katanya itu, hati saya berdetik me­ngapa dia berkata sebegitu sehinggalah kejadian tersebut.

“Meskipun merasa sangat sedih, namun saya redha dengan ketentuan Allah yang menetapkan jodoh kami hanya untuk empat hari,” ujarnya sebak.







https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA “Tuhan makbulkan hasrat arwah untuk menjadi isteri saya sehingga akhir hayatnya,”-SUAMI MANGSA. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top