Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Sedar atau tidak kanser ovari adalah penyakit yang dalam diam membunuh ramai wanita-Adakah anda mempunyaI tanda tanda ini?


SEMOGA SETIAP WANITA DIJAUHKAN DARI 'SILENT KILLER' INI.....
Sedar atau tidak kanser ovari adalah penyakit yang dalam diam membunuh ramai wanita =(
💊 Adakah anda mempunyaI tanda tanda ini?
↪ Kembung perut
↪ Kerap membuang air kecil
↪ Kurang nafsu makan
↪ Cepat kenyang
↪ Rasa tak selesa di bahagian perut
↪ Kitaran haid tak teratur
↪ Rasa sakit ketika 'bersama' suami
.
.
Jika ya.. jangan ambil mudah. Walaupun ia nampak biasa... ia sebenarnya mungkin petanda LUAR BIASA.
.
.
Kanser ovari ni bukan saja kanser reproduktif wanita yang paling bahaya dan sukar dirawat tapi sangatlah ambil masa yang lama untuk kesan. Sebab tu kanser ni dipanggil penyakit pembunuh senyap!
.
.
Untuk kesan kanser ni masa tahap 1 memang susah.... ia hanya boleh dikesan ketika tahap ketiga dan keempat.
.
.
Disebabkan simptom dia macam simptom normal dilalui ramai wanita saja kan... ketahuilah anda perlu alert dengan semua ni.
.
.
Bila dah sampai ke stage 4 ni... pesakit memang susah nak dirawat disebabkan dah merebak ke organ lain kecuali dengan kuasa Allah.
.
.
.
💊 Apa puncanya? 🍃 Kaji family history - Faktor genetik meningkatkan kebarangkalian untuk anda mendapat penyakit yang sama.
Pernah tak dengar cerita Angelina Jolie buang payudara dia masa 2013? Dia ambil tindakan tu disebabkan dia pembawa gen barah payudara dari maknya & disebabkan kesiankan anak anaknya & tahu kesakitan tu memeritkan... dia buang kedua belah payudara.
Selepas 3 kali operation dia berjaya kurangkan potential utk dapat breast canser ni dari 87% kepada 5% saja.
Just nak bagitau, penyakit penyakit genetik ni jangan ambil ringan.
.
.
.
🍃 Bedak talkum direct ke miss v
Ingat tak posting saya mengenai potential untuk seseorang wanita berdepan kanser ovari disebabkan meletakkan bedak talkum tepat di tempat sulitnya tinggi?
Kajian menunjukkan walaupun kita (wanita) meletakkan bedak di bahagian miss v kita tu hanya seminggu sekali... ia sudah cukup mendekatkan kita dengan penyakit ini. Nauzubillah....
.
.
.
🍃 Usia
Usually berlaku di kalangan wanita berusia 40an keatas. Namun ada kes kecil yang terjadi kepada remaja. Ia juga cenderung berlaku di kalangan wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos serta wanita yang tidak pernah hamil (ovari direhatkan semasa kehamilan).
Wanita yang hamil pada usia lewat & wanita yang kumpulan darahnya ‘A’ juga dikaitkan dengan kanser ovari.
.
.
.
💊 Macam mana nak kesan?
Selalunya tiga kumpulan utama ni akan diberikan keutamaan untuk jalani saringan kanser ovari ni :
🍃 Mereka yang mempunyai keluarga terdekat yang menghidap kanser ovari. 🍃 Mereka yang membawa gen BRCA1 dan BRCA2 (berisiko tinggi terhadap kanser ovari dan payudara). 🍃 Mereka yang mempunyai keluarga terdekat menghidapi kanser usus besar, kanser rahim dan kanser payudara.
.
.
.
💊 Kenapa kanser ovari lambat dikesan?
Kedudukan organ itu terletak jauh di dalam pelvik berbanding pangkal rahim (serviks) dan juga endometrium (dinding rahim).
Disebabkan tu proses screening ni tak dapat dilakukan.
Ambil tahu mengenai simptomnya. Jangan ambil ringan.
.
.
.
💊 LIKE, TAG & SHARE info 9bulan10hari untuk sentiasa mendapatkan info kehamilan & kelahiran.
.
💊 Copyright Nazira Nazir buat 9bulan10hari saja. Tak dibenarkan copy paste!
#9bulan10hari
Picture : Kementerian Kesihatan Malaysia



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Sedar atau tidak kanser ovari adalah penyakit yang dalam diam membunuh ramai wanita-Adakah anda mempunyaI tanda tanda ini?. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top