Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ugut sebar gambar bogel punca bunuh

sekadar gambar hiasan


Johor Bahru: Polis percaya berjaya menyelesaikan kes pembunuhan seorang pemandu lori dalam masa tidak sampai 24 jam dengan penahanan lima orang dalam lima serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini dan Mersing, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, hasil risikan, empat lelaki dan seorang wanita berumur antara 23 hingga 31 tahun itu ditahan antara 3 pagi dan 8.30 malam, semalam.

“Pada 20 Februari lalu, polis menerima maklumat daripada petugas perubatan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah di sini, mengatakan ada satu mayat lelaki berusia 38 tahun dihantar ke hospital oleh orang awam dengan identiti tidak diketahui," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Sulaiman berkata petugas perubatan itu mengesyaki ada unsur jenayah terhadap kematian lelaki itu berdasarkan kesan kecederaan lalu memaklumkan polis.

Beliau berkata, susulan itu, polis ke HSA untuk memulakan siasatan dan mendapati lelaki itu adalah pemandu lori, sudah berkahwin dan tiada rekod jenayah.

Katanya, selepas menahan lima individu terbabit, polis kini sedang memburu beberapa lagi individu yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu.

"Semakan rekod mendapati seorang daripada lima yang ditahan itu memiliki rekod jenayah berkaitan bunuh dua tahun lalu," katanya.

Menurut Sulaiman, siasatan awal mendapati motif pembunuhan berpunca daripada si mati membuat ugutan untuk menyebarkan gambar bogel milik teman wanita seorang daripada lelaki yang ditahan.

Kelima-lima individu itu direman sehingga Sabtu ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Mazlan Idris di talian 012-7566119 atau Ibu pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2232222.


http://www.hmetro.com.my/node/208114



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Ugut sebar gambar bogel punca bunuh. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top