Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Isteri OKU Sarat Mengandung Hampir Meroyan Gara-gara Suami Penagih Dadah, Luahan Wanita Ini Wajib Dibaca Rakyat Malaysia

Salam. .Mohon admin hide profil identiti saya terlebih dulu, BISMILLAH.. Dengan Nama Allah tiada niat dihati saya sebagai isteri untuk membuka aib suami @ menceritakan masalah rumahtangga saya. 


.tujuan ssya sekadar meminta pendapat & tunjuk ajar dari akak2 yang ada pengalaman @ cadangan untuk saya, saya berumur 21tahun, ibu kepada sorang budak laki umur 2tahun dan sarat hamil anak kedua ,due 12/11 ni dah, usia perkhawinan saya dan suami hampir 4tahun. 


.awal perkahwinan saya terkjut mengetahui suami penagih, tapi bila tanya dia xngaku. .sampailah hari ni, tapi bezanya dulu kami cukup makan, anak xpernah miss xde susu ,pempers, duit nafkah xpernah xbagi. .


sebsb kelengkapan ssya lengkap tulah yang buatkan saya percaya yang dia xbuat, tapi sejak setahun lalu segalanya dah xsama, duit xpernah cukup,.sampaikan terpaksa tukar susu kepada milo bagi kat anak sebab nak jimat duit, tahun lepas baju raya anak saya korbankan walaupun saya wat beli baju melayu sepasang untuk anak ,sedih hati ni ,.sekarang ni saya terpaksa tinggal dengsn mentua, dalam satu bumbung ada 2orang ipar, 3 family termasuk saya,. Satu umah .

 Asalnya saya tinggal dengan ibu bapa saya tapi gara2 bapa mengamuk dan menghalau kami suami isteri kerana xtahan dengan sikap suami yang malas keje dan berapa kali kena buang keje, .saya redho xde simpan marah dekat bapa sebab saya sedar yang dia buat yang terbaik untuk saya, hidup saya dan anak sekarang mengharap apa yang orang bagi makan, harap kakak ipar tolong bagi susu kadang2, pempers, malu hanya tuhan je tahu, .


suami semakin teruk menagih, sampaikan sanggup tukar perut anak bini yang sehari xmakan dengan beli dadah, semakin saya menghitung hari nak bersalin semakin dia menjadi2, hati serabut. .jiwa xtenang, .selama ni saya diam saya sabar sebab pikir anak, tapi sia2 ,nanges pum xguna, harini tegur, esok buat lagi. .sampaikan saya dah jadi pendiam, biar je dia buat apa dekat saya,.letih terlalu letih, xde tempat mengadu, .


nak hrap sape tolong pom xtahu, dibuang keluarga sebab kesalahan orang laen, allahu, .buntu !hati ni dah xsanggup nak tengok mata anak kelaparan, xsanggup nak tengok anak hisap tea O ganti susu, kadang2 sirap, allahu, saya bukan xsanggup hidup susah, tapi ?? Susah xkan wujud kalau suami xwat hal, untuk pengetahuan saya ni cacat, xcident dan patah tulang belakang.


 .banyak kali saya keje tapi xlama sebab sakit, niat keje sebab nak bantu suami, last2 dapat tahu hamil anak kedua saya stop keje sampai hari ni, hidup saya sekarang 100% harap belas ihsan kakak ipar, kena maki ,kena umpat, saya diam je sebab pikir saya tumpang dia, abang ipar dah masuk 3kali ugut nak pukul sebabnya dia xsuka saya dengan ansk, suami xtahu, saya xnak jadi gaduh dia dengan abang dia, cuma kakak ipar je tahu, tapi kakak ipar diam je. .


saya hidup kadang2 ketakutan, abg ipar pun penagih dadah jugak, hidup ada suami tapi xrasa dilindungi, ada suami tapi xrasa tempat berteduh ,tertanya2 apa salah saya,. Pernah sekali saya mintak pimjam duit dengan ibu kandung saya ,terlalu terdesak. .pastu dia tahu, dia marah saya teruk, cakap saya sengaja nak malukan dia kat family, demi allah xde niat kat hati nak malukan dia, tapi saya buntu. .


sejak tu saya dah xmitak duit dah dengan ibu, apa yang ada saya dengan anak makan,. Saya redho dengan yang terjadi, anggap satu kifarah atas dosa2 yang lalu, .saya xingnkan penceraian ,tapi dia seolah xnak berubah. .bagaimana hati ini mampu bersabar lagi saya xpasti, moga2 ada sedikit ruang dihati suami untuk berubah sebelum allah tarik saya dan anak. .



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Isteri OKU Sarat Mengandung Hampir Meroyan Gara-gara Suami Penagih Dadah, Luahan Wanita Ini Wajib Dibaca Rakyat Malaysia. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top