Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

mayat mangsa dengan beberapa kesan tikaman di bahagian dada dan kesan tetakan pada pergelangan tangan kanan.




Kuala Lumpur – Seorang wanita warganegara Myanmar berusia 26 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kejam di dalam bilik sewanya di sebuah rumah kedai di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mangsa yang lengkap berpakaian, ditemukan dalam keadaan berlumuran di atas katil oleh teman lelakinya kira-kira pukul 8 malam.

“Sebaik menerima maklumat, kami bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa dengan beberapa kesan tikaman di bahagian dada dan kesan tetakan pada pergelangan tangan kanan.

“Terdapat juga kesan pergelutan antara suspek dan mangsa dan kesan percikan darah di dinding. Polis turut menemui sebilah pisau dengan kesan darah di bawah katil itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan pemegang kad pelarian UNHCR dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan serta tinggal bersama teman lelakinya selama dua bulan di bilik sewa tingkat satu rumah kedai itu.

Teman lelakinya berusia 27, yang juga warga Myanmar, bekerja di sebuah restoran di tingkat bawah rumah kedai dua tingkat itu, katanya.

Mohamad Roy berkata polis telah menahan teman lelaki mangsa serta seorang lelaki warga Indonesia berusia 28 tahun dan seorang lelaki Vietnam berusia 25 tahun.

Lelaki Vietnam dan Indonesia itu merupakan jiran mangsa yang tinggal di bilik sewa tingkat satu dan dua di premis berkenaan, katanya.

Katanya, polis percaya kejadian dilakukan seorang suspek namun motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama



Read more http://www.kualalumpurpost.net/wanita-warga-myanmar-ditemui-mati-dalam-bilik/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA mayat mangsa dengan beberapa kesan tikaman di bahagian dada dan kesan tetakan pada pergelangan tangan kanan.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top