Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

suami tidak pernah sepatah pun memanggil mumy saya ibu/mak sepanjang 6 tahun berkahwin-KENAPA SUAMIKU

sekadar gambar hiasan tiada berkaitan

hi warga krt,boleh hide profil saya.saya berumur 24thn.saya berkhawin diusia muda iaitu 18,suami juga berumur sama.kami dikurniakan seorg anak.saya dgn suami sudah bercinta sejak dibangku sekolah menengah.

selepas sekolah kami terlanjur dan saya mengandung lalu kami berkhawin.semasa zaman masih bercinta suami suka bercerita dgn keluarga saya malah amat rapat

.Tetapi masalah disini selepas berkhawin suami tidak rapat tidak bercakap dgn keluarga saya kecuali dgn bapa saya.saya amat tersinggung.Usia perkhawinan kami adalah 6thn.Apabila keluarga saya bertandang kerumah,suami buat mcm 'tiada'.

Apabila saya balik keruma mumy saya,suami diam sahaja tidak ceria dan tidak mau berkumpul bercerita ataupun tdur dlm bilik.Dia akan bercerita dgn ayah saya sahaja.

Sekali pun tda perna memanggil mumy saya mumy/ibu/mak.Tetapi apabila dgn keluarga mertua,dia mahu saya sangat menghormati keluarganya.saya pendam dlm hati..

Utk pengetahuan warga krt suami saya memang baik,berkerja keras,nafkah tiada masalah.kami tinggal sendiri dan hidup sederhana.Saya juga perna berbincang dgn suami kenapa tidak perna sepatah pun memanggil mumy saya ibu/mak.

Suami ckp belom bersedia.adik beradik saya yg lain pun dia tda perna bertegur(saya mempunya 3org adik) sedangkan keluarga saya semua baik tidak perna berkata buruk tentang suami dan buat dia menyinggung perasaan.


saya benar2 amat sakit hati.Sampai bila??? Terimakasih pandangan anda warga krt.

kandungan saya 28week dah..bulan lepas saya ada pegi scan 4d kenapa wajah anak saya nampak macam extunang saya.

Assalamualaikum...admin please hide profile saya.tq so much
*aku yang masih buntu*


Maafla jika cerita ni buat pembaca pening sikit.saya tak pandai nak karang ayat.harap ada yang faham.


Last 6.6.16 saya terlanjur dengan tunang saya masa itu dan esoknya kami berpisah dan putus tunang.13hb 6 saya terlanjur dengan suami saya sekarang.


11hb 7 saya period...22hb 8 saya tahu saya mengandung 5minggu 30hb 8 saya nikah.


.now kandungan saya 28week dah..bulan lepas saya ada pegi scan 4d kenapa wajah anak saya nampak macam extunang saya..

.ada sesiapa boleh terangkan x anak tu anak siapa..saya sedih sangat2 dgn kisah saya dan sy hari2 menyesal dan bsalah dgn anak ni...takut keluar tak sama suami saya../::'(


Ada kemungkinan ni anak extunang ke?please minta pandangan..

kisah rumah tangga

"Pa ingat sebab pa selalu sepak anak 1 hari nanti allah akan bagi buruk kaki pa"suami panas baran

Salam admin
Tlg hide profil saya yer


sekadar gambar hiasan tiada berkaitan dengan pesakit

Saya berkahwin dengan z 6 tahun dan mempunyai 4 anak.. kisah yang saya ingin kongsikan adalah sikap z. Z ni seorang ayah yang penyayang.

 1 sahaja sikap z yang panas baran dan ego yang tinggi membuatkan kami takut dengan z.. apabila dia marah semua kaki tangan dia akan naik.. 1 perkara yang telah merubah dia sampai sekarang terjadi pada 1 ramadhan 2016.

 Sedang saya sembahyang, anak2 bising. Apa lagi z pun melenting dan menyepak dan pukul anak2. Saya turut terkena tempias sebab backup anak2.. selepas itu tanpa sedar terkeluar 1 ayat yang buat dia merana sampai sekarang.

 "Pa ingat sebab pa selalu sepak anak 1 hari nanti allah akan bagi buruk kaki pa". Ayat keramat 2 telah menyebabkan kaki z berkudis dan bengkak sampai sekarang.. selepas kerjadian 2 dia berubah dan tidak pukul kami lagi..

 pengajaran pada isteri2 marah macam mana pun pada hubby kita jangan celupar mulut.. smpai sekarang kaki z x lega..
Terima kasih
Mohon share untuk tatapan isteri2 di luar sana


kisah rumah tangga

“inilah kuasa media sosial. Dalam masa beberapa minit, Nasi Lemak Babi Hutan telah habis dijual”.-PENJUAL




Nasi Lemak merupakan makanan yang digemari oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.


 Baru-baru ini, telah tular pula tentang kedai makan yang menyajikan Nasi Lemak Babi Hutan sebagai menu utama. Lokasi kedai itu terletak di Medan Selera Kuchai Lama.

Ramai netizen bukan Islam menyatakan bahawa nasi lemak dan lauk-pauk yang disediakan sedap. Lauk yang paling disukai oleh kebanyakan pelanggan adalah Kari Babi Hutan. Sejak ianya menjadi viral, nasi lemak babi hutan semakin dikenali dan laris dijual.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Hwong Yie Hahn mengatakan, “inilah kuasa media sosial. Dalam masa beberapa minit, Nasi Lemak Babi Hutan telah habis dijual”.

http://www.pru14.tv/2017/01/20/nasi-lemak-babi-hutan-menjadi-buruan/




Hati-Hati Kalau Terjumpa Tanda Putih Seperti Ini Pada Buah Pisang🍌🍌

Hampir semua orang menyukai buah pisang tak kira lah apa jenis pisang sekali pun. Tapi pernah tak korang menjumpai tanda putih pada kulit pisang seperti ini?


Jika ya, pastikan korang tidak memegang pisang tersebut, apatah lagi memakannya kerana tanda putih tersebut adalah sarang telur labah-labah yang amat merbahaya.

Spesis labah-labah Wandering Brasil adalah spesis labah-labah yang boleh menyebabkan kematian pada manusia dalam masa kurang daripada 1 jam selepas digigit.

Tambah lagi, spesis labah-labah ini suka bersarang pada buah-buahan dan sebaik sahaja telur labah-labah ini menetas, gigitan daripada anak labah-labah juga amat berbisa.

Justeru, pastikan korang basuh dulu buah-buahan sebelum makan ok?

Gadis 19 Tahun Maut Dipercayai Didera Dan Diseterika Bekas Teman Lelaki





Gadis 19 Tahun Maut Dipercayai Didera Dan Diseterika Bekas Teman Lelaki|Seorang gadis berusia 19 tahun di temui mati dengan kesan pada muka dan luka terbakar di bagian kedua betis di salah satu pangsapuri di Cheras Utama, Cheras pada Jumaat semalam.

Mayat gadis yang di temui dalam sebuah bilik dengan keadaan terlentang di atas lantai kira kira jam 5.10 petang oleh anggota polis yang membuat siasatan selepas menerima maklumat.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata mangsa sebelum ini tinggal bersama bekas teman lelakinya di rumah berkenaan namun keluar dari rumah Oktober lepas kerana berlaku perselisihan faham.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa kemudian pulang ke rumah lelaki itu pada Rabu lalu dalam keadaan bengkak di bahagian muka dan badan selain terdapat luka di kedua-dua belah betis.

“Lelaki berkenaan ingin membawa mangsa ke hospital, tetapi mangsa enggan dan menyatakan bahawa dia telah dikejar dan dipukul oleh teman lelakinya yang baharu,” katanya.

Hasil bedah siasat

Setelah membuat bedah siasat pada mangsa di dapati mengsa telah di dera dengan waktu yang cukup lama,selain dari pada bengkak yang teruk di muka serta seluruh badan luka di kedua dua betis di percayai kesan dari pada seterika panas.

“Sementara itu, bekas teman lelaki mangsa yang ditahan semalam akan direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 27 Nov bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan lanjut, polis mendapati bekas teman lelaki mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah,” kata  ACP Chong Kok Sin ketika dihubungi Astro awani hari ini.



Sehubungan itu, polis sedang memburu seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaa.


http://eberita.org/gadis-19-tahun-maut-dipercayai-didera-dan-diseterika-bekas-teman-lelaki/

“Tuhan makbulkan hasrat arwah untuk menjadi isteri saya sehingga akhir hayatnya,”-SUAMI MANGSA




Luhan Sayu Hisyamuddin Yunus|Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia di sini apabila Muhammad Hisyamuddin Yunus, 25, membacakan talkin untuk jenazah isterinya, Nur Fazlina Fazil, 25, sambil menangis.

