Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Mencari nafkah dengan berlakon filem lucah, seorang wanita mendakwa dirinya boleh dianggap sebagai ‘malaikat’

sekadar gambar hiasan

 Artis porno anggap diri malaikat |   Mencari nafkah dengan berlakon filem lucah, seorang wanita mendakwa dirinya boleh dianggap sebagai ‘malaikat’ jika dibandingkan dengan pelaku dosa lain.

Hanya dikenali sebagai Babsi, wanita itu berkata, dia tidak berasa berdosa kerana menjadikan gereja di Hoersching sebagai latar tempat lakonan lucahnya.

“Jika anda apa yang orang lain lakukan, anda akan sedar saya ini seorang malaikat,” katanya ketika menjawab soalan pendakwa, Alfred Schaumueller, di mahkamah semalam.

Babsi, 29, ditangkap selepas aksi lucahnya di sebuah gereja tersebar.

Walaupun wajah pelakon filem itu tidak kelihatan dan polis merayu orang ramai supaya menyalurkan maklumat bagi menangkap dalang di sebalik pembikinan filem berkenaan.

Babsi – yang dilahirkan di Poland – akhirnya dikenal pasti melalui tanda pada payudaranya.
Hakim kemudian menjatuhi hukuman penjara tiga bulan ke atas Babsi, namun membenarkan pelaksanaannya ditangguhkan.

Dia juga didenda kira-kira RM23,200 – atau separuh daripada pendapatan yang diperolehnya daripada jualan video berkenaan. – Agensi



http://eberita.org/artis-porno-anggap-diri-malaikat/




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Mencari nafkah dengan berlakon filem lucah, seorang wanita mendakwa dirinya boleh dianggap sebagai ‘malaikat’ . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top