Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Seorang lelaki ditangkap sebab melakukan seks luar tabii, cubaan merogol terhadap seorang pembantu tadbir


sekadar gambar hiasan

Kuala Lumpur – Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini atas tiga pertuduhan iaitu melakukan seks luar tabii, cubaan merogol dan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang pembantu tadbir di kawasan tangga sebuah rumah kedai.

Mohd Mazlan Ibrahim, 31, yang bekerja sendiri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Muhamad.

Dia dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di kawasan tangga rumah kedai di Jalan Persiaran Perdana 3/10, Pandan Jaya, di sini pada 1.15 pagi, 31 Disember tahun lalu.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan seks luar tabii terhadap wanita berusia 23 tahun dan cuba merogolnya mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan terhadap mangsa sama dengan merompak telefon bimbit dan sebentuk cincin emas bernilai RM560, mengikut Seksyen 395 kanun sama yang membawa hukuman hukuman penjara dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene tidak menawarkan sebarang jaminan bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dibenarkan diikat jamin.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 7 Februari untuk sebutan semula kes. –Bernama
http://www.kualalumpurpost.net/didakwa-lakukan-seks-luar-tabii-rompak-wanita/






Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Seorang lelaki ditangkap sebab melakukan seks luar tabii, cubaan merogol terhadap seorang pembantu tadbir. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top