Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Wanita ditahan fitnah polis dalam FB- "Awalnya kau Pau #Errorarea# ". -

Wanita ditahan fitnah polis dalam FB

SERIAN: Seorang wanita ditahan kerana memfitnah anggota polis apabila memuat turun foto anggota pasukan keselamatan sedang menjalankan tugas di laman rangkaian sosial dengan kenyataan yang boleh memberi tanggapan buruk. 

Wanita berusia 24 tahun dari Taman Anggerik Indah, Beratok di sini, ditahan petang semalam, selepas seorang anggota polis berusia 45 tahun membuat laporan di Balai Polis Serian, pagi semalam.


 Dalam laporannya, anggota polis terbabit mendakwa menyedari kenyataan fitnah itu apabila beliau melihat satu status di akaun Facebook suspek yang memaparkan gambar anggota polis trafik yang sedang menjalankan sekatan jalan raya dengan tertera keterangan "Awalnya kau Pau #Errorarea# ". 


Berikutan itu, polis melancarkan gerakan memburu suspek yang menggunakan akaun Facebook `Ani Aniqa' itu dan menahannya petang semalam, serta merampas sebuah telefon bimbit jenis Sony XPeria, sekeping kad prabayar Celcom dan sekeping kad memori 8gb Micro SD. 



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar yang mengesahkan penahanan wanita itu berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Multimedia Dan Komunikasi.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Wanita ditahan fitnah polis dalam FB- "Awalnya kau Pau #Errorarea# ". -. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top