Rata-rata kaum keluarga dan sahabat handai yang ada di situ turut tidak mampu menahan air mata daripada mengalir apabila melihatkan keadaan tersebut.

“Tuhan makbulkan hasrat arwah untuk menjadi isteri saya sehingga akhir hayatnya,” luah Muhammad Hisyamuddin ketika ditemui selepas majlis pengebumian isterinya itu di sini hari ini.

Arwah yang baru dikahwini empat hari lalu maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas hingga melanggar penghadang kiri jalan di Kilometer 200.9, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, di Kerian semalam.

Kejadian pukul 3 petang itu menyebabkan Nur Fazlina tercampak keluar daripada kende­raan dan tersangkut pada penghadang jalan berkenaan.

Nur Fazlina yang berasal dari Taman Ipoh Jaya Timur di sini di­sahkan meninggal dunia ketika me­nerima rawatan di Hospital Tai­ping.

Menceritakan semula kejadian Muhammad Hisyamuddin memberitahu, kira-kira 20 minit sebelum kemalangan berlaku, arwah isterinya tiba-tiba mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menjadikan dia sebagai isteri.

Tambah penuntut tahun akhir ijazah sarjana di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) itu, Nur Fazlina turut meluahkan harapan ingin menjadi isterinya sehingga akhir hayat.

“Ketika mendengar kata-katanya itu, hati saya berdetik me­ngapa dia berkata sebegitu sehinggalah kejadian tersebut.

“Meskipun merasa sangat sedih, namun saya redha dengan ketentuan Allah yang menetapkan jodoh kami hanya untuk empat hari,” ujarnya sebak.




DAHSYATNYA KESAN PIL ECSTASY JAHANAM... “Inilah kesan Ecstasy - Tolonglah jangan ambil.”


DAHSYATNYA KESAN PIL ECSTASY JAHANAM.
London: Bagi mereka yang menggunakan dadah, termasuk pil ecstasy lihatlah dua gambar ini - kesan ecstasy terhadap dua remaja perempuan dengan seorang daripadanya meninggal dunia manakala seorang lagi hampir maut namun terselamat selepas tiga hari koma.

Pelajar, Leah Betts, mati pada 1995, empat hari selepas koma akibat mengambil ecstasy pada hari jadinya yang ke-18.

Kira-kira 21 tahun kemudian, seorang lagi pelajar, Leah Robinson, koma selepas mengambil dadah itu ketika pesta Krismas yang lalu, dua hari selepas dia genap berusia 16 tahun.

Harga pil ecstasy yang dimakan Leah Ronbinson hanya £5. Beberapa minit selepas dia meninggalkan rumah rakannya, tempat dia makan pil berkenaan, kesannya mula terasa - terhuyung-hayang seperti orang mabuk, jatuh dan bangun sepanjang perjalanan pulang ke rumah sebelum akhirnya terbaring pengsan di tepi jalan.

Menurut Daily Mail, rakannya menghubungi ambulans dan ketika ibunya, Kerry, 35, sampai ke unit kecemasan, doktor tidak dapat memberitahu sama ada anaknya akan hidup atau tidak.
“Saya hampir pengsan, hampir tidak kenal anak saya. Kepalanya bengkak, tubuh basah dengan peluh dan suhu badan jatuh ke 26 selsius (suhu normal 37 selsius),” katanya.

Tidak seperti Leah Betts 21 tahun lalu, Leah Robinson amat bernasib baik kerana selepas tiga hari koma, dia kembali sedar tanpa kerosakan organ.
Ibunya yang tidak mahu remaja lain menjadi mangsa pil itu seperti anaknya, menyiarkan gambar Leah di Facebook anaknya dengan amaran: “Inilah kesan Ecstasy - Tolonglah jangan ambil.”

Pada 1995 Leah Betts ditemui tidak sedarkan diri depan bilik air oleh ibu tirinya, pada malam majlis hari jadinya yang ke-18. Remaja itu mati empat hari kemudian akibat ‘keracunan air’ - minum tiga liter air dalam masa singkat selepas mengambil ecstasy menyebabkan otaknya membengkak.

TRAGEDI BOTOL AIR TERSANGKUT DI KEMALUAN-pelik berlaku dimalaysia

#20_JAN_2017 #SELANGOR #KES_PELIK_TAPI_BENAR 😂😂😂😂
TRAGEDI BOTOL AIR TERSANGKUT DI KEMALUAN


Hajat Seorang Lelaki Kencing Di Botol Air Meneral Menerima Padah Apabila Kemaluanya Tersangkut Di Dalam Botol Air.
Dalam Kejadian Lebih Kurang Jam 4.20 Pagi Tadi Di Jalan Air Mata Duyong, Telok Gong, Perlabuhan Klang Disini.

Lelaki Tempatan Berusia 20an Pada Mulanya Cuba Memotong Sendiri Botol Air Meneral Itu. Bagai Mana Pun Telah Tercedera Di Bahagian Kemaluan.

Operasi Menyelamat Dan Mengeluarkan Botol Melibatkan BBP Perlabuhan Klang, Dan BBP Andalas. Mangsa Yang Mengalami Pendarahan Teruk Dikemaluanya 

Menerima Rawatan Di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Untuk Menerima Rawatan Lanjut.

Ganas betul perempuan ini ditangkap selepas didakwa merogol seorang lelaki




Ganas betul remaja perempuan ini yang dikenali sebagai Lestina Marie Smith dan berusia 17 tahun ini. Dia telah ditangkap selepas didakwa merogol seorang lelaki di Saginaw, Michigan.

Mangsa bagaimanapun tidak didedahkan nama.

Lestina didakwa menggunakan pisau dan mengacukannya ke leher mangsa yang berusia 19 tahun sebelum merebahkannya dan merogol mangsa. Kesnya telah dibawa ke mahkamah dan akan disebut semula pada 3 Februari ini.

Jika didapati bersalah dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Kejadian itu berlaku pada 11 Januari lalu dan Lestina juga diarahkan mahkamah ditahan tanpa ikat jamin.

Sementara itu keluarga dan rakan Lestina telah memuatnaik mesej sokongan kepada Lestina dalam akaun Facebooknya. – Mynewshub


Read more http://www.kualalumpurpost.net/remaja-perempuan-rogol-lelaki-dihukum-penjara/


Ibubapa Yang Tidak Bismillah Ketika Bersetubuh, Hasilkan Anak Yang Syaitan dan Biadap – Dr Noorul Amin







Berikutan jadi tular sebuah status yang telah dimuatnaik oleh seorang doktor perubatan mengenai keburukan pengambilan barang-barang produk soya semalam, Dr. Noorul Amin telah mengambil tidakan untuk menyekat sebahagian daripada pengguna Facebook yang mengkritik dan menghina pandangan beliau tersebut.

Tindakan tersebut terpaksa dibuat oleh Dr. Noorul akibat penghinaan dan kata-kata kesat yang dilontarkan oleh netizen kepada beliau sejak semalam lagi, rata-rata mereka tidak bersetuju dengan pandangan beliau yang dikatakan tidak tepat dan mengelirukan masyarakat.

Sebuah laman page di Facebook, Pseudoscience Watch yang terkenal dengan pembongkaran penipuan perubatan dan MLM turut tidak ketinggalan untuk memberikan pendapat mereka mengenai status Dr. Noorul Amin yang penuh kontroversi ini semalam.

Baca ulasan mereka di bawah:

Pak Aji ni tak habis2 membongak. Kut ye nak promote produk sendiri, tak perlu lah merepek dan condemn pasal benda lain. Siapa pak aji ni sebenarnya?

1.  Beliau memang seorang duktur perubatan bertauliah. Grad UKM. Masa student dulu kuat isap rokok macam naga. Sekarang ada private practice dan bukak buat dialysis sendiri. Turut mengeluarkan produk yang mengatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik seperti kencing manis(T2DM/diabetis mellitus).

2. Mengatakan apa yang diamalkan oleh beliau adalah prophetic medicine(perubatan berdasarkan Rasullullah). Tapi Nabi tak suruh isap rokok, buat claim macam2 diri sendiri tak boleh buktikan atau menggunakan nama Baginda untuk kepentingan sendiri.

