Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Jantan cemburu ditahan-Seorang lelaki yang cemburu melampau ditahan selepas mengugut untuk membakar rumah, kereta dan mencederakan ahli keluarga kekasihnya.

*2017/01/05 Bharian.com.my*
*Jantan cemburu ditahan*


BANDAR SERI JEMPOL: Seorang lelaki yang cemburu melampau ditahan selepas mengugut untuk membakar rumah, kereta dan mencederakan ahli keluarga kekasihnya.

 Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di Bahau dekat sini, pada jam 9.30 malam tadi, mencemburui kekasihnya yang berusia 23 tahun kerana bekerja di sebuah kilang di sini yang mempunyai ramai pekerja lelaki. Ketua Polis Daerah Jempol, 

Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa yang berkerja sebagai kerani mengenali lelaki terbabit menerusi aplikasi WeChat sejak tiga bulan lalu. Katanya, lelaki terbabit meminta kekasihnya berhenti kerja di kilang itu, tetapi ditolak dengan alasan sukar mendapatkan pekerjaan lain. 

"Suspek yang berang menghantar ugutan kepada mangsa menerusi aplikasi WhatsApp, kira-kira jam 12 tengah hari, Selasa lalu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di sini, hari ini. 


Noorzainy berkata, mangsa yang bimbangkan keselamatan diri dan ahli keluarganya membuat laporan polis pada hari sama dan polis berjaya mengesannya di Bahau sebelum ditangkap, semalam. 


Katanya, suspek ditahan reman selama empat hari mula hari ini sehingga Ahad ini dengan siasatan dibuat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, iaitu menakutkan secara jenayah.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA Jantan cemburu ditahan-Seorang lelaki yang cemburu melampau ditahan selepas mengugut untuk membakar rumah, kereta dan mencederakan ahli keluarga kekasihnya.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top