Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Datuk M Yang Mati Ditembak Pengawal Peribadinya Rupanya Ketua Kongsi Gelang Geng 24

Ahli perniagaan berpangkat ‘Datuk” yang ditembak mati oleh pengawal peribadinya sendiri akibat perselisihan faham, merupakan ketua kumpulan kongsi gelap Geng 24, kata polis.


Ketua Polis Daerah (OCPD) Georgetown, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihak polis sedia maklum tentang kegiatan haram yang dilakukan oleh Datuk Ong Teik Kwong atau dikenali sebagai Datuk M dan kumpulannya.

“Kami mendapat maklumat tentang anggota kumpulan itu terlibat dalam aktiviti pengutipan wang perlindungan, tetapi tiada pihak (mangsa) tampil membuat laporan.

“Kumpulan ini juga terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wang secara haram.

“Geng 24 merupakan satu daripada 14 kumpulan rahsia yang dipantau oleh polis.

“Kami mempunyai senarai ahli kumpulan dan tahu pergerakan mereka,” kata beliau ketika dihubungi pada Jumaat.

Selain itu, Teik Kwong turut dilaporkan antara individu yang dikaitkan dengan satu kes pembunuhan pada 2011 yang melibatkan kematian seorang penjual cekera padat yang mati ditetak sekumpulan lelaki berparang.

Dalam kejadian pada 1 Disember lalu, Teik Kwong dan dua individu lain terbunuh manakala lima mangsa lagi cedera apabila pengawal peribadinya melepaskan tembakan rambang di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu.

Apabila Teik Kwong menerima gelaran Datuk, rakannya dan beberapa syarikat lain menyiarkan iklan ucapan tahniah sebanyak 50 muka surat di sebuah akhbar Cina, dan iklan itu disiarkan selama beberapa bulan.

Menurut sumber, Geng 24 menjadi “kuat” selepas bergabung dengan sebuah lagi kumpulan kongsi gelap, Sio Sam Ong yang terlibat dalam kes pembunuhan enam mangsa di Taman Bersatu, Sungai Petani pada September 1992.

“Selepas bergabung, kumpulan itu dikenali sebagai Geng 234, tetapi orang luar masih menggelarnya sebagai Geng 24 dan Sio Sam Ong.

“Polis juga tidak menolak kemungkinan Geng 24 terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah,” kata sumber itu.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Datuk M Yang Mati Ditembak Pengawal Peribadinya Rupanya Ketua Kongsi Gelang Geng 24. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top