Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Tentang Dia.. Muhammad Hafizuddin adalah didiagnos Kanser Otak...Di usia yang masih kecil.. pasrah merelakan kepalanya botak dikikis.

Tentang Dia..
Tanggal 11 April 2006...dunia telah merakamkan kelahirannya.Gema tangisannya berkumandang meluluhkan segala asa.

Dia,di ilhamkan nama Muhammad Hafizuddin.Dia merupakan cahaya mata ke 3 pasangan Husna Naut Husna dan Alias.Dia membesar sihat sama seperti kanak-kanak biasa.Akan tetapi...cakerawala mula menggoyah paksinya.Dikala usianya menginjak 7tahun,dia kerap mengadu sakit kepala dan sering muntah-muntah.Langit yang dahulunya cerah berganti sirna.Sakit kepala yang berulang itu telah menghitamkan zaman kanak-kanaknya.Pada Januari 2013 dia didiagnos Kanser Otak.

Maka,bermulalah episod baru kehidupannya di alam berhantu.Wad c3 Hospital Besar Pulau Pinang menjadi saksi akan mandatori dunia yang harus dia hadapi.Di usia yang masih kecil..Dia pasrah merelakan kepalanya botak dikikis.Dia hanya memendam pedihnya dipanah laser radioterapi.Dia umpama boneka bernyawa saat kepalanya dibelah dan dikoyak untuk membuang tumor yang mendakap otak.Inilah reality yang mesti dia tadahi.Dia tiada masa untuk menikmati zaman kanak-kanak yang dipenuhi fantasi.Fasa perit ini berjaya dia harungi.


Mendung yang berarak terus-terusan memayungi titian perjalanan hidupnya.Pada May 2015,kanser itu sekali lagi datang mencabar diri.Kepala yang terbelah,bisanya masih belum terubati.Dia diheret lagi ke kandang besi.Nasib dirinya sekali lagi diperjudi.Kali ini dia tidak berdaya menangkis terjahan kimoterapi. Setahun lamanya dia memerap di taman ngeri menghitung hari menanti dibebaskan dari rantaian wayar-wayar yang menggari. Mengharapkan dia dapat berlari-lari tanpa dihambat si baju putih lagi.Dia selamat menyeberangi fasa ini.Dia membenam harapan mahu sembuh menggunung tinggi.


Malangnya harapan yang melangit terhumban ke bumi.Mimpi ngeri menjelma kembali.Mungkinkah ini takdir yang tercatat sejak azali.Sengsara yang menghimpit tidak mahu melepaskannya pergi.Kanser itu terlalu kuat untuk diperangi.Dec 2016...Dia relapse lagi untuk yang sekalian kali.


Ujian MRI menjadi bukti.Barah semakin serakah meratah.Ketulan tumor itu mendabik bangga menayangkan kelibatnya yang megah.Ilmuwan perubatan terkelu lidah.Teknologi moden terhenti sudah.Kanser itu terlalu gah.Kanser itu tetap berdegil mahu memenangi takhta walau berkali-kali cuba dimusnah.Bencinya si kanser durjana terhadap si tuan empunya tiada penyudahnya.Kini,semestinya si kanser licik itu sedang bahagia bermaharajalela kerana tiada ancaman lagi yang mampu mengusirnya.


Renyuk hati si Ibu tak siapa tahu saban waktu mengenangkan derita si anak yang tiada bernoktah.Apakah masih tidak cukup ikhtiar mereka selama ini.Hanya DIA yang Maha Tahu.Kita manusia tiada daya menolak kehendak Ilahi.Andai ini suratan yang tertulis,siapa kita hendak menepis.Redha..ringannya diungkap namun terlalu berat untuk didakap namun percayalah..sesungguhnya Redha itu adalah kesakitan termanis.


Dikesempatan ini saya meminta sama-samalah kita panjatkan doa ke Ilahi memohon agar Muhammad Hafizuddin diberikan kesembuhan hakiki.Selagi roh dan jasad bersatu tiada yang mustahil boleh berlaku.






Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Tentang Dia.. Muhammad Hafizuddin adalah didiagnos Kanser Otak...Di usia yang masih kecil.. pasrah merelakan kepalanya botak dikikis.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top