Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

SEDIH-baru 15 tahun dara telah diragut oleh bapak sendiri dan teman lelaki yang berusia 53 tahun....

"Ya Allah....kau tak layak digelar "AYAH"....kejam!"
#Hukuman penjara 30tahun tak cukup bg manusia seperti ini....
##30_DEC_2016
#SARAWAK


~ BAPA BERHADAPAN PENJARA 30 TAHUN KERANA ROGOL ANAK SENDIRI DI BAU ~
KUCHING ~ Lagi haruan makan anak. Seorang bapa berusia 46 tahun mengaku bersalah melakukan sumbang mahram dengan merogol anaknya sendiri di Mahkamah Sesyen Kuching semalam.

Lelaki tersebut membuat pengakuan di hadapan Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad bahawa dia telah melakukan perbuatan terkutuk itu di kediaman keluarga di Bau pada jam 10.30 malam pada 19 Julai 2013, ketika anaknya berusia 12 tahun.
Bagaimanapun disebabkan fakta kes yang belum lengkap, proses pertuduhan terpaksa ditangguhkan, dan tertuduh akan terus menjalani proses tahanan sehingga kes disebut semula pada 10 Januari depan.

Pertuduhan dibacakan di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa kepada penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Selain bapanya, turut didakwa semalam ialah teman lelaki mangsa yang berusia 53 tahun, atas kesalahan serupa.

Then Ah Jen, juga dari Bau dituduh melakukan jenayah rogol bawah umur dan didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan sebatan.
Tertuduh turut dilanjutkan tempoh tahanan reman di penjara sehingga kes disebut semula pada 23 Januari depan.

Atas pertuduhan ini, tertuduh dinasihatkan agar menyediakan peguam pembela bagi mewakilinya.
Mangsa kini berusia 15 tahun.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA SEDIH-baru 15 tahun dara telah diragut oleh bapak sendiri dan teman lelaki yang berusia 53 tahun..... TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top