3.  Nabi galakkan kita berniaga dan bersederhana(wasatiah) dalam hidup kita. Tapi jujur lah nak berniaga dan gali ilmu yang telus lagi sahih dalam pengamalan. Kalau TIDAK, itu definisi menunggang agama dan nama Baginda.

4. Bila kita tanya balik mana rujukan atau citations dalam pelbagai tuduhan dia terhadap soya ni, comment kena delete dan yang bertanya tu kena ban pulak. Aik takut kena londeh ke? Lepas tu dia cop siapa yang tidak bersetuju adalah tali barut industri GMO, berimankan Yahudi dan berkiblatkan perubatan barat semata mata.

5. Memang pakai ayat2 golongan antivaksin sebab duktur ni pon antivaks jugak. Marketing beb. Ramai je orang jual produk claim macam2. So macam mana nak membezakan diri sendiri dengan orang lain yang turut sama membongak? Go against the flow.

6. Nak minum soya atau pakai produk soya pakai jela tapi janganlah dok telan sampai 2-3 baldi. Bersederhanalah dalam segalanya. Kalau nak cerita hormones, bersepah lagi makanan2 yang bukan drpd hasil GMO seperti keladi, jagung dan ulam pon ada hormone. Adakah kita ban drpd telan perkara2 tersebut?

7.  Teknik ni juga dikenali sebagai fear mongering. Dia takut takutkan orang dengan perkara tidak masuk akal. Bila kita bidas balik(teruk dia kena tibai dalam Twitter dengan endocrinologist/pakar endokrin) kena block. Kat FB dia ban. Memang la dia tak berani nak berhujah sebab dia tidak berlandaskan kebenaran. Ikut kepala sendiri sahaja. Sambil2 tu promote produk sendiri dengan overclaim yg tidak munasabah. Ramai je buat camtu. Doula, penjual pad magic, snake oil peddlers etc.

8. Kencing manis ni sebab ianya merupakan penyakit yang kronik sering digunakan sebagai tunggangan oleh pelbagai produk. Sebab itu pon Pak Aji ni pon nak turut join the bandwagon sekali. Kalau orang lain membongak takde kelulusan, dia membongak ada kelulusan. Tentu lebih laris jualannya!

9. Habbatussauda(nigella sativa) memang mampu menurunkan paras gula dalam badan. Tapi ianya juga turut boleh menyebabkan hypoglycemia(gula rendah) sekiranya diambil dalam dos berlebihan. Sebab itu kalau tak tahu, jangan ambil sebarang. Berbeza berbanding ubat metformin yang diberikan dalam rawatan kencing manis dimana dosnya dikawal selia dengan baik. Takkan ada masalah jadi hypo sebab ubat ni sejenis euglycemic(kalau tinggi dia turunkan, kalau rendah dia naikkan). Memang sebegitu mechanism of action dia. Berasal drpd tumbuhan juga(french lilac/Galiga officinalis)

10) Kalau ada orang asyik membongak tuduh gitu gini, duktur biasa bukan pakar pon, ada agenda sendiri(jual produk), ada udang disebalik batu merepek tak tentu pasal tanpa rujukan(marketing), tak payah peduli sangat. Macam2 jenis penunggang agama skrg ni. Apetah lagi kalau jenis produk lepas tu cakap boleh sembuh gitu gini dan tak perlu berenti isap rokok, tak payah exercise dan tak payah jaga makan.


http://www.ohmymedia.cc


Sebiji pisang juga dilihat diikat pada celah kelangkang lelaki itu dan dua biji telur ayam dilekat di dadanya-KEJAM



Rizhao (China): Satu rakaman video yang viral di media sosial di China menunjukkan seorang lelaki diikat pada belakang sebuah kereta dan dibawa bersiar-siar di bandar ini.

Video berkenaan dirakam seorang pengguna jalan raya yang terkejut melihat seorang lelaki diikat pada belakang sebuah jip menggunakan pita pelekat.

Sebiji pisang juga dilihat diikat pada celah kelangkang lelaki itu dan dua biji telur ayam dilekat di dadanya.

Lelaki itu yang matanya ditutup hanya mampu mendiamkan diri ketika kenderaan itu melalui sebatang jalan raya yang sibuk di bandar ini.

Menurut media di China, lelaki itu bakal berkahwin tidak lama lagi dan rakan-rakannya mengikatnya pada belakang jip itu sebagai cara meraikannya.

Video berkenaan dirakam pada 15 November lalu tetapi ia mula viral di media sosial di China baru-baru ini.

Walaupun rakan-rakan lelaki itu hanya mahu bergurau tetapi pengguna media sosial berpendapat tindakan itu sangat bahaya dan langsung tidak lucu.

“Rakan-rakan mungkin mahu meraikan hari bahagia lelaki itu tetapi mereka mungkin boleh menyebabkan dia terbunuh,” kata seorang pengguna.

Sudah menjadi tradisi golongan muda di China untuk memalukan atau memaksa bakal pengantin membuat aksi yang kadangkala membahayakan bagi meraikan rakan mereka yang menamatkan zaman bujang.



http://www.hmetro.com.my/node/186392



Allah SWT memberikan sedikit ‘kelainan’ pada alat sulit bayi saya-SUAMI ISTERI PASRAH



Tumpat: Ketika pasangan lain gembira dan tidak sabar mendaftar kelahiran bayi mereka dengan nama yang indah, suami isteri dari Kampung Belukar, di sini terpaksa menunggu tiga bulan untuk berbuat demikian.

Kelewatan itu bukan kerana mereka tinggal di kawasan pedalaman dan sukar ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, tetapi disebabkan kesulitan lain yang membawa bersama duka kepada keluarga kecil mereka.

Nur Syazwany Akmal Mohd Yusoff, 25, berkata, dia dan suaminya, Mohd Haniff Mansor, 26, bukan sengaja melewatkan pendaftaran nama bayi sulung mereka apatah lagi, sudah lama mengidamkan cahaya mata sejak berkahwin enam tahun lalu.

“Namun, kelahiran anak ini istimewa. Saya bersyukur kerana semua sempurna buatnya kecuali Allah SWT memberikan sedikit ‘kelainan’ pada alat sulit bayi.

“Ketika dilahirkan, doktor sukar mengesahkan identiti sama ada perempuan atau lelaki kerana alat sulitnya tidak normal.




http://www.hmetro.com.my/node/198840

murid perempuan berada dalam keadaan kritikal selepas dia dirogol oleh guru besar dan tiga guru lain


 Murid Oku Kritikal Dirogol Guru Besar & Tiga Guru Lain|Seorang murid perempuan orang kelainan upaya (OKU) berusia 12 tahun, berada dalam keadaan kritikal selepas dia dirogol oleh guru besar dan tiga guru lain.

Memetik laporan Daily Mail, kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di bandar Kako, di timur Bihar, India itu sekali gus membangkitkan kemarahan penduduk setempat.

Jurucakap polis Jehanabad Kusum Bharati berkata: “Kami telah membuka satu siasatan kes rogol terhadap guru besar, Aju Ahmed dan guru Mohammed Shaukat, Abdul Bari dan A Rahman sepertimana yang diadukan oleh ibu mangsa.”

Mangsa kini telah dibawa ke Kolej Perubatan Patna untuk rawatan.

Sementara ibunya, yang sangat terkesan dengan kejadian yang menimpa anaknya itu berikrar akan melakukan apa sahaja bagi memastikan keadilan berpihak kepada anaknya.

Dia juga berkata akan membuat aduan kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

“Saya berharap anak saya pulih, dan akan melakukan sehabis kemampuan saya untuk anak saya,” ujar wanita berkenaan yang tidak dinamakan.


http://eberita.org/video-murid-oku-kritikal-dirogol-guru-besar-tiga-guru-lain/

Kes Pukul Awie: Pendakwa Raya Mohon Diberi Lebih Masa Kemuka Bukti



Pihak pendakwa raya kes Awie yang didakwa mencederakan isterinya Rozana Misbun kemukakan permohonan kepada Mahkamah Majistret Ampang supaya diberi lebih masa untuk melengkapkan dokumen berhubung laporan forensik kes tersebut.

Timbalan pendakwaraya Goh Ai Rene memberitahu mahkamah pihaknya perlu membuat beberapa penambahan pada dokumen sedia ada bagi menyokong kes tersebut.



Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan 4 November depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Awie turut hadir pada prosiding berkenaan diwakili peguam Hazman Harun & Aimizaizul Amran.

