Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pengasuh Kejam Racun Budak Guna Ubat Skizofrenia (orang sakit mental).



SEPULUH kanak-kanak di China dimasukkan ke hospital selepas pengasuh sebuah taska di negara itu bertindak kejam ‘meracun’ makanan mereka dengan ubat skizofrenia (orang sakit mental).

Menurut laman tempatan negara itu, kejadian berlaku di Kindergarten Hongri di bandar Dongguan pada 15 Mac lalu.

Tambah laman itu, pengasuh kejam itu sudah ditahan polis dan punca suspek bertindak sedemikian adalah bermotifkan untuk membalas dendam kerana tidak mendapat kenaikan gaji daripada majikannya.

Pada hari kejadian, beberapa kanak-kanak dilaporkan mengalami pening dan sebilangan mereka turut pengsan selepas habis waktu sekolah, lapor Southcn.com.



Ibu bapa kepada kanak-kanak itu segera menghantar anak mereka ke Hospital Huangjiang untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis selepas melihat rakaman kamera pengawasan dan berjaya mengesan penjaga taska berkenaan memasukkan sesuatu ke dalam makanan kanak-kanak tersebut.

Hasil siasatan pihak polis mendapati sebotol clozapine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk pesakit skizofrenia di rumah pengasuh dikenali sebagai Yang.

Yang diamanahkan untuk menyediakan makanan dan membersihkan taska tersebut.

Difahamkan sebelum ini Yang ada meminta untuk dinaikkan gajinya namun ditolak. Malah dia mengaku meletakkan ubat berkenaan ke dalam makanan kanak-kanak tersebut untuk membalas dendam.

Walau bagaimanapun, selepas mendapat rawatan, kesemua mangsa dibenarkan keluar dari hospital.

Insiden yang berlaku mencetuskan kemarahan penduduk negara itu dan heboh diperkatakan menerusi laman mikro Weibo. – MYNEWSHUB.CC



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA Pengasuh Kejam Racun Budak Guna Ubat Skizofrenia (orang sakit mental).. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top