Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

parent yang suka sangat gunakan enema untuk anak2 yang sembelit.-BAHAYA SANGAT PADA TUBUH ANAK

Sorry, terpost sebelum habis tulis tadi.. ngekk sungguh!!

Actually, saya nak cerita pasal penggunaan enema. Tau tak enema tu apa? Alaa, kalau orang kampung ni dia cakap, ''ubat pump berak'', atau ''air sabun'.
Saya perhatikan ada beberapa orang parent yang suka sangat gunakan enema untuk anak2 yang sembelit. Kadang baru sehari tak membuang, terus guna enema. Ada 2 kes, saya jumpa sampai anak dia dah macam bergantung kepada enema. Kalau tak guna, memang tak leh berak.
Bila ada parent yang datang beli sampai 10 unit enema, memang saya akan tanya habis2. 

Sembelit ni kita kena faham punca dia. Paling utama adalah, kurang minum air dan kurang fiber/serat dalam pemakanan. Punca lain adalah usus kita kurang bacteria baik. Bertukar susu pun boleh jadi punca sembelit juga.
So, apa alternative lain selain enema untuk sembelit?
1. Boleh ambil probiotik. Ada banyak jenama di farmasi. semua pun ok. Kalau yang muslim, boleh check status halal dulu.

2. Beri Jus Prune. Prune antara buah yang mempunyai serat tinggi. Biasanya, kalau minum jus prune memang lancar ler pembuangan. Baik untuk budak2 mahupun dewasa.

 3. Campur Psyllium husk dalam jus atau air kososng. Psstikan minum banyak air lepas tu. Sebab kadang2 susah nak membuang sebab najis tu terlampaau kering jadi susah nak keluar. Maka Psyllium husk ni akan tarik air masuk dalam usus besar dan melembutkan najis tersebut. (Penerangan dalam bahasa paling mudah saya guna ni.. hahahaha)
 4. Kalau nak ambil ubat, untuk kanak-kanak saya cadangkan ambil Lactulose. Yang ni effect dia tak immediate macam pakai enema. Fungsi dia melembutkan najis. 

Perlu tekan kan kat sini, bukan tak boleh guna enema, kalau anak tuan/puan merengsa dan nampak tak selesa sangat, boleh lah bagi untuk kelegaan cepat. Cuma kalau boleh jangan biasakan. Cuba cegah dulu punca mendapat sembelit. Makan buah macam pisang atau betik tu sesuai sebelum kena sembelit, kalau dah sembelit, actually tak berkesan sangat pun.huhuhu...

Semoga perkongsian saya sebelum tutup kedai ni bermanfaat untuk semua. Sebenarnya, kalau nak kupas betul2 pasal sembelit ni menangis korang nak membacanya.. hahahahaahah...
#notailmuharian #yourtrustedpharmacist #ilovemyjob



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kesihatan

TERIMA KASIH SUDI BACA parent yang suka sangat gunakan enema untuk anak2 yang sembelit.-BAHAYA SANGAT PADA TUBUH ANAK. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top