Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

TAK SAMPAI 40 HARI SUAMI PERGI-meratapi pula pemergian anak sulungnya yang maut setelah dirempuh sebuah kereta


INNALILLAHWAINNAHIROJIUN😔😔😔😔

TAK SAMPAI 40 HARI SUAMI PERGI

KUALA KURAU ~ Tidak sampai 40 hari kematian suami tercinta, kini seorang balu meratapi pula pemergian anak sulungnya yang maut setelah dirempuh sebuah kereta ketika sedang menghantar adiknya menunggu bas sekolah di Kilometer 7, Batu 7, di sini pagi tadi.

Lebih memilukan, keadaan anak keduanya yang membonceng motosikal turut difahamkan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan itu.
Ibu mangsa, Fauziah Abdul Rahman 43, berkata, sekitar jam 6.00 pagi, anak sulungnya Mohamad Hafeez Mohd Jais,18, keluar dari rumah menghantar seorang adiknya Nurul Hafiza Mohd Jais,16, ke hadapan simpang Kampung Parit Tok Kip untuk menaiki bas sekolah.

Menurutnya, riak wajah anak sulungnya yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) itu berbeza daripada biasa dan tidak ceria sebelum pergi menghantar adiknya dengan menaiki sebuah motosikal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar menegaskan kejadian dipercayai berlaku jam 6.20 pagi setelah mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda Wave bersama adiknya, dirempuh sebuah kereta Proton Wira.

Menurutnya, mangsa difahamkan hendak membelok ke kiri jalan selepas keluar dari simpang kampung berhampiran Masjid Batu 7, Parit Tok Kip di sini.
"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta dipandu seorang pekerja kilang wanita berusia 24 tahun, dikatakan tidak sempat mengelak, merempuh motosikal mangsa secara berhadapan sebelum menyeret motosikal mangsa ke arah jalan bertentangan.

"Mangsa maut di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat, manakala adiknya mengalami patah tulang bahu kanan serta beberapa kecederaan lain, turut dirawat di hospital sama," katanya.

👇KEADAAN PEMANDU KERETA YANG TRAUMA SELEPAS MELANGGAR MOTORSIKAL DINAIKI MANGSA & ADIKNYA.FOTO BERSAIZ KECIL ARWAH MOHAMAD HAFEEZ MOHD JAIS



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA TAK SAMPAI 40 HARI SUAMI PERGI-meratapi pula pemergian anak sulungnya yang maut setelah dirempuh sebuah kereta. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top