Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ritual saya selaras ajaran Islam, kata Raja Bomoh... malah pegawai kerajaan pernah meminta bantuannya sebelum ini.




Ibrahim Mat Zin, lelaki yang mendakwa dirinya sebagai “Raja Bomoh” mempertahankan upacaranya di pantai baru-baru ini dan berkata ia selaras dengan ajaran Islam, malah pegawai kerajaan pernah meminta bantuannya sebelum ini.

Dalam temu bual dengan The Straits Times Singapura, Ibrahim berkata kerjanya diikuti oleh pengamal perubatan Islam dan bomoh lain sejak beberapa dekad lalu.

“Kita tidak mempunyai senjata moden seperti Korea Utara, jika kita pergi berperang dengan senjata, kita akan kalah.

“Tapi kita menggunakan kaedah kuno untuk memagar udara, bumi dan air supaya peluru berpandu akan hilang dan tidak sampai ke Malaysia,” katanya dipetik daripada akhbar harian itu.

Pada 12 Mac, Ibrahim dan rakan bomohnya mencetuskan kekecohan apabila melakukan ritual di pantai.


Dalam rakaman video berdurasi 3.19 saat yang dimuat naik Drama Viral dan berlabel Semasa News itu, Ibrahim yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dengan panggilan Datuk Mahaguru bersama 3 pembantu termasuk seorang wanita dilihat melakukan upacara “halau serangan bom nuklear Korea Utara”.

Upacara itu dilakukan menggunakan buluh meriam, batang kayu yang dijadikan teropong, kelapa muda, sejadah dan semangkuk air laut.

“Upacara kali ini untuk melembutkan hati pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un supaya melepaskan 9 rakyat Malaysia di Pyongyang dan memulihkan hubungan baik antara kedua-dua negara,” kata Ibrahim.

Tindakan Ibrahim dikritik banyak pihak yang berkata ritual beliau menyimpang daripada ajaran Islam dan menjadikan Malaysia, khususnya orang Melayu sebagai bahan jenaka.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad menyuruh bomoh itu bertaubat dan menggesanya kembali ke ajaran Islam.

Dr Zulkifli menyelar bomoh itu dengan berkata amalannya “bidaah” dan mesti dihentikan.

“Bidaah” merujuk kepada amalan agama yang diperkenalkan selepas zaman Nabi Muhammad.

Mufti itu menasihati Ibrahim untuk berunding dengan badan rasmi agama seperti Jakim sebelum melakukan perbuatan yang dikaitkan dengan agama.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan memanggil Ibrahim untuk memberi keterangan.

“Cukuplah, jangan lakukan perkara bodoh. Tindakannya jelas memalukan orang Melayu.

“Saya meminta dia berhenti dan menggunakan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan,” kata Khalid.

Khalid berkata tindakan Ibrahim merupakan syirik dan bukan sebahagian daripada ajaran Islam.

Sebelum ini, Ibrahim menggunakan bahan yang hampir sama dalam usahanya mengesan pesawat MH370 yang hilang 3 tahun lalu.

Ibrahim mendakwa beliau adalah seorang bomoh generasi ke-5 daripada keturunan Maharajalela, seorang pahlawan Melayu yang membunuh JWW Birch di Perak pada 1875. – FMT

http://www.malaysiadreamnews.com





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Ritual saya selaras ajaran Islam, kata Raja Bomoh... malah pegawai kerajaan pernah meminta bantuannya sebelum ini.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top