Mengikut pertuduhan, Awie didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun lalu di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang. Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan.


http://eberita.org/kes-pukul-awie-pendakwa-raya-mohon-diberi-lebih-masa-kemuka-bukti/

Padah Cerita Hantu Viral peniaga kiosk (R&R) Perasing hasil jualan yang tidak sampai RM10 walaupun 24 jam berniaga.




Padah Cerita Hantu Viral|Kesemua peniaga kiosk di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) terpaksa menanggung kerugian saban hari ekoran hasil jualan yang

tidak sampai RM10 walaupun 24 jam berniaga. 

Masalah berkenaan berlaku disebabkan tidak ramai pengguna lebuh raya itu singgah di hentian itu berikutan kawasan berkenaan terpalit dengan pelbagai cerita hantu yang ditularkan di media sosial.

Susulan itu, kesemua peniaga berkenaan tampil menafikan bahawa adanya gangguan mistik di kawasan berkenaan kerana sepanjang berniaga di hentian itu sejak Mei 2015 mereka masih belum berdepan dengan gangguan seperti yang didakwa.

Aliran trafik tinggi, tapi pengunjung kurang

Peniaga air minuman, Nurul Hafizah Abdul Karim, 24, berkata, Hentian R&R Perasing yang merupakan hentian terbesar di negara ini selamat untuk disinggahi walaupun pada waktu malam.

Menurutnya, hentian itu cantik, luas, moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan tetapi tidak dimajukan serta tidak menerima kunjungan ramai.

“Jadi kita mohon agar kerajaan negeri jadikan Hentian R&R Perasing ini sebagai duta kecil untuk mempromosikan Tahun Melawat Terengganu 2017 memandangkan kawasan ini adalah pintu masuk kepada negeri ini.

“Kita cadangkan diwujudkan satu pusat informasi pelancongan atau ‘tourism centre’ di hentian ini untuk kemudahan pelancong dan pada masa sama dapat rancakkan program di tempat ini yang dapat tarik kehadiran pengunjung sekaligus dapat meningkatkan pendapatan kami para peniaga,” katanya.

Menurutnya, keadaan ketika ini sangat kritikal kepada peniaga kerana ada juga dalam kalangan mereka yang kadangkala tidak dapat memungut walaupun satu sen hasil jualan dalam tempoh sehari.

“Malah saya sendiri pernah peroleh RM2 saja sehari. Dengan wang jualan sikit sebegini nak bayar sewa pun tak lepas dan kebanyakan kami terpaksa guna wang dari sumber lain sebagai modal pusingan.

“Kalau keadaan ini berterusan, memang kami akan gulung tikar. Kami masih bertahan sampai sekarang sebab fikirkan modal melebihi RM20,000 yang telah dilabur untuk beli peralatan dan hias kiosk,” katanya.

Peniaga kiosk Keropok Cap Mutiara, Nur Akmal Alias, 36, yang berniaga di hentian itu sejak lapan bulan lalu berkata, apa yang mereka alami sekarang adalah keadaan yang sangat dahsyat berikutan masalah kekurangan pengunjung yang ketara walaupun mereka difahamkan jumlah aliran trafik di LPT2 pada hari biasa adalah kira-kira 300,000 sebulan manakala pada musim perayaan dan hujung minggu lebih kurang 700,000 jumlah pengguna sebulan direkodkan.

“Saya kerap tidur kat kiosk ditemani suami dan anak-anak. Sepanjang tidur dan berniaga memang kami tak pernah jumpa makhluk halus. Jadi tiada apa yang patut digeruni oleh orang ramai untuk singgah di sini,” katanya.

16 kiosk beroperasi

Hentian R&R Perasing memiliki sebanyak 32 buah kiosk makanan dan minuman yang memiliki 300 buah kerusi, dua kiosk dalam kaca bersaiz besar, 44  buah tandas dan kemudahan lain seperti surau yang besar serta taman permainan kanak-kanak.

Setakat ini hanya 16 kiosk minuman dan makanan yang beroperasi sementara bakinya masih kosong dan daripada jumlah kiosk beroperasi itu mereka menjual variasi makanan dan minuman termasuk yang beridentitikan Terengganu iaitu keropok lekor.

Dalam pada itu, peniaga kiosk produk bakeri pula, Mohsin Mokhtar, 37, berkata, dia amat gembira jika berjaya memperoleh hasil jualan RM100 sehari.

“Sekarang saya terpaksa guna duit dari perniagaan lain untuk terus berniaga di sini. Malahan dah empat kiosk ditutup di sini, kalau kesemua peniaga lari yang ruginya kerajaan negeri juga sebab bangunan ini mungkin terbiar begitu saja.

“Yang penting kerajaan juga perlu segerakan pembinaan jalan dari kawasan penempatan di Jabor dan Perasing Jaya ke sini untuk bolehkan penduduk sekitar ini datang makan dan minum di sini tanpa lalui lebuh raya,” katanya.

Menurut seorang lagi peniaga air minuman dan snek, Napisah Mat Saman, 52, pendapatan dia dan suaminya, Syed Jafaar Yahya, 48, hanya bergantung pada kutipan hasil jualan kiosk mereka itu.

“Duit hasil jualan ni nak buat makan pun tak lepas. Inikan pula kalau nak buat bayar sewa RM530 sebulan. Patutnya sewa asal RM1,060  tapi pihak konsesi bagi diskaun separuh harga,” katanya.

Jadikan meeting point

Mengulas mengenai masalah yang membelenggu peniaga itu, Exco Infastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman menzahirkan rasa simpati dengan nasib kesemua peniaga hentian tersebut.

Menurutnya, beliau akan mengatur perjumpaan dengan kesemua penjual tersebut dalam masa terdekat untuk membincangkan kaedah-kaedah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Buat masa ini saya dah berbincang dengan pihak pengurusan Plus Malaysia Bhd agar tidak menaikkan kadar sewaan dan caj-caj sehingga keadaan bertambah baik di pihak penjual.

“Antara langkah yang kita boleh ambil adalah menjadikan kawasan R&R Perasing ini sebagai ‘meeting point’ masyarakat di kawasan ini. Ini boleh terlaksana dengan pembinaan jalan yg menghubungkan R&R ini dengan kawasan sekitar seperti dalam perancangan asal. Kos pembangunan jalan perhubungan ini dianggarkan sebanyak RM20 juta,” katanya.sinar online


http://eberita.org/padah-cerita-hantu-viral/


Tiga kanak-kanak yang ditahan kerana terlibat aktiviti menjual keputusan nombor ekor





Tiga Kanak Kanak Terpaksa Ditahan|Tiga kanak-kanak yang ditahan kerana terlibat aktiviti menjual keputusan nombor ekor dalam satu operasi kelmarin, dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan susulan.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata dua kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki itu ditahan dalam operasi dari 7 malam hingga 10 malam di kawasan Bandar Sandakan, Bandar Ramai-Ramai, Bandar Leila dan Bandar Nam Tung.

Katanya operasi tersebut turut disertai dua pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Sandakan.

Seramai 25 orang turut diperiksa dalam operasi cegah jenayah itu dan hanya tiga kanak-kanak berusia antara tiga hingga sembilan tahun itu ditahan di kawasan Bandar Sandakan, katanya di sini, semalam.

Azhar turut menasihati ibu bapa agar sentiasa prihatin dan memastikan keselamatan anak-anak mereka.

“Pantau dan pastikan anak-anak tidak terlibat dengan aktiviti jenayah dan gejala sosial yang tidak diingini,” kata Azhar


http://eberita.org/tiga-kanak-kanak-terpaksa-ditahan/

Dua warga Afrika jadi viral nyanyi lagu Hang Pi Mana, tarik perhatian netizen





KEMUNCULANNYA hanya secara tiba-tiba tanpa sebarang signal.

Ia bermula dengan sebuah video lagu ‘Hang Pi Mana’ (kumpulan Khalifah) yang dinyanyikannya bersama seorang rakan secara suka-suka yang dimuat naik ke laman sosial Facebook, dan kemudian menjadi tular sekelip mata, Disember tahun lalu.

Video tersebut menarik perhatian netizen kerana melibatkan dua warga Afrika yang mampu menyanyikan lagu Melayu dengan baik tanpa pelat.

Sejak itu laman Facebook milik Omar Kaiho, 30, mula dihujani permintaan menjadi rakan selain mesej masuk bertalu-talu yang ingin mengenali personaliti dirinya lebih dekat.

