Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Isteri "dajjal" serah sepupu pada suami untuk disetubuhi sebagai hadiah

Seorang wanita sanggup menjadikan sepupunya yang berusia 31 tahun sebagai hadiah perpisahan untuk suaminya dengan alasan lelaki itu ke Semenanjung untuk bekerja serta mendakwa sudah lama mengidam tubuh sepupunya itu.


Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari  wanita berusia 46 tahun itu dikatakan memanggil mangsa yang kebetulan melintasi rumahnya untuk ke kedai berhampiran.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa, bertemu wanita itu dan dia dipelawa masuk serta dibawa ke dalam bilik bertemu suaminya.

“Ketika berada dalam bilik, lelaki berusia 36 tahun itu memeluk mangsa sebelum mengheretnya ke katil.“Mangsa meronta untuk melepaskan diri namun gagal sebelum suspek menanggalkan pakaian wanita berkenaan dan merogolnya,” katanya.

Menurutnya, isteri suspek yang turut berada dalam bilik, hanya memerhatikan perbuatan keji suaminya terhadap sepupunya.

“Selepas selesai, isteri suspek menemui wanita itu dan berkata ‘Kasi (bagi) rasalah abangmu, nanti kempunan dia mau (mahu) ke Semenanjung.’

Mangsa dibawa ke tandas untuk membersihkan diri sebelum diarah pulang,” katanya.Sumber berkata, mangsa menceritakan kejadian itu kepada kakaknya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Ketua Polis  ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu dan pasangan suami isteri terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan juga mendapati hanya mangsa dan pasangan suami isteri itu berada di rumah kerana anak mereka bersekolah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

beliau berkata, mangsa masih bujang dan mendakwa tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.

“Susulan maklumat diterima, polis melancarkan gerakan memburu kedua-dua suspek dan mereka ditahan jam 12.20 tengah hari semalam manakala mangsa dihantar ke Hospital t, untuk pemeriksaan,” katanya



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Isteri "dajjal" serah sepupu pada suami untuk disetubuhi sebagai hadiah . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top