Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

restoran makanan segera diarah tutup selepas menemui lipas di dalam minuman coklat





seremban: Sebuah restoran makanan segera di pasar raya di Seremban 2, di sini, diarah tutup selepas seorang pelanggan menemui lipas di dalam minuman coklat dipesannya.

Restoran berkenaan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS), mulai hari ini, selepas tular di Facebook mengenai kejadian itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Abdul Rahim Abdullah berkata, pemeriksaan pasukan penguatkuasa mendapati kebersihan restoran berkenaan tidak memuaskan dengan tahap penilaian kebersihan 57.5 peratus.

"Kami mengarahkan premis itu ditutup selama dua minggu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, untuk siasatan lanjut.

"Pemilik premis boleh merayu selepas semua tindakan penambahbaikan diambil terhadap ketidakpatuhan. Kami akan membuat pemeriksaan semula sebelum membuat keputusan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga menyiasat satu lagi kejadian seorang pelanggan menemui ulat di dalam sos sambal di sebuah restoran di Bandar Baru Nilai, Ahad lalu.

Katanya, pemeriksaan pada Isnin mendapati tempat penyimpanan makanan yang belum dimasak berada dalam keadaan tidak memuaskan dan pihaknya mengeluarkan notis mengikut Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.












https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: jijik

TERIMA KASIH SUDI BACA restoran makanan segera diarah tutup selepas menemui lipas di dalam minuman coklat . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top