Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Baju saya bukan dia nak angkatkan. Dah abang saya letak cawan semua merata, boleh pulak dia terima, geramnya aku!






Di sini, saya nak cerita pasal kakak ipar saya yang kerek dan hipokrit. Sebelum saya tulis panjang lebar, saya perkenalkan diri dulu sbg I:

Umur 29 tahun
Masih bujang
Ada degree
CPGA saya dulu above 3.0
Sudah bekerja, gred 41.

Di tempat kerja, saya ni kira level bos (junior) lah. Kalau dah nama bos (even junior), faham-fahamlah kan. Kerja banyak. Kadang-kadang stres. Kebaikan saya, saya jenis yang tak berkira duit. Kalau orang nak pinjam duit, saya ok. Orang mahu minta tolong bawa ke mana-mana pun saya tak kisah. Saya juga utamakan mak dan keluarga saya. Kelemahan saya, saya tak suka buat kerja rumah. Saya tak suka masak. Saya tak suka kemas rumah. Saya juga hantu drama Korea.

Abang saya seorang businessman. Kakak ipar pula kerja kerani di sebuah syarikat swasta. Macam ni, sejak kerja, saya duduk dengan abang saya. Abang saya ok tp kakak ipar saya ni macam tidak suka saya. Buktinya? Setiap kali masak pagi, petang atau malam (kakak ipar suka masak dan mengemas sampai saya naik rimas), kakak ipar jarang nak panggil makan sekali (saya tengok memang dia masak lebih untuk saya pun tapi memang berat mulut sangat nak panggil makan).

Abang saya yang panggil. Hari tu, abang saya tegur saya tidak basuh pinggan. Alah, 1-2 pinggan saja pun nak berkira?. Mesti kakak ipar yang bawa mulut. Kakak ipar saya juga jarang mahu bersapa dengan saya di rumah. Kalau dia rasa nak tegur, dia tegur, kalau tidak, dia diam saja.

Saya tertanya-tanya, apalah salah saya. Sebab saya tak tolong masak ke? Atau sebab saya tak tolong buat kerja rumah ke? Sebab saya bangun lambat hujung minggu ke? Semua ni bukan saja-saja. Sebab saya rasa dia tak suka saya. Sebab tu saya elakkan diri dari jumpa dia. Lepas mereka sudah siap makan, baru saya makan

Satu lagi, kerja saya di pejabat banyak. Hujung minggulah peluang saya nak rehat ke hape ke? Lagipun, kakak ipar saya ini level ini kerani aje. Kerja mudah. Susun fail. Ikut arahan bos. Lain tahap stress dan beban otak berbanding saya. Dia kena faham benda ini.

Bagi peluang saya mahu hilangkan stress kat rumah. Ni, kat pejabat stress, kat rumah stress dengan sikap dia yang tak menentu tu. Kakak ipar saya ni, dengan abang saya, baik saja. Pagi petang malam dia masak dan buat air untuk abang saya. Saya tengok abang saya langsung tak buat kerja rumah. Masak pun macam-macam. Tapi itu dengan abang saya. Dengan saya? Jangan harap dia nak buatkan air untuk saya.

Saya tak basuh pinggan pun dia buat muka. Baju saya bukan dia nak angkatkan. Dah abang saya letak cawan semua merata, boleh pulak dia terima, geramnya aku! Saya ni siapa? Saya ini kan adik ipar dia. Layanlah saya macam dia layan abang saya. Sudah kahwin, jangan terima lelaki tu saja tetapi terima juga keluarga dia.

Maaf. Sekadar nak meluah rasa. Buat wanita di luar sana, kalau kahwin tu, terima lah kelebihan dan kekurangan keluarga suami awak tu. Jangan nak berkira sangat dengan ipar duai. Sekian, terima kasih.









https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Baju saya bukan dia nak angkatkan. Dah abang saya letak cawan semua merata, boleh pulak dia terima, geramnya aku! . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top