Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Seorang bayi berusia 17 bulan ditemui sedang mengh1sap susu ibunya yang telah meninggal dunia.




– Foto Mail Online

INDIA – Dalam kejadian di daerah Damoh, Madhya Pradesh itu, seorang lelaki telah menghubungi polis apabila menemui mayat seorang wanita berhampiran landasan kereta api.

Apabila polis tiba mereka melihat ramai orang berkerumun dekat mayat wanita itu dan seorang bayi sedang menangis.

Saksi, Monu Balmiki, 27, berkata: “Kami melihat seorang wanita terbaring dekat landasan kereta api dan menghubungi polis.

“Tetapi bila kami mendekati mayat, kami melihat seorang bayi sedang menangis sambil menghisap susu dari badan mayat itu. Apa yang berlaku menyebabkan kami menitiskan air mata,” katanya.


Seorang pekerja di landasan kereta api, Nand Ram berkata: “Anak kecil itu menangis apabila ibunya tidak menghiraukannya, dia kemudian mula memegang dan minum susu badan ibunya.

“Kami terkejut melihatnya, ia sangat menyedihkan. Wanita itu mati terbaring manakala anaknya terlentok sambil menangis di sebelahnya.

“Ini adalah sesuatu yang kami tidak pernah lihat sebelum ini. Ia menyentuh perasaan.

Balmiki menambah, mayat telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kematian namun mengesyaki dia terbabit kemalangan berdasarkan darah yang keluar dari hidung dan telinganya.

“Kami cuba mencari alamat rumah wanita itu dan berusaha mendapatkan beberapa maklumat supaya keluarganya boleh dimaklumkan

Seorang jurucakap hospital memberitahu telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas bayi tersebut yang mengalami selesema tetapi telah diberikan ubat.

Perbincangan sedang dibuat untuk bayi itu dihantar ke rumah anak yatim sehingga keluarganya dikesan. – The Star  | MRM


http://www.malaysiadreamnews.com/22991/bayi-minum-susu-ibu-yang-sudah-meninggal-dunia/








https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA Seorang bayi berusia 17 bulan ditemui sedang mengh1sap susu ibunya yang telah meninggal dunia. . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top