Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ibu selalu berpesan- Saya hormat ibu saya sebab beliau tidak mementingkan duit. Beliau mementingkan pendidikan. Ibu saya tidak pernah beritahu, "Kami bersusah payah kerana tidak ada duit.



sekadar gambar hiasan



'Awak kena belajar elok², hanya pendidikan sahaja boleh ubah nasib hidup kita'

Benarlah kata orang, hanya pendidikan sahaja yang mampu mengubah nasib hidup kita dari susah kepada senang. Itulah yang dilalui oleh keluarga Doktor Rahim Munna ini. Keluarganya bukanlah orang berada, ibu bapanya juga bekerja sebagai buruh bagi menyara mereka sekeluarga.

Walaupun susah, tidak pernah sesekali mereka berkata bahawa mereka bekerja susah payah kerana tidak ada duit. Sebaliknya mereka mengakui mereka tidak berpelajaran dan terpaksa melakukan kerja-kerja buruh.


Oleh Doktor Rahim Munna

Saya bukanlah berasal dari keluarga yang kaya raya. Arwah bapa saya merupakan seorang buruh kilang, manakala ibu saya bekerja sebagai pekilang, tukang kebun dan juga pembantu rumah. Ibu saya berhenti kerja apabila abang-abang saya sudah mula bekerja.

Ibu bapa saya bukanlah orang yang berpelajaran, disebabkan keadaan dan situasi keluarga mereka yang tidak mampu untuk memberi pendidikan kepada mereka. Malah, saya yang mengajar ibu saya untuk menulis nama beliau sendiri ketika saya belajar di sekolah rendah.

Sewaktu saya belajar di sekolah rendah, saya selalu mengikut ibu saya ke rumah orang Cina, tempat ibu saya menjadi pembantu rumah. Ibu bawa saya dengan basikal. Beliau terpaksa basuh kain di tiga hingga empat buah rumah dan semuanya adalah rumah orang Cina.

Tuan rumah (aunty Cina) sangat baik. Mereka selalu membelikan pakaian atau berikan pakaian lama kepada kami semua. Ada yang bagi anak patung dan alat permainan kepada kami.

Kalau musim perayaan Tahun Baru Cina, kami juga turut merasa gembira kerana kami akan dapat angpow dan banyak barang-barang lain.

Saya masih ingat, ada seorang aunty Cina yang saya panggil sebagai Milo Aunty sebab selalu membancuh milo untuk saya apabila saya menemani ibu ke rumahnya.
Ibu saya akan membasuh pakaian mereka menggunakan tangan. Lebih kurang tiga hingga empat besen dan baldi akan dipenuhi dengan pakaian. Saya akan duduk di tepi dan memerhatikan ibu.

Ibu selalu berpesan,

"Kami bekerja sebegini dan bersusah payah kerana kami tidak berpelajaran. Awak kena belajar elok-elok. Hanya pendidikan sahaja boleh mengubah nasib hidup kita. Hanya pendidikan sahaja."

(Padichathan namme nalla iruke mudiyum)

Saya akan dengar dan membalas, "Don't worry amma, saya akan jadi doktor suatu hari nanti."

Alhamdulillah, sekarang kami hidup senang dan kami adik beradik juga dapat menjaga ibu dengan baik. It's all because of education.

Saya hormat ibu saya sebab beliau tidak mementingkan duit. Beliau mementingkan pendidikan. Ibu saya tidak pernah beritahu,

"Kami bersusah payah kerana tidak ada duit."

Sebaliknya, beliau memberitahu kepentingan pendidikan untuk kami.

Kepada ibu-ibu di luar sana, sekiranya anda berada dalam keadaan yang susah atau miskin, jangan sesekali memberitahu anak anda "kita hidup susah sebab tidak ada duit". Apabila anak anda mendengar kata-kata seperti itu, anak anda mungkin mementingkan duit dan berusaha untuk mendapatkan duit termasuklah mencari duit dengan cara yang salah. Beritahu mereka