Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Sungguh kejam dan melampau!dipukul dengan penyapu, disimbah air panas selain ditekap dengan seterika di badannya termasuk di kemaluan, lidah dan belakang badannya.



TINDAKAN seorang kakak kepada adik kandungnya ini langsung tidak boleh diterima dek akal. Sungguh kejam dan melampau!

Seorang gadis tidak menyangka keikhlasan kakaknya yang mempelawa tinggal bersama demi masa depan yang cerah sebenarnya mengundang malapetaka dalam hidupnya.

Apa yang paling mengejutkan, gadis yang dikenali sebagai Ain ini diperlakukan lebih keji daripada binatang apabila dipukul dengan penyapu, disimbah air panas selain ditekap dengan seterika di badannya termasuk di kemaluan, lidah dan belakang badannya.

Tidak berhenti setakat itu, gadis berusia 23 tahun mendedahkan dia sanggup sujud dan mencium kakaknya kerana tidak tahan menanggung kesakitan.

“Saya sanggup sujud dan mencium kaki kakak supaya menghentikan perbuatan kejamnya kerana tidak sanggup menahan kesakitan, tetapi dia tidak menghiraukannya,” ujarnya.

Badan mangsa yang dipenuhi dengan pelbagai kesan luka sudah membayangkan kesakitan dan keperitan gadis ini yang seolah-olah berada dalam ‘neraka dunia’ selama empat tahun akibat menjadi mangsa deraan kakak dan adik iparnya.

Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan bantuan anggota polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di rumah kakaknya di Taman Universiti, Skudai malam kelmarin.


http://eberita.org/gila-punya-kakak-tekap-kemaluan-adik-dengan-seterika/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA Sungguh kejam dan melampau!dipukul dengan penyapu, disimbah air panas selain ditekap dengan seterika di badannya termasuk di kemaluan, lidah dan belakang badannya.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top