Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Saya pulak makin sarat 8 bulan lebih. Tapi awak langsung tak tanya pasal persediaan barang baby. Allahu sedihnya masa tu.




Surat utk hubby yg meroyan kat page KRT. Hmmm… (sebelum ni tak pernah pulak awak nak komen2 kat apa yg sy tag2, ni pandai pulak buat karangan ek)
Assalamualaikum, hubby kenapa lah pergi cerita masalah kita kat page tu. Tp awak tak cerita semuanya kan. Boleh tak sy nak tambah lepastu awak tolong post kan ok. Gunalah FB kawan awak jugak k.

Firstly, sy nak mintak maaf sgt sbb lari tinggalkan awak. Dah sebulan lebih kan. Tp awak lgsg tak dtg umah family sy kat Johor ni utk amek sy semula. Call & whatsapp? Haihh boleh dikira dgn jari je. Kalua betul2 awak nak pujuk sy, bukan mcm tu caranya.

Awak ckp sy kantoi curang kan. Kantoi pon sbb lelaki tu call sy utk bertanya khabar. Sy jumpa dia pon 2x je. First, masa dia tolong waktu kereta rosak dan second terserempak di shopping mall dan lepas tu sy tak pernah lg jumpa dia. Dia hanya call sy sesekali utk tanya kabar. Tp terpulang pada awak nak ckp curang ke apa. Sbb hati sy ni lagi sakit bila terfikirkan perangai sambal lewa awak tu. 


Disebabkan masa tu awak kat sebelah sy, itulah peluang sy utk bgtau kat awak (konon nak bg awak jealous) yg ada lelaki lain sudi nak tanya kabar sy. Awak? Hampeh!! Utk pengetahuan pembaca KRT, lelaki tu mmg sgt baik, untungla siapa yg akan kawen dgn dia nnt. But definitely not me. Even dia baik selalu call sy hanya utk tanya kabar tetapi sayang, cinta dan kasih sy hanyalah utk suami sy. Tak berniat lgsg utk curang. Sy cuba faham kerja suami sy sebagai seorg anggota POLIS sgt sibuk. Siang sibuk di office, meeting sana sini. Malam pula kena operasi sana sini. Bila masa nak dpt belaian seorg suami, sy pendam sorg2.


Awak tak pernah marah bila sy check phone awak, tp bila sy bg phone sy awak taknak pun tengok. Then disebabkan 1 call dr lelaki itu, awak mengamuk marah2 sy. Bila sy luahkan isi hati, awak mcm terpinga2. Tak sedarkah awak selama ini awak begitu sembil lewa biarkan sy uruskan semua benda sorg2.
Family awak, walaupun dekat pun tak amek tau sgt pasal sy. Setiap minggu sy dtg jumpa diorg pon mcm kunjungan tak diundang, tp sy tetap dtg setiap Jumaat n tak pernah miss bawak buah tangan! Sy bg duit belanja kat mak, pak n adik2 (bukan ungkit tp saje nak citer). Bila ajak balik Johor, mcm2 alasan awak. Sy nak pergi naik bas awak kata tak manis malu dekat papa sy. 


Time pregnant, sy menangis setiap malam, sy muntah morning sickness sorg2. Tayar keta pancit, sy pam sendiri. Mentol terbakar, sy amek tangga panjat n tukar sendiri. Sy tak harapkan ehsan jiran, walaupun jiran sy sgt baik. Sy pergi checkup sorg2. Lepas balik checkup awak tak tanya keadaan baby. Sy scan gender sorg2. Bila bgtau awak it’s a girl, awak ucap syukur pun dah buat sy happy nak melompat2. Bila kaki makin bengkak, sy urut kaki sendiri. 


Apa2 yg sy nak makan, sy pergi cari sendiri. Cuma sy tak dpt laksa johor =( tp Alhamdulillah, Allah mudahkan sy bersalin secara normal tanpa koyak dan jahit dgn berat baby 3.25kg (ntah2 berat baby pon awak tatau) hanya dlm masa sejam di labour room. Mungkin ini balasan Allah sbb dia tau betapa sengsaranya sy bawak perut uruskan mcm2 sorg diri.


Ohh rupanya yg selama ni sy tag2 awak kat fb awak lgsg tak baca hanya like. Awak tau tak betapa happynya sy bila dpt like dr awak. Nak tunggu awak komen? Mmg harapan lah. Tp hampeh awak tak baca! Patotla sy ada tag 1 post pasal “apa yg suami perlu lakukan ketika isteri mengandung” sy tunggu malam tu utk awak urut kaki sy tp takde. Sy pun pelik, sy fikir mungkin awak tak ingat awak like post tersebut. Sy tag “cara nak hidup bahagia” pon takde apa2 perubahan dr awak, walaupon awak dah like. Sy biarkan sbb sy bukan jenis meminta. 


