Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

ketika sarat mengandung suami nak nikah lain,saya izin kan tapi masa dalam pantang suami lafazkan cerai talak 1

Asaalamualikum admin tolong hide nama saya.

Saya di sini bercerita bukan utk membuka aib diri sendiri mahupun keluarga. Nak di pendekan cerita saya bernikah dengan suami sudah 3tahun dan di karuniakan 2cahaya mata perempuan, yang kedua baru lahir pada 16-10-2016.
Pada tahun ketiga semasa saya mengandungkan anak kedua rumah tangga kami di uji dengan ujian yang begitu dasyat bila mak mertua sendiri mencarikan jodoh untuk suami sendiri, dengan alasan dia tidak suka pada saya.

 Mula2 suami menolak, tapi lama kelamaan suami mula ikut cakap mak mertua. Pada raya haji pertama suami terkantoi berhubungan dengan perempuan yg mak dia jodohkan tu. Masa itu hanya allah sahaja yang tahu perasaan saya sebagai seorang isteri lagi2 time tu saya mengandung 7bulan. Saya diam, saya layan suami mcm biasa, macam tak ada apa yg berlaku, saya masih taat kepada suami tiada alasan saya menolak utk di madukan, kalau itu dah tersurat dan takdir saya. 

Saya bincang dengan suami elok2 yang saya memberi keizinan suami utk bernikah lagi selepas saya bersalin. Dari suami membuat maksiat saya takut kehilangan keberkatan dan redha allah. Suami pun meminta borang berpoligami dan dengan rela hati saya pun isi. Tpi jujur sebagai perempuan saya menangis dalam diam.
Selama 2bulan sebelum saya bersalin saya. Saya sentiasa mendekatkan diri dengan sang pencipta, solat dan buat amalan dengan istiqomah. Semoga allah memberi petunjuk sebaik2 jalan utk saya.


Dan pada 16-10-2016 pun saya melahirkan anak yang kedua.
Niat baik saya di balas dengan kekejaman, deraan mental dan emosi saya masa dalam pantang sunggub hebat dari ibu mertua. Tak bagi suami saya balik rumah sendiri utk jaga saya dalam pantang. Biarkan saya dengan anak2 bertiga dengan anak sulung. Saya tau suami harus ikut dan dengar cakap mak dia. Tapi saya sebagai seorang isteri di mana hak saya? Saya meminta kekuatan dari ALLAH semoga allah sentiasa kuatkan iman saya. Memberi kesabaran utk saya lalui. Hanya ALLAH tempat saya mengadu masa itu. Sebab berjauhan dari keluarga saya. Dan saya tak nak buka aib suami masa itu. Seburuk2 suami dia tetap suami saya. Saya ingin mencontohi aisyah, yang taat kepada firaun.


Pada pantang saya yang ke 23hari suami balik kerumah buat macam biasa, layan sya dengan baik. Tapi sya tak sangka dan tak terlintas layan itu adalah yang terakhir sebelum suami melafazkan talaq 1.
ALLAH. ALLAH. ALLAH. ALLAH. ALLAH. ALLHAMDULILLAH ALLAH
hanya itu yang terkeluar dari bibir saya. Saya bersangka baik kalau penceraian ini adalah petunjuk yang selalu saya pinta dari ALLAH. 


Tanpa saya menanyakan sebab, kenapa, apa salah saya. Saya terima dengan ikhlas penceraian ini. Walau sakit, pedih dalam hati ini tapi saya yakin perancangan allah lebih idah dari perancangan saya.
Saya tau ini adalah bahagian hidup saya, ada sebab yang baik kenapa allah pisahkan kami berdua. Dia adalah ujian bagi saya bukan jodoh saya.
Allhamdulillah saya skg lebih bahagia dengan kedua anak saya. Mengejar cinta allah adalah ketenangan, melepaskan cinta manusia itu adalah kebahagian. Walaupun sakit tapi allah janji allah pasti. Selepas kesulitan pasti ada kesenangan.



Tiada niat utk membuka aib diri hanya ingin berkongsi pekung di dada. Dan ingin memberi kata2 utk wnita2 yang senasib dengan sya utk sentiasa kuat dan jgn ambil jalan singkat. Apapun yang terjadi dalam hidup kita, kita berbalik la pada sang pencipta insya allah kita bahagia walau tanpa seorang lelaki.
Terima kasih. Doakan saya dan anak terus kuat dan berjaya dunia akhirat. Allahumma aamiin
Asallamualaikum!






Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA ketika sarat mengandung suami nak nikah lain,saya izin kan tapi masa dalam pantang suami lafazkan cerai talak 1. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top