Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Penunggang Motosikal Terserempak ‘Makhluk Kerdil’ Dalam Hutan



Sekumpulan peminat sukan Motorcross terkejut besar apabila terserempak dengan susuk mahkluk kerdil di dalam sebuah hutan di Aceh ketika sedang memecut motor dalam hutan tersebut.

Makhluk kerdil tidak berpakaian itu terakam sedang membawa kayu dan mampu berlari dengan pantas sekali. Menurut portal-portal Indonesia, makhluk itu dipercayai merupakan suku Mante.

Video kejadian merakamkan bagaimana penunggang motosikal terjatuh apabila terkejut terserempak dengan makhluk tersebut. Mungkin terkejut dengan kemunculan penunggang-penunggang motor itu, makluk itu juga melarikan diri.

Apabila dikejar, makhluk itu sempat membelok dan memasuki kawasan semak-samun.

Portal Kumparan.com cuba mengesahkan tentang makhluk itu dengan seorang penduduk Aceh yang juga Kepala Dinas Sosial Pemprov Aceh, Al Qudri pada Sabtu.

Al Qudri berkata beliau percayai makhluk kecil itu dari suku Mante yang selama ini pernah menjadi lagenda di Hutan Leuser di sini.

“Ini saya rasa Suku Mante, orangnya kecil-kecil,” jelas Al Qudri.

“Suku Mante ini didengar dari cerita turun temurun orang tua-tua,” ujarnya.

“Mereka itu mempunya deria hidung tajam, biasanya kalau mencium bau manusia mereka menghindar. Saat itu mungkin arah angin berlawanan, jadi mereka tidak mencium bau manusia,” tuturnya.

“Mereka itu suka garam. Jadi kalau di gua-gua ditaruh garam, kita tinggal tahu tahu hilang. Hanya ada jejak kaki saja,” tuturnya lagi


https://cempedakcheese.com/suku-mante-indonesia



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Penunggang Motosikal Terserempak ‘Makhluk Kerdil’ Dalam Hutan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top