Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

4 hari menunggu hari nikah tapi baju pengantin hilang akibat ditipu bridal kemunting





Baru Nak Ijabkabul,Duit Kahwin Dirembat Bridal|Aduan dari laman Taiping Zone mengenai penipuan yang dilakukan oleh pihak bridal yang tidak bertanggungjawab. Semoga menjadi peringatan dan pengajaran kepada semua agar berhati-hati memilih perkhidmatan bridal di luar sana.

Tersalah pilih, poket koyak atau busana tak dapat. Betul pilih, poket pun rabak juga dibuatnya. Oleh itu, bersederhanalah kita dan utamakan yang wajib mengikut kemampuan diri.

Haaa! Pagi tadi aku buat entry habaq kat orang Taiping ni kaki menipu ada juga yang meloncat bagai. Aku pun irang Taiping juga. Tetapi malulah kalau dah tiap-tiap tahun ada saja kes-kes penipuan yang besar-besar. Dari kes tangan palsu penipu, peniaga kereta sewa penipu dan segala macam bapak penipu ada dalam Taiping rupanya.

Kebelakangan ini pun, kes-kes pelik terpampang di dada akhbar la ni yang semua datang dari Bandar Taiping. Terkini, kes bridal pengantin pula.

Bila dah bayar deposit, tup-tup mereka terus menghilangkan diri. Call handphone, tak jawab. Alamat rumah yang diberikan pula palsu. Butik pun dah tutup. Hareyy! Naya oi bakal-bakal pengantin baru saja nak berijabkabul tiba-tiba duit yang dikumpul bersama bakal suami/isteri dah kena rembat!

Ingat mereka senang ke cari duit macam kutip daun kering di tepi jalan? Sudahlah nak kahwin pada zaman ini mahal nak mampos kosnya. Kena pula tipu begini. Jem la depa lagu ni!

La ni aku mohon hangpa semua rakyat-rakyat Taiping Zone viralkan! Share selagi boleh, biar viral satu Malaysia.

Kalau boleh jejak minah penipu ini lagi bagus. Dapat saja, korang ikatlah kaki dan tangannya serta lempar di balai polis berdekatan. Kalau nak berasa puas hati sikit, lempang berjemaah sekali tang muka baru lempaq di balai.

Laporan polis telah dibuat dan salinan laporan berada dalam simpanan pihak Taiping Zone.

Jaga hang! Sat nak kasi viral sungguh-sungguh. Bagi hang tak boleh duduk diam sat. Cari perempuan ini sampai dapat, nanti bimbang pula kalau bakal pengantin yang lain terkena dan menjadi mangsanya. thereporter.



http://eberita.org/baru-nak-ijabkabulduit-kahwin-dirembat-bridal/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA 4 hari menunggu hari nikah tapi baju pengantin hilang akibat ditipu bridal kemunting. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top