Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Aktivis Malaysia yang terlibat menghantar makanan ke Rohingya Meninggal dunia selepas solat Dhuha.

KUALA LUMPUR: Aktivis Nautical Aliya yang menghantar bantuan untuk etnik Rohingya bulan lalu, Mohd Fhazin Ismail, 59, meninggal dunia pagi ini selepas solat Dhuha. 

Allahyarham Fhazin disedari tidak bernafas oleh isterinya Nasaidah Nordin di atas sejadah selepas rakaat terakhir di rumahnya di Kg Charok Sejok di Sik, Kedah. Pemergian Allahyarham Fhazin yang mesra dengan panggilan 'Pak Lang' di kalangan 183 sukarelawan di atas kapal Nautical Aliya dimaklumkan melalui WhatsApp "Food Flotilla For Myanmar" (FFFM) hari ini. 


Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata jenazah Allahyarham dikebumi di perkuburan Islam di kampungnya di Sik, jam 6 petang tadi. "Setakat saya kenal arwah lebih lima tahun lalu, (arwah) tidak tinggal solat Dhuha. 

Kami benar-benar terasa pemergian arwah," kata Azmi ketika dihubungi BH Online, sebentar tadi. Allahyarham Fhazin dan Nasaidah adalah antara 200 sukarelawan dan kru FFFM yang belayar 21 hari pada 3 Februari lalu untuk menghantar 2,300 tan makanan dan ubat-ubatan kepada pelarian Rohingya di Myanmar dan Bangladesh. Misi flotila anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan MAPIM yang disokong lebih 30 NGO dari 12 negara itu adalah misi flotila pertama di dunia untuk membantu etnik Rohingya melalui jalan laut.
 

Pemergian Allahyarham Fhazin, yang juga pemandu kepada Mohd Azmi, amat dirasai, apatah lagi peranannya sebagai petugas di dapur kapal dan sering membancuh teh tarik untuk sukarelawan. Namun lebih menyedihkan sukarelawan flotila ialah visual arwah berpesan supaya ummah bersatu membantu etnik Rohingya di program TV1 Persada Jurnal ditayang ketika jenazahnya disemadikan di liang lahad.

 "Jenazahnya diusung tatkala gambarnya keluar di TV... ya Allah sedihnya, ampunkan dosanya dan tempatkan arwah di kalangan orang soleh," kata wakil JAKIM yang juga wartawan Persada Jurnal, Nosdin Abdul. Allahyarham yang juga bapa kepada empat anak dan mempunyai empat cucu sempat menghadiri program susulan flotila bagi penubuhan sekretariat khas membantu Rohingya di Shah Alam, Ahad lalu. "Arwah bercadang masuk ke Baitulmaqdis (Palestin) Ramadan ini. Namanya dah ada dalam senarai ke sana," kata Mohd Azmi.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Aktivis Malaysia yang terlibat menghantar makanan ke Rohingya Meninggal dunia selepas solat Dhuha. . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top