Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Dhia Zara Azmi 3, yang lemas di sebuah kolam renang di sebuah inap desa di Tanah Hitam



Lemas Perak   
MIOR Azmi Mior Raflan 40, (dua dari kanan) bersama isterinya Sabariah Sabran 40, memangku mayat anak mereka Dhia Zara Azmi 3, yang lemas di sebuah kolam renang di sebuah inap desa di Tanah Hitam, Chemor ketika di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini. - UTUSAN/KAMAL BASIR WAHAB

IPOH 20 Mac - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan mati lemas dalam kolam mini di luar sebuah rumah inap desa di Tanah Hitam, Chemor di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, bapa mangsa yang baru terjaga daripada tidur mendapati anak bongsunya, Dhia Zara Mior Azmi terapung di kolam berkenaan.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika mangsa dan bapanya sedang berehat di ruang tamu inap desa berkenaan, kira-kira pukul 11 pagi.

Difahamkan, mangsa sekeluarga yang menetap di Nilai, Negeri Sembilan menyewa inap desa berkenaan sejak kelmarin bagi menghadiri sebuah kenduri keluarga mereka di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, sebaik sahaja menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, bapanya menghubungi adik ipar untuk mendapatkan bantuan.

Beliau berkata, apabila ambulans tiba di lokasi kejadian, pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan mangsa telah pun meninggal dunia.

"Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada kecederaan mahupun sebarang unsur jenayah.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pula mendapati punca kematian adalah disebabkan oleh lemas," katanya di sini, hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/kanak-kanak-perempuan-lemas-dalam-kolam-1.459606#ixzz4bunBWUmc
© Utusan Melayu (M) Bhd







https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Dhia Zara Azmi 3, yang lemas di sebuah kolam renang di sebuah inap desa di Tanah Hitam. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top