Begitu pun, pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (pengkhususan IT) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Tanjung Malim ini punya kisahnya tersendiri di sebalik tular video ‘Hang Pi Mana’.

Dari suka-suka menjadi tular

Ramai yang meneka lagu Hang Pi Mana mungkin hanya dihafal Kaiho, namun hakikatnya pemuda berasal dari Namibia ini memang petah berbahasa Melayu, malah boleh menulis bahasa kebangsaan dengan begitu baik.

“Jujurnya, pada mulanya saya tak tau pun ada lagu ni (Hang Pi Mana). Saya ada buat projek video-video pendek bertajuk ‘Celup-Celup’ untuk page Projek Komedi di Facebook. Satu hari penerbit suruh saya dengan seorang kawan hafal lagu Hang Pi Mana sebelum rakaman. Jadi Disember tahun lepas saya pun search lagu ni di YouTube dan dapati muziknya boleh tahan sedap.

“Saya pun praktis sikit-sikit sampai boleh hafal dan nyanyi dengan baik. Saya muat naik video di Facebook pada 20 Disember, dan setakat ni dah cecah 290,000 penonton,” katanya dengan bahasa Melayu yang fasih.

Menceritakan pengalamannya menguasai bahasa Melayu, Kaiho berkata, ia bermula tiga tahun lalu sejak pertama kali sampai ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke Upsi.

“Tahun 2013 masa mula sampai Malaysia saya memang tak tahu apa. Tapi saya rajin belajar dan bercakap dengan kawan-kawan di universiti. Lepas tu saya juga suka bergurau dan belajar bahasa daripada pemandu-pemandu bas Upsi sebab mereka semua sporting.

“Kemudian saya beranikan diri masuk pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu untuk Piala Perdana Menteri. Memang gila sebab hanya pelajar tempatan dan Indonesia saja yang kebanyakannya masuk. Tak pernah menang, tapi saya puas hati,” katanya yang juga pernah memenangi pertandingan Pidato Bahasa Indonesia di kedutaan Indonesia pada 2015.



Terpikat keindahan Islam

Kaiho yang peramah ini juga mengakui tidak pernah mengikuti sebarang kelas bahasa Melayu secara formal selain subjek asas yang dipelajarinya pada semester satu lepas.

“Saya ada kawan baik namanya Fajar dari Indonesia. Dialah yang rajin tuliskan skrip untuk pertandingan pidato bahasa Indonesia tu. Saya hafal dengan baik dan Alhamdulillah, menang,” katanya.

Kaiho atau nama sebenarnya Kaiho Rikambura ini juga baru memeluk agama Islam pada September tahun lepas atas keikhlasannya sendiri.

“Bukan sebab saya ramai kawan Melayu, tapi saya melihat yang agama Islam ini indah. Dulu masa saya jadi penganut Kristian, saya selalu pertahankan Islam kalau dengar orang cakap benda yang tak baik. Bila sampai Malaysia, saya hairan tengok orang Islam boleh duduk dengan harmoni tanpa sebarang gangguan dengan masyarakat agama lain. Mereka saling hormat-menghormati.

“Masa tu saya juga selalu baca al-Quran terjemahan bahasa Inggeris dan mendapati semua mesej dalam kitab suci ini adalah baik dan adil. Dari situ saya mula jatuh cinta dengan Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain bahasa ibunda dan Melayu, Kaiho juga menguasai enam bahasa lain termasuk bahasa Inggeris, Indonesia, Mandarin dan dua bahasa dari Afrika.


Dua warga Afrika jadi viral nyanyi lagu Hang Pi Mana, tarik perhatian netizen

Dua warga Afrika jadi viral nyanyi lagu Hang Pi Mana, tarik perhatian netizen



Bakal lahirkan single

Kaiho yang berbakat dalam bidang hiburan ini juga menyimpan impian untuk menjadi pelakon dan penyanyi popular di Malaysia satu hari nanti.

“Kalau ada rezeki saya nak jadi penyanyi juga pelakon, Insya-ALLAH. Sekarang saya dah rakam satu single bertajuk ‘Malaysia yang ku cinta’, memang khusus untuk rakyat negara ini. Tapi buat masa ni saya tengah fokus kepada pelajaran, mungkin pertengahan tahun ini baru mulakan langkah. Harry (daripada kumpulan Khalifah) yang tulis single ini bersama boss MVM Productions (Music Valley Malaysia), Encik Hadi.

“Saya juga banyak berlakon video pendek untuk beri mesej kepada rakyat negara ini supaya bangga dengan makanan mereka. Contohnya kami ada buat video tentang rakyat Malaysia yang sibuk nak tengok liga bola sepak Inggeris, tapi saya dan seorang rakan lagi, Rhys William, dari United Kingdom pula lagi suka tonton liga bola sepak tempatan. Nampak macam ada unsur sindiran, tapi sebenarnya kamu mahu orang Malaysia bangga jadi diri sendiri.

“Saya ada satu impian saja, nak masuk showbiz Malaysia untuk buktikan bahawa orang berkulit hitam datang sini bukan nak jual dadah atau scam saja. Ada yang betul-betul ada bakat dan perlu diambil perhatian,” katanya yang menggemari makanan tempatan seperti nasi penyet dan rendang ayam.

http://thetrendingnow.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500





3 Kelahiran Perak Yang Ada Gelaran Raja



Tiga individu kelahiran Perak ini sering dijadikan bahan ketawa dan jenaka di media sosial facebook. Mereka masing-masing memegang gelaran Raja yang berlainan kategori iaitu Raja report Polis, Raja Bomoh Sedunia dan Raja (Sultan) Melaka. Ketiga-tiga individu ini cukup terkenal bukan sahaja di seluruh Malaysia malah mungkin juga diseluruh dunia kerana isu-isu kontroversi yang dicetuskan oleh mereka sendiri dan disebar ramai.

raja report

Siapa yang tak kenal dengan Raja Report Polis di Malaysia ini? Abdul Rani Bin Kulup Abdullah merupakan seorang pesara tentera yang dilahirkan pada 10 Mac 1955 dan juga merupakan anak kelahiran negeri Perak. Beliau cukup terkenal dengan gelaran Raja Report Polis kerana beliau merupakan orang yang paling banyak iaitu melebihi 1,000 laporan polis yang dibuat olehnya di dalam Malaysia ini. Penggunaan #kipidap yang kian menular di media sosial juga adalah berasal daripada sebutan keep it up daripada beliau yang bersahaja.

raja bomoh

Ibrahim Mat Zin yang berasal dari Teluk Intan, Perak digelar sebagai Raja Bomoh Sedunia secara sukarela tampil ke hadapan untuk membantu pasukan keselamatan mengesan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 yang lalu. Beliau mula dikenali ramai sejak pada hari itu dan sering menjadi bahan jenaka di media sosial facebook. Raja Bomoh Sedunia yang berumur lebih 80 tahun ini juga mempunyai gelaran lain iaitu Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dan mempunyai pengalaman dalam bidang bomoh selama lebih 50 tahun.

raja melaka

Berikutnya adalah berkenaan dengan Raja (Sultan) Melaka. Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah dilahirkan pada 25 disember 1975 yang berasal dari Ipoh, Perak pula dikenali ramai disebabkan tuntutan beliau untuk ditabalkan sebagai Sultan Melaka. Hal ini kerana beliau menegaskan bahawa beliau adalah pewaris sah untuk takhta kesultanan Melaka dan Perak. Dikatakan, beliau juga mendapat pengitirafan daripada Mahkamah keadilan antarabangsa (ICJ) sebagai pewaris takhta yang dituntut.

Itulah 3 individu yang merupakan anak kelahiran Perak yang ada gelaran raja dan popular di media sosial facebook.



http://www.orangperak.com/3-kelahiran-perak-yang-ada-gelaran-raja.html





lelaki yang mengaku dirinya ‘nabi’ meminta pengikutnya meminum minyak pelincir enjin


sekadar gambar hiasan


SEORANG lelaki yang mengaku dirinya ‘nabi’ dalam kalangan penganut Kristian, mencetuskan kontroversi apabila meminta pengikutnya meminum minyak pelincir enjin untuk ‘diselamatkan atau sembuh daripada penyakit’.

Bongani Maseko yang mengetuai pertubuhan agama, Breath of Christ Ministries di Daveyton, Afrika Selatan, mengaku menggunakan minyak pelincir enjin untuk diberikan kepada pengikutnya walaupun ada pihak mendakwa dia hanya menggunakan botol yang diisi dengan air biasa.

