Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

saya ambil pakej bersalin rm3050 tapi kena bayar rm10k,kalau tak jelaskan segera anak tiada surat kelahiran-mangsa tipu




SEORANG lelaki yang merasa tertipu membuat laporan polis terhadap Hospital Pakar Ampang Puteri, yang didakwanya mengenakan bayaran 3 kali lebih mahal dari harga pakej bersalin yang dipilihnya.

Berdasarkan laporan polis yang tersebar di media sosial, beliau mendakwa telah mengambil pakej bersalin untuk isterinya yang berharga RM3,050.00 seperti yang ditawarkan oleh Hospital Pakar Ampang Puteri.



Bayaran itu dakwanya telah dibuat ketika pendaftaran selepas dia diminta berbuat demikian.

Isterinya dikatakan telah selamat bersalin pada 29 Disember 2016, jam 14:25 melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.40 kg. Pada waktu itu beliau mendakwa telah diminta untuk membuat pembayaran tambahan sebanyak RM1,000 lagi.

Memandangkan isteri masih berada dalam bilik bersalin, dia terus membuat pembayaran tersebut walaupun tidak tahu apakah tujuan pembayaran itu.

Namun ketika dibenarkan untuk keluar dari hospital, pada 30 Disember 2016, pihak hospital dakwanya mengarahkan beliau untuk pergi ke bahagian akaun bagi menjelaskan bayaran bil hospital.

Beliau merasa terkejut apabila diminta menjelaskan bayaran lebih kurang RM10,000 sedangkan isterinya bersalin secara normal dan tiada sebarang pembedahan dilakukan ke atasnya.

Beliau menolak untuk membayar bil yang telah melonjak lebih 3 kali ganda daripada harga pakej bersalin yang ditawarkan oleh pihak hospital.

Ekoran keengganan untuk membayar bil tersebut, pihak hospital tidak mengeluarkan surat keterangan kelahiran anaknya, menyebabkan kelahiran anaknya tidak dapat didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara untuk memperolehi sijil kelahiran.

Selain itu, dakwanya lagi anak dan isterinya tidak diberikan sebarang ubat-ubatan ketika keluar daripada hospital. Hanya perkhidmatan kerusi roda untuk menghantar isteri dan anak ke kereta sahaja yang diberikan.



Beliau terpaksa membeli ubat-ubatan di farmasi memandangkan isterinya mengalami kesakitan selepas bersalin, selain itu anaknya yang mengalami demam kuning juga tidak dapat dibawa ke hospital kerajaan kerana tidak memiliki sijil kelahiran.



Apa pun, ini cerita dari sebelah pihak, laporan polis juga sudah dibuat oleh individu yang mendakwa ditipu. Selepas ini kita tunggu pula apa penjelasan pihak hospital.

http://mediahub-m.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500







Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA saya ambil pakej bersalin rm3050 tapi kena bayar rm10k,kalau tak jelaskan segera anak tiada surat kelahiran-mangsa tipu. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top