Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

viral kisah suami2 sekarang terlalu selesa biarkan isteri2 mereka hidup berdikari-mangsa

sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum admin. Thanks siarkan cerita sy tp tolong hide profile ni ye sbb sy pinjam kawan punya. Baru2 ni viral kisah suami2 sekarang terlalu selesa biarkan isteri2 mereka hidup berdikari. Dan ianya sangat terkena pd batang hidung sy. Sudah sebulan sy ditinggalkan isteri. Sy ceritakan sedekit detik awak perkenalan kami. Kami berumur 27 tahun, kenal hampir 5 tahun sewaktu zaman belajar lg. 

Lepas setahun habis belajar kami kahwin. Perkahwinan hanya bertahan selama 2 tahun atas kelalaian sy sendiri. Dia mmg seorg wanita yg sangat baik, cantik, lemah lembut semua la ciri2 ada pada dia. Semasa bertunang, kami masih PJJ, sy di kedah sidia di johor. Kami mmg jarang berjumpa, tak mcm pasangan PJJ lain yg mesti akan bergayut 24jam. Tp tidak bg kami. Saje nak bg ruang antara satu sama lain. Lagi 2 bulan nak kahwin sidia nekad berhenti kerja dgn alasan nak ikut sy bila kahwin nnt. Rezeki dia murah, lepas sebulan mengganggur terus dpt kerja yg agak bagus jugak di kedah ni.. Dan kami pon berkahwin, malangnya selepas 4 bulan berkahwin, sy mendapat tawaran kerja lebih bagus yg memerlukan sy utk pergi training selama 6 bulan. 

Pada mulanya sidia agak keberatan kerana tak sanggup nak berjauhan dgn sy. Dia mula mengungkit yg dia sanggup berhenti kerja untuk sentiasa dekat dgn sy tambahan pula dia tgh pregnant ketika itu 2 bulan. Utk 3 bulan pertama pula tak boleh berjumpa ketika training. Itu lg membuatkan dia susah utk lepaskan sy pergi. Tp setelah berbincang dan demi utk masa depan kami sekeluarga akhirnya dia bersetuju. Kami menyewa rumah yg berdekatan dgn keluarga sy, jadi sy tidaklah begitu risau meninggalkan dia seorg diri dirumah. 


Sepanjang tempoh 3 bulan, dia seorang diri pergi checkup kandungan dia di klinik. Sy masih boleh menggunakan telefon cuma tak boleh keluar dr training. Kadang2 dia call sy tp sy selalu tak dpt nak angkat atas faktor bz. Tp lepas tak bz sy jugak selalu lupa nak call dia balik. Kadang2 sy terlupa nak tanya keadaan dia dan kandungan selepas dia checkup walaupon sebenarnya sy sgt excited utk jadi bapa. 


Lepas bulan 4, sy boleh pulang ke rumah tp sy menghabiskan masa di tempat kerja sbb mmg banyak paperwork yg perlu sy siapkan. Utk pengetahuan semua, sy mmg tiada scandal dgn mana2 perempuan krn niat sy kerja kerana Allah taala je. Dia selalu call suruh sy blk, bukan tak rindu tp sy sangat pentingkan kerja. Dipendekkan cerita, dlm masa 6 bulan training hanya 5 kali sy balik jumpa dia itu pon hanya bermalam 2-3 hari. Bila habis training, tau2 je perut dia dah besar dan tunggu hari je. 


Pernah suatu pagi sy dpt byk misscall dr dia, masa tu sy tgh meeting. Sampai la ke malam bila dia call sy, kami borak seperti biasa. Sebelum akhiri perbualan, dia tanya "hubby langsung tak tanya syg kenapa call byk kali pagi tadi? Hubby tau tak kereta sy rosak tgh jalan. Syg tau hubby jauh tak guna pon klu call bukannya hubby boleh dtg, nasib baik ada sorg laki budiman yg sedia membantu. Syg kecik hati sgt dgn hubby sbb hubby lgsg tak call back tanya kenapa call byk? Tolong la prihatin sikit, walaupon sy boleh buat semua benda sendiri tp syg sgt perlukan hubby. Atleast tanya keadaan syg dan baby mcmana? 


Dia jugak pernah pergi beli barang2 persediaan baby seorg diri dgn perut yg memboyot. Dia ajak sy tp tak kena masa disebabkan dia pandai berdikari sy izinkan dia pergi seorg diri. Dipendekkan cerita, sewaktu hendak melahirkan baby pertama kami, sy hanya sempat ke hospital selepas 2 jam dia selamat melahirkan.Dia drive sendiri ke hospital dlm keadaan sakit kerana ketika itu s yada meeting dgn org2 atasan. Selepas habis pantang, dia start keja dgn keadaan diri yg semakin lawa. Bentuk badan ttp maintain mcm anak dara. Yelah, dia dah sarat pon jika pandang dr belakang sepertiorg tak pregnant je. Tp sy lgsg tak risau disebabkan sy begitu yakin cinta dan sayang dia hanya utk sy begitu jugak sy, sy kerja keras sblm ni mmg utk dia dan anak kami. Tp sy silap, dia sudah pandai bermain cinta dgn lelaki yg byk tolong dia semasa sy tiada.


Lepas kantoi dan dia mengaku. Sy bebetul kecewa sbb dia curang dgn sy. Dia meluahkan semua isi hatinya selama hidup dgn sy, dia selalu makan hati berulam jantung memendam perasaan. Dia ckp sy membuatkan dia rasa tanpa sy disisi, hidup dia masih boleh diteruskan. Dia boleh memandu makan apa2 yg dia idamkan semasa mengandung seorg diri, dia boleh shopping baju baby sendiri, dia boleh pergi hospital sendiri. Dan sy, selalu terlupa nak tanya aktiviti harian dia yg seorg diri tanpa sy. Dah makan ke belum, dah pergi kerja ke belum. Jadi apabila ada seorg lelaki yg mengambil berat, sudah tentu dia akan cair. 


Setelah mendengar segala isi hati dia sy baru tersedar selama ini sy mmg tak mengambil berat sangat pasal dia. Ini semua sbb sy yakin, dia seorg yg berdikari namun sy terlupa dia juga sgt memerlukan sy sebagai pelindung. Walaupon setiap bulan sy tak pernah lupa utk beri nafkah RM400 tp itu semua tak bermakna jika tidak diberikan nafkah kasih sayang. 


Jadi sy nak nasihatkan para suami. Tolonglah jangan biarkan isteri anda menguruskan rumahtangga sendiri walaupon dia mmg pandai berdikari ttp hati seorg isteri sgt perlukan layanan, ambil berat, dr suami. Sy tau dia jugak follow page iium ni sbb dia selalu tag nama sy di problem2 yg berkaitan tp sy hanya like post dia tanpa membaca. Skrg bila sy baca satu persatu apa2 yg dia tag nama sy, sy sgt menyesal sbb tak ambil peduli. Kadang2 suami ni malu bila isteri post dan tag nama mereka, tp ketahuilah mereka hanya ingin kan perkahwinan yg bahagia dgn kita. So kpd awak, sy tau awak mmg tgh merajuk dgn sy. Dah sebulan ni, mehla kembali kerumah kita. Sy tak kuat tanpa awak. Sy janji sy akan jaga awak dan anak kita dgn penuh kasih sayang. 


Thanks semua sudi baca. Doakan dia kembali cepat pada sy ye.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA viral kisah suami2 sekarang terlalu selesa biarkan isteri2 mereka hidup berdikari-mangsa. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top