Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Tiga kanak-kanak yang ditahan kerana terlibat aktiviti menjual keputusan nombor ekor





Tiga Kanak Kanak Terpaksa Ditahan|Tiga kanak-kanak yang ditahan kerana terlibat aktiviti menjual keputusan nombor ekor dalam satu operasi kelmarin, dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan susulan.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata dua kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki itu ditahan dalam operasi dari 7 malam hingga 10 malam di kawasan Bandar Sandakan, Bandar Ramai-Ramai, Bandar Leila dan Bandar Nam Tung.

Katanya operasi tersebut turut disertai dua pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Sandakan.

Seramai 25 orang turut diperiksa dalam operasi cegah jenayah itu dan hanya tiga kanak-kanak berusia antara tiga hingga sembilan tahun itu ditahan di kawasan Bandar Sandakan, katanya di sini, semalam.

Azhar turut menasihati ibu bapa agar sentiasa prihatin dan memastikan keselamatan anak-anak mereka.

“Pantau dan pastikan anak-anak tidak terlibat dengan aktiviti jenayah dan gejala sosial yang tidak diingini,” kata Azhar


http://eberita.org/tiga-kanak-kanak-terpaksa-ditahan/




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Tiga kanak-kanak yang ditahan kerana terlibat aktiviti menjual keputusan nombor ekor. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top