Malah lebih mengejutkan, ramai pengikut Maseko sanggup meminum cecair berkenaan walaupun mengandungi bahan toksik yang membahayakan kesihatan.

“Memang benar saya gunakan minyak pelincir dan saya tidak menjalankan kajian yang membuktikan tentang bahaya meminum cecair tersebut.

“Apa yang penting adalah kepercayaan kepada kuasa Tuhan,” katanya.
Advertisements

Ditanya sama ada dia memberikan sukatan tertentu, Maseko berkata, dia hanya menuang minyak itu ke dalam mulut pengikutnya.

“Saya tidak perlu menyukat.

“Mereka sendiri tampil ke depan dan sanggup meminum cecair berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkuasa Afrika Selatan memandang serius perkara tersebut. – Bernama
http://www.malaysiastylonews.com/162738/lelaki-mengaku-nabi-ajar-pengikut-minum-minyak-pelincir/


laporan kes kanak-kanak diikat dipercayai didera di sebuah taska di Bangi

Cuma nak btau....kalau kita ikat org yg buat ni balik mcm mn...? Setuju tak"
#Polis terima laporan kes kanak-kanak diikat di taska

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan gambar tiga kanak-kanak yang diikat dipercayai didera di sebuah taska di Bangi dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian serta kesahihan gambar itu.
"Saya sahkan laporan polis telah diterima hari ini (daripada orang awam) dan gambar yang ditularkan itu dalam siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Gambar yang memaparkan tiga kanak-kanak diikat kaki, tangan serta mulut yang didakwa berlaku di sebuah taska di Bangi itu, tersebar di laman sosial hari ini. - Bernama

TAK SAMPAI 40 HARI SUAMI PERGI-meratapi pula pemergian anak sulungnya yang maut setelah dirempuh sebuah kereta


INNALILLAHWAINNAHIROJIUN😔😔😔😔

TAK SAMPAI 40 HARI SUAMI PERGI

KUALA KURAU ~ Tidak sampai 40 hari kematian suami tercinta, kini seorang balu meratapi pula pemergian anak sulungnya yang maut setelah dirempuh sebuah kereta ketika sedang menghantar adiknya menunggu bas sekolah di Kilometer 7, Batu 7, di sini pagi tadi.

Lebih memilukan, keadaan anak keduanya yang membonceng motosikal turut difahamkan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan itu.
Ibu mangsa, Fauziah Abdul Rahman 43, berkata, sekitar jam 6.00 pagi, anak sulungnya Mohamad Hafeez Mohd Jais,18, keluar dari rumah menghantar seorang adiknya Nurul Hafiza Mohd Jais,16, ke hadapan simpang Kampung Parit Tok Kip untuk menaiki bas sekolah.

Menurutnya, riak wajah anak sulungnya yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) itu berbeza daripada biasa dan tidak ceria sebelum pergi menghantar adiknya dengan menaiki sebuah motosikal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar menegaskan kejadian dipercayai berlaku jam 6.20 pagi setelah mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda Wave bersama adiknya, dirempuh sebuah kereta Proton Wira.

Menurutnya, mangsa difahamkan hendak membelok ke kiri jalan selepas keluar dari simpang kampung berhampiran Masjid Batu 7, Parit Tok Kip di sini.
"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta dipandu seorang pekerja kilang wanita berusia 24 tahun, dikatakan tidak sempat mengelak, merempuh motosikal mangsa secara berhadapan sebelum menyeret motosikal mangsa ke arah jalan bertentangan.

"Mangsa maut di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat, manakala adiknya mengalami patah tulang bahu kanan serta beberapa kecederaan lain, turut dirawat di hospital sama," katanya.

👇KEADAAN PEMANDU KERETA YANG TRAUMA SELEPAS MELANGGAR MOTORSIKAL DINAIKI MANGSA & ADIKNYA.FOTO BERSAIZ KECIL ARWAH MOHAMAD HAFEEZ MOHD JAIS

lelaki hanya berpoligami kerana ZAKAR bukannya ZIKIR-Asiah Abd Jalil


sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Satu status menjadi viral di laman Facebook apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status yang mempertikaikan tujuan sebenar lelaki berpoligami.



Wanita terbabit yang menggunakan nama Asiah Abd Jalil, mendakwa lelaki hanya berpoligami hanya disebabkan nafsu semata-mata dan bukannya kerana takutkan Allah.



“Lelaki yang berpoligami ni rata-ratanya sebab zakar (nafsu), bukan sebab zikir (takutkan Allah) pun. Sebab tu mereka pilih isteri kedua lebih teliti berbanding masa pilih isteri pertama dulu,” katanya dalam komen di Facebook.



Komen tersebut dimuat naik setelah status beliau mengenai poligami perlu dihapuskan kerana sudah tidak relevan dengan budaya masyarakat sekarang.



“Amalan poligami patut dihapuskan, walaupun dibenarkan dalam Al-Qur’an, kerana ia sudah tidak sesuai dengan konstruk sosial masyarakat zaman sekarang.



“Sama seperti sistem perhambaan yang telah dihapuskan, walaupun dibenarkan dalam Al-Qur’an, kerana ia sudah tidak sesuai dengan konstruk sosial masyarakat zaman sekarang,” ujarnya.



Beliau juga turut memberi cadangan bahawa poligami perlu diharamkan melalui komen yang dibalas di status berkenaan.



” Haramkan saja poligami. Islam tidak gah pun kerana poligami. Malahan agama lain memandang rendah pada kita kerana amalan tersebut,” katanya.



Dalam pada itu, status berkenaan menarik perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka tidak berpuas hati dengan status berkenaan.



“Konstruk yg bagaimana? Hamba jelas sebab ia menakluk kemerdekaan manusia. Hamba dihapus oleh Quran dan Hadis. Lalu poligami nak dihapus atas nas mana?” kata Nabieh Rahmat.



“Inilah kalau orang bercakap xpakai akal dengan baik dan pikir ikut logik akal diri sendiri, inilah padahnya,” ujar Muhamad Husaini Husin. – SuaraTV



KERANA KEMISKINAN-mayat anak di angkut seperti barang diatas kenderaan pick up yang hanya ditutup dengan payung.



Kalaulah Pihak Hospital Pinjamkan Ambulan Mungkin Anak Saya Masih Hidup| Kata Atikah  mengenangkan nasib malang yang menimpa dirinya dan suami Arifin ketika jenazah anak mereka Desri Ratna Sahara di angkut seperti barang diatas kenderaan pick up yang hanya ditutup dengan payung.

Video yang tersebar di media sosial berkenan di muat naik oleh Trimo Nyawang Kokadohan yang berlaku di tasik malaya jawa barat,menurutnya Ratna Sahara meninggal dalam perjalanan kehospital menggunakan kereta pick up karena tidak mampu membayar Ambulance.

Dalam video si ibu meraung berguling guling di tepi jalan,sementara ayahnya hanya duduk diam disebalah jenazah anaknya seolah menyalahkan takdir kehidupannya.

Menurut sumear pada awalnya Ratna Sahara mengalami demam panas pada 14 /17 dan dibawa kehospital berhampiran kampung mereka ,namun karena semakin teruk,pihak hospital itu menyarankan agar membawa Ratna kehospital besara Tasikmalaya untuk pemeriksaan lanjut.

Hanya karena karena tidak ada duit,pihak hospital berkenan enggan memberikan kerja sama untuk menghantar Ratna yang dalam keadaan tenat,kedua orang tua ratna terpaksa menyewa sebuah kenderaan jenis pick up untuk mengankut anaknya,tapi sayang dalam perjalanan Ratna menghembuskan nafas terakhir.

Akibat daripada postingan itu,natizen masing masing meluahkan rasa kecewa,hingga mereka membuat andaian,kalau saja pihak hospital berkenan mahu memberikan kerja sama,kemungkinan besar gadis malang itu masih bisa diselamatkan.


http://eberita.org/kalaulah-pihak-hospital-pinjamkan-ambulan-mungkin-anak-saya-masih-hidup/

Kakak Lacur Adik Berusia 6 Tahun Bayar Hutang Pada Rakan





Kakak Lacur Adik Berusia 6 Tahun Bayar Hutang Pada Rakan|Hanya karena ingin membayar hutang kepada rakan,seorang kakak sanggup melacurkan adik sendiri yang masih berusia 6 tahun.

