Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Izinkan Anak Berkahwin Diusia 12 Tahun, Ketua Peguam Mengesa Kerajaan Mengheret Ibu Bapa Kanak-Kanak Tersebut Ke Mahkamah

Kaherah: Gambar sepasang kanak-kanak berpakaian pengantin yang tersebar di media sosial di Mesir mencetuskan kecaman sebahagian rakyat negara itu.

Ketua Pusat Wanita untuk Bantuan Guaman dan Kaunseling, Reda Eldanbouki menggesa pihak berkuasa mengheret ibu bapa kanak-kanak berkenaan ke mahkamah dan mendakwa mereka atas tuduhan jenayah terhadap kanak-kanak.




Bagaimanapun, bapa kanak-kanak lelaki itu, Nasser Hassan menafikan melangsungkan perkahwinan anaknya, Omar, 12, dengan sepupunya, Gharam, 11.

Menurut Nasser, ia hanya masjlis pertunangan.

“Keluarga saya tidak melakukan kesalahan. Ia majlis pertunangan, bukan perkahwinan,” kata Nasser.

Katanya, Omar memang sukakan Gharam dan selalu berkata, dia akan berkahwin dengannya apabila besar, sebelum orang lain meminang kanak-kanak perempuan itu.

“Mereka yang memilih untuk bertunang. Dan mereka akan berkahwin apabila masing-masing mencecah usia 18 tahun,” kata Nasser. - Agensi



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Izinkan Anak Berkahwin Diusia 12 Tahun, Ketua Peguam Mengesa Kerajaan Mengheret Ibu Bapa Kanak-Kanak Tersebut Ke Mahkamah . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top