Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Penemuan bayi bongkar hubungan sumbang mahram dua beradik


sekadar gambar hiasan 


Penemuan bayi bongkar hubungan sumbang mahram dua beradik|Gara-gara melahirkan anak dalam kereta, kisah abang rogol adik di Betong terbongkar semalam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontingen Sarawak, SAC Dato Dev Kumar, kes ini diketahui umum apabila seorang remaja berumur 17 tahun mendapatkan rawatan selepas bersalin di hospital Sri Aman pagi semalam.

Hasil temuduga dengan mangsa mendapati, beliau telah dirogol oleh abang kandungnya sendiri sejak bulan april tahun lepas di sebuah sekolah dekat Pusa, Betong.

SAC Dato Dev yang dihubungi pemberita RTM mengesahkan kes berkenaan di Kuching.

Malah beliau turut menyembunyikan kandungan terbabit dari pihak hospital sehingga melahirkan anak lelaki di dalam kereta semalam.

Hasil laporan ini telah membawa kepada penangkapan abang kandung mangsa yang berumur 35 tahun di sebuah rumah dekat Debak pada pukul 6.40 petang semalam.

Kes disiasat dibawah seksyen 376, B kanun keseksaan, bagi sumbang mahram.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Penemuan bayi bongkar hubungan sumbang mahram dua beradik. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top