Tidak diketahui identiti wanita berkenan dengan jelas,namun percakapan kakak mangsa dan rakannya telah tersebar dilaman media sosial melalui sebuah group .forums.hardwarezone.com.sg
Lelaki yang memuat naik percakap tersebut adalah darien,tanpa segan silu menceritakan pengalamannya merogol seorang kanak kanak berusia 6 tahun.

Duren berkata bahwa rakannya mempunyai sejumlah hutang padanya.

“dia mempunyai hutang,dan aku pada awalnya bergurau saja jika ia bersedia melakukan sesuatu sebagai gantinya”

“aku bergurau kira kira boleh atau tidak aku menyetubuhi adiknya,ternyata ia setuju”tulisnya.

Lebih menyakitkan hati apabila kakak mangsa turut memberikan tips kepada duren bagai mana cara melakukannya.

Katanya kakak mangsa memberikan adiknya itu obat tidur sebelum disetubuhi duren.

Tidak cukup disitu duren turun memuat naik gambar dan menceritakan bagaimana pengalamannya ketika menyetubuhi kanak kanak malang berkanan di dalam group tersebut.

Bagaimana pun ahli group berkenan telah mengecam duren sebagai Pedofilia dan beberapa di antara mengugut akan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

http://eberita.org/kakak-biarkan-adik-berusia-6-tahun-disetubuhi-rakan/

Gadis 15 Tahun Dedah Kejadian Mengerikan Saat Dirogol Lelaki Pengamal Ilmu Hitam






Gadis 15 Tahun Dedah Kejadian Mengerikan Saat Dirogol Lelaki Pengamal Ilmu Hitam|Sepasang suami isteri ditahan selepas beberapa hari menjadi buronan polis kerana di dakwa menculik seorang remaja wanita berusia 15 tahun yang merupakan anak jirannya sendiri.

Pada awalnya kes berkanan diduga adalah penculikan peras ungut,namun setelah mangsa menceritakan sesuatu yang mengerikan menimpanya semasa dalam tahanan suami isteri tersebut membuat pihak polis terkejut.

Pada 3 Januari 2017 kelmarin mangsa dilaporkan hilang di percayai diculik oleh sepasangan suami isteri Toni 43 dan Robina,lebih dari seminggu menjadi buron pasangan itu akhirnya di tangkap di desa sungai lilin.palembang.

Mangsa yang enggan namanya didedahkan,mengaku bahwa dia di dera dan di rogol didepan seorang wanita yang dipercayai isteri Toni,selain itu beberapa sesajen dan keris turut berada di berhampiran.

Katanya selepas ia dirogol,air maninya akan di sapukan kepada hujung keris yang telah di sediakan,selain itu air liunya juga akan di hisap dengan cara paksa.

Sementara isteri suspek hanya akan duduk di depan sesajen sambil mulutnya berkumat kamit membaca mantara.

Polres Bungo AKP Afrito M Yang terkejut mendapat keterangan mangsa, terus menyiasat hingga akhirnya toni mengaku bahwa apa yang dia lakukan itu berkait dengan pengamalan ilmu hitam.

Katanya dia harus meniduri 32 perawan jika ingin ilmu hitam yang di tuntut menjadi matang,namun sebelum syarat pesugihan tersebut terpenuhi toni di tangkap oleh pihak polis diketahui remaja malang yang merupakan jirannya itu adalah mangsa ke 17.

Afrito menambah toni terpaksa ditembak di bagian kaki karena cuba melawan ketika dalam penangkapan siang tadi.

Bagaimanapun pasangan suami isteri berkenan disabit dengan kesalahan seksual Pasal 81 ayat (1) jo 76 D UU RI No 35 Tahun 2014 atau Pasal 55 dan 56 KUHP dengan ancaman 5 sampai 15 tahun penjara


http://eberita.org/gadis-15-tahun-dedah-kejadian-mengerikan-saat-dirogol-lelaki-pengamal-ilmu-hitam/

ULAMA TASAUF TERKENAL MENINGGAL DUNIA.-Pengikutnya menganggap beliau adalah wali

ULAMA TASAUF TERKENAL MENINGGAL DUNIA.

Rabat, Maghribi: Ulama terkenal Maghribi, Sheikh Sidi Hamza al-Qadiri al-Boutchichi, yang dikatakan berketurunan Nabi Muhammad SAW, meninggal dunia hari ini pada usia 95 tahun.


Pemimpin tertinggi perguruan tasauf Qadiriya Boutchichiya itu meninggal dunia di Oujda dan dikebumikan di Madagh, bandar kelahirannya


Pengikutnya menganggap beliau adalah wali dan umat Islam datang dari seluruh dunia mendengar ceramah selain ratusan ribu yang berkumpul di Madagh menyambut Maulidur Rasul bersama-samanya



Allahyarham mempunyai puluhan ribu pengikut dari seluruh dunia.

Larangan Motor Kapcai Masuk Pusat Bandar Kuala Lumpur Tidak dilaksanakan Kalau rakyat Tak Setuju

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan larangan motosikal kapcai daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur hanyalah cadangan dan tidak akan dilaksanakan jika rakyat tidak bersetuju.

Tengku Adnan berkata cadangan itu telah diputarbelitkan pihak tertentu.



"Kami merasai nadi rakyat, kalau rakyat tak mahu, kami akan ikut pandangan rakyat, jadi pengguna motosikal kapcai jangan bimbang dan kita tidak akan laksanakannya," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata cadangan itu adalah antara usaha untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon selain bagi menangani jenayah ragut dan pelaksanaannya akan dipertimbangkan jika pengangkutan awam dapat menyediakan tambang yang berpatutan kepada para penumpangnya.

"Kita sedang melihat perkara (cadangan) ini, saya kata 'berkemungkinan', mungkin ya atau mungkin tidak.

"Saya tahu bahawa kebanyakan warga kita perlukan kenderaan ini (motosikal kapcai), kebanyakan rakyat khususnya golongan bawahan, mereka menggunakan kenderaan ini ke tempat kerja dan sebagainya kerana ia menjimatkan," katanya.

Laporan berkenaan cadangan itu menjadi tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai maklum balas orang ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Terdahulu, Tengku Adnan merasmikan butik ready to wear atau RTW yang dikenali sebagai Bohari milik pereka fesyen, Ridzuan Bohari di Sunway Putra Mall di Kuala Lumpur.

Beliau berharap Kuala Lumpur akan terus menjadi "syurga membeli-belah" menerusi lebih banyak pembukaan outlet perniagaan di pusat beli-belah sekitar ibu kota.

"Dengan wujudnya banyak outlet sebegini (seperti perniagaan Bohari) ia sedikit sebanyak menarik lebih ramai pengunjung datang ke Kuala Lumpur, dan kita harapkan produk-produk tempatan juga berkembang ke peringkat antarabangsa," katanya.

- Bernama





nampak makhluk tu bergayut kat atas pokok besar depan rumah fizikalnya besar, tinggi, matanya berwarna merah kejinggaan.




Hai. Aku orang yang sama menulis tentang R&R Perasing. Bila Cik T baca komen, baru Cik T tahu kisah di R&R itu; manalah saya tahu. Selalu ikut Grik ja. Hehe. Ok, hari ini Cik T nak bercerita tentang mama aku disantau ketika aku tingkatan 4, tahun 2008. Latar penceritaan kali ini di rumahku, di Kedah.

Ketika tahun itu, setiap kali aku balik bercuti (aku sekolah berasrama penuh), aku perasan mama aku batuk kuat setiap peralihan waktu (waktu matahari terbit, tergelincir, terbenam). Pada waktu yang biasa tak pula mama aku batuk. Aku rasa pelik. Aku tanyalah mama aku, tak pergi hospital ke? Ya lah, kot la mama terkena jangkitan tuberculosis (TB) atau nama melayunya batuk kering. Mama aku cakap dah cek dengan doktor & doktor pun cakap mama aku bebas dari penyakit itu. Jadi ringkasnya, mama dah cek dengan doktor; tak ada yang sebarang penyakit melainkan kencing manisnya saja. Nota : symptom batuk tiada kena mengena dengan kencing manis.

