Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Curang Dengan Teman Lelaki, Gadis Dikurung Dan Dipukul Serta Ugut Jual Adik Atau Membunuh Ahli Keluarga Oleh Teman Lelakinya

SEORANG remaja perempuan mendakwa dipukul dan dikurung oleh teman lelakinya selepas disyaki menjalinkan hubungan dengan lelaki lain di Skudai, Johor Bahru.

Remaja berusia 17 tahun itu cedera di bahagian muka dan terpaksa menerima jahitan di kepala selepas teman lelakinya berusia dalam lingkungan 30 memukul dan mengurungnya di sebuah rumah di Taman Sri Skudai.

Menerusi laporan polis yang dibuat abang mangsa, Saifuddin Hashim, 20, menjelaskan bapanya, Hashim Abdul Karim menerima panggilan telefon dari Balai Polis Skudai kira-kira jam 2.30 pagi memaklumkan adiknya telah dipukul.

Dalam laporan tersebut, Saifuddin berkata, adiknya telah dibelasah teruk dan dikurung di dalam rumah di Jalan Tembaga Kuning, Taman Sri Skudai oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Nehan Salim.

“Adik saya memberitahu lelaki bernama Nehan ingin menjual adik atau membunuh salah seorang ahli keluarga.

“Saya membuat laporan supaya pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya dan bimbang terjadi apa-apa kepada keluarga saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Mutiara Rini, Nusajaya pada Sabtu lalu.


Remaja 17 Tahun Dipukul, Dikurung Teman Lelaki
Sementara itu, kakak mangsa, Nurul Saiyidah turut memuat naik beberapa kesan kecederaan pada adiknya dan meminta bantuan netizen mencari lelaki yang memukul adik perempuannya.

Saiyidah berkata, adiknya tidak pulang ke rumah dan keluarga mencarinya sehinggalah polis memaklumkan mengenai penemuan mangsa yang dipukul oleh teman lelakinya.

Katanya, mangsa mengenali suspek ketika bekerja di sebuah kilang sebelum ini dan menjalinkan hubungan cinta.

Menerusi ruangan komen, suspek dikatakan pernah berkahwin dan  mempunyai anak serta seorang penagih dadah.

Ada netizen yang mendakwa suspek kini bekerja di sebuah kedai aksesori kereta import sebelum menghilangkan diri selepas kejadian.

Mangsa kini mendapat rawatan di Hospital Kulai dan keluarganya berharap suspek dapat ditahan dalam masa terdekat supaya menerima hukuman sewajarnya dengan tindakan yang dilakukan. – MYNEWSHUB.CC



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Curang Dengan Teman Lelaki, Gadis Dikurung Dan Dipukul Serta Ugut Jual Adik Atau Membunuh Ahli Keluarga Oleh Teman Lelakinya. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top