Lepas awak habis training dan awak makin bz. Sy pulak makin sarat 8 bulan lebih. Tp awak lgsg tak tanya pasal persediaan barang baby. Allahu sedihnya masa tu. Bila sy mintak izin nak pergi shopping barang baby awak izinkan. Tp sebenarnya sy nak pergi dgn awak. Sy gagahkan juga sorg2 walaupun kaki tgh bengkak. Kebetulan, sy terjumpa lelaki yg tolong sy masa kereta rosak. 

Dia tanya pasal awak, sy ckp awak outstation. Sy langsung tak pernah burukkan awak, apatah lg cerita kesedihan sy kat dia. Dia yg tolong angkut beg2 shopping kedalam kereta. Balik shopping, awak tak tgk pun barang2 yg sy beli. Hampeh! (Pembaca KRT, tolong jgn fitnah sy curang lg sbb sy tak pernah jumpa lelaki itu selepas pertemuaan ini) Dia pun nmpk perut sy memboyot, walaupun sy cantik (suami yg ckp kan) takkan la sy sampai tak tau hukum menduakan suami. Sy sgt menjaga maruah sy sebagai seorg isteri. Pergaulan di office pun sy jaga.


Lepas bersalin, sy berpantang dgn mak sy pon awak jarang dtg tgok. (rasanya 2 kali je! First masa anta balik kg, second masa amek nak start work!) Nasib sy tak meroyan. hihi! Tp bila sy dah start work. Again, sy uruskan baby kita sorg2. Pegi cucuk baby pun sorg2. Anta kat babysitter sorg2, sampai babysitter tertanya tanya, tak pernah nmpk pun daddy Saffiya ni. (malunya sy!) So semakin hari, sy rasa tak perlukan awak lg. Awak tolonglah faham n jgn tuduh2 lg sy curang. 

Sepanjang kat kg ni, sy tak pernah contact mana2 lelaki. Sy tak sunyi, sy tak perlukan simpati lelaki, sy tak desperate utk cari lelaki lain. Sy kan wanita besi, apa ada hal! (tp sy tak suka title ni!) Dulu, sy perlukan kasih sayang awak. Duit nafkah RM400 awak tu sy simpan utk anak kita. (Pembaca KRT tolongla jgn pertikaikan duit nafkah tu. Sy betul tak kisah, sbb sy hanya harapkan belaian, kasih sayang seorg suami yg tiada nilainya) sbb sy pun ada gaji sendiri. Tp awak lgsg tak peduli, awak kira nafkah duit tu dah memadai. Silap sy tak reti meminta itu ini. Tp itu yg awak suka sbb awak ckp sy bukan jenis mengikis. Sampai nak mintak kasih sayang sket pon sy tak reti.


Sy tak suka anggap diri sy wanita besi, yes mmg sy boleh buat sendiri. Tp sy nak sangat buat sama2 dgn awak. Hari minggu, nak jugak sy, awak dan safiyya jalan2. Tak shopping pon takpe asalkan jalan sebelah awak. Ni sy jugak yg tolak stroller sorg2 pegi beli barang dapur. Tp sy tak pernah abaikan tanggungjawab sy. Sy sediakan pakaian, makan minum awak. Sy sentisa persiapakan diri untuk bagi nafkah batin setiap kali awak meminta dan tak pernah pun sy menolak bukan? Tp awak tak pernah nmpk apatah lg hargai semua itu.


Skrg, sy sgt perlukan masa utk kembali pd awak. Biarkan sy buat solat istikharah dulu ye. Awak pegila operasi awak tu. Sy ok je kat kg ni. Sy rasa nak benti keja dan duduk kat johor je. Saving sy pon byk, bolehla buat modal utk buat bisnes kecik2. Alaa bgtau awak bukannye awak hirau pon. Hihi.. tp sy yakin, awak pun boleh hidup tanpa sy disisi. Kehidupan awak pun tak ubah mcm org bujang walaupon awak tiada mana2 scandal sbb sy mmg selalu check phone awak. (itu sy salute jugak. Tabik Tuan!) hihi..


Kla Safiyya dah menangis ni. Awak jaga diri tau, jangan lupa makan vitamin setiap pagi! Jangan tinggal solat 5 waktu. Buatlah solat hajat kalau betul2 nak sy dan safiyya kembali pada awak. Dahlah, jgn nak meroyan lg kat FB/KRT. Cari lah cara lain utk menangi hati sy. Itupun kalau Allah tetapkan jodohkan masih panjang.
Thanks semua pembaca KRT. Ramai yg tag husband masing2. Happy sy baca, husband korg tak mcm husband sy =p Tolong jgn kecam dia dan sy lg . Doakan yg baik2 ok. Assalamualaikum.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Saya pulak makin sarat 8 bulan lebih. Tapi awak langsung tak tanya pasal persediaan barang baby. Allahu sedihnya masa tu. . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top