Masa cuti pertengahan tahun, sebelum masuk semester baru, pada suatu malam, aku menghadap la komputer siapkan folio sejarah (aku tak ingat). Masa tu, semua orang dah tidur. Komputer tu model lama la yang besar nau tu. Aku tengah ralit menaip, tiba – tiba aku rasa sejuk macam ada orang bukakan air cond (bilik aku ada kipas siling ja). Bulu roma aku naik terus. Bilik tu ada la tirai pendek kat pintu. Bilik yang aku dok tu menghadap terus ruang tamu. Entah macam mana, tirai pendek tu bergerak – gerak. Macam ada angin dalam rumah. Rumah aku ni rumah teres hujung. Ada lampu jalan cahaya oren depan rumah. Aku tengok bayang pokok yang mama aku tanam statik ja. Maknanya, angin tu cuma dari dalam rumah la. Kipas kat ruang tamu memang semua dah tutup masa tu.

Lepas aku berfikir semua itu (aku memang suka berfikir dalam semua keadaan), aku rasa memang benda itu sedang berlalu kat ruang tamu. Aku tak nampak (hijab tertutup) tapi memang tahu la makhluk tu. Tapi alhamdulillah mama abah ajar aku supaya jangan terlalu takut, jangan terlalu berani dengan makhluk ni. Tahu lah aku yang dia menyusuri ruang tamu itu (dengan angin bapak sejuk gila dia tu). Memang rasa meremang. Hare. Tapi entah, aku kaku ja masa tu. Blur saja. Aku pun baca ayat kursi; lepas tu aku shut down komputer macam tu saja dan lari tidur dengan mama aku.

Aku cerita kat mama aku. Dia diam ja. Lepas itu, dia cerita yang dia nampak makhluk tu bergayut kat atas pokok besar depan rumah kami (rumah aku depan padang) pada waktu malam. Mama aku perhati makhluk tu dari tingkap bilik depan. Menurut mama aku, fizikalnya besar, tinggi, matanya berwarna merah kejinggaan. Makhluk tu perhati rumah aku masa itu. Mama aku baca ayat Al-Quran dan makhluk tu pun hilang. Nota : mama aku memang nampak makhluk2 ni; arwah abah pun rajin menangkapnya letak dalam botol. Hehe. Yang ini kena letak kat cerita lain, panjang nau nanti.

Adik beradik mama bawa mama pergi berubat. Korang pernah tengok Siri Bercakap dengan Jin yang Dato Rahim Razali berlakon tu? Haa…penceritaan cara perubatan, herba yang digunakan semua itu betul mama aku cakap. Cuma yang harimau jadian semua tu memang ada orang guna; tapi sebagai orang Islam elaklah guna khadam gitu. Ok, pernah tak tengok scene dalam cerita itu yang nampak muka orang yang menghantarnya secara bayang? Macam hantu menjelma secara bayang. Atau kalau sapa2 tengok Harry Potter, haa macam hantu keluar kat meja diorang makan kat dewan tu. Mama aku & orang yang merawat tu nampak muka orang yang hantar santau tu macam tu lah. Lepas tu, berubat lah mama ku. Benarlah angkara santau. Mama aku sihat dengan izin Allah.

Kalau kita tahu orang yang menghantar santau itu, seeloknya baik kita jangan bercerita siapa penghantarnya, pesan mama aku. Satu lagi, berhati hati dengan kiriman makanan yang dikukus daripada orang yang kita kenali; tetapi tidak begitu senang dengan kita. Makanan yang dikukus mudah diletakkan santau. Makanan goreng tak berkesan letak santau.

Ok la, nanti kalo aku rajin aku cerita yang lain pula. Memang keluarga aku ditakdirkan terlibat dengan benda2 macam ini. Ada kaitan dengan keturunan aku dulu. Haha.





http://fiksyenshasha.com/santau-1/



Masa tu aku pandang tepi, tiba2 aku nampak cik pontianak tengah dok senyum kat aku. Masa tu aku rasa macam nak pitam.





Hi semua. Terima kasih kepada admin FS kerana sudi siarkan citer aku ni. Aku nak citer pasal jalan Bukit Merah kat Perak. Nie semua pengalaman aku dengan kawan aku dan kisah benar.

JALAN BUKIT MERAH [PERAK]
Nak dijadikan satu citer, waktu cuti sem nie. Aku dengan kawan sorang nie nak pergi kenduri kawin kawan dekat Selama, Perak. Dalam pukul 8.00 malam tu kami bergerak 2 orang je sebab nak elak jalan sesak, biasa la cuti sekolah masa tu. Masa kami tengah otw nak pergi Selama, kawan aku nie yang drive. Masa tengah drive, dia nampak kat signboard tu tulis ‘Bukit Merah’, jadi dia cadangkan nak lalu situ sebab jalan tu x ramai yang lalu.

Dia tanyalah aku, “wei, apa kata kita lalu kat Bukit Merah tu? Cepat sikit, lagipun aku rasa jalan sesak sebab ramai orang nak balik kampung”.

Aku cakap kat dia, “kalau kau nak, lalu je la, aku x kisah tapi Syikin kata tempat tu sunyi, gelap. Kau nak lalu ke?”. Syikin tu kawan kami. And masa tu dia nak lalu jugak sebab kami nak cepat, tapi kami x tahu Bukit Merah itu kat mana. Kebetulan masa tu nak lalu tol. Lepas tu kawan aku tanya la kat cik kak tol tu.

“Akak, jalan Bukit Merah menghala ke mana?”. Akak tu cakap, “menghala ke kiri. Kenapa? Adik nak lalu kat sana ke?”. Kawan aku mengiya. Lepas tu akak tu kata kat kami , “kalau nak jalan situ, kena kuat semangat. Kena hati2 ye”. Kami pun teruskan perjalanan kami tapi dalam kepala masih terngiang-ngiang bila cik kak tu kata macam tu tapi kami x hirau pun. Sampai jalan Bukit Merah tu, aku nampak jalan tu sunyi sangat. Lampu pun x de. Yang ada cuma perkampungan tapi macam x de orang. Gelap, sunyi. Dah la lampu xde. Masa tu aku rasa seram sejuk. Macam x sedap hati.

Nak dijadikan cerita, aku dengan kawan dah 2 jam kat situ. Yang aku pelik, dah xde perkampungan tapi nampak hutan tebal. Banyak pokok2 mati. Tiba2 banyak burung2 terbang ke langit masa tu burung2 tu aku rasa kat pokok. Kawan aku pun pandai pergi tegur, “asal banyak sangat burung nie, nmpak hantu ke? Hahaha”. Masa tu aku rasa nak sekeh je kepala kawan aku. Masa tu kete pulak aircond rosak terpakse la buka tingkap. Masa tu aku pandang tepi, tiba2 aku nampak cik pon tengah dok senyum kat aku. Masa tu aku rasa macam nak pitam. Aku takut giler la muka dia macam dalam tv ler, buruknya hanya tuhan saja yang tahu. Aku pun menangis ler waktu tu. Aku pun x tau la kenapa tiba2 nak menangis and then aku sempat tutup tingkap.

Kawan aku pun pelik la bila tengok muka aku pucat, dah la menangis. Masa tu muka dia nmpak cuak lah bila nampak aku macam kena rasuk. Kawan aku dah start baca apa yang patut. 5 minit macam tu aku pun berhenti menangis. Lepas tu aku dengan kawan aku pun buat macam biasa. Tiba2 ada budak2 melintas depan kami. Haih muka aku pucat balik sebab budak tu xde muka. Dia melintas depan kami menghala ke hutan. Ahh sudah, kene lagi. Aku tengok kawan aku mulut dah terkumat kamit baca ayat al quran. Aku pun baca arh tapi sekat2 sebab dah cuak.

30 minit lepas tu dah smpai Selama. Masa tu jalan dah ada lampu, kenderaan pun dah ada kalau tdi satu pun xde. Aku rasa bersyukur. Sebenarnya kenduri start esok tapi saja nak datang awal. Sampai je kat rumah, aku dengan kawan aku tanya pasal Bukit Merah. Depa kata kat situ x ramai yang lalu lagipun malam2 xleh lalu. Bahaya lagi2 dua orang je lalu. Kalau nak lalu kena ramai2. Rupa-rupanya ramai dah kena kat jalan, contohnya dengar budak2 ketawa, perempuan menangis, cik pon mengilai la dan lain2. Peristiwa nie terjadi 2 tahun lepas. Aku tekad x nak lalu dah kt situ.

Sampai sini je lah citer aku. Sebenarnya banyak lagi tapi cukup lah. Nanti2 aku publish lagi. X delah seram sangat tpi cuma nak pesan, berhati-hati kat jalan, bukan nak takut2 kan.

http://fiksyenshasha.com/misteri-jalan-berhantu-di-selama-perak-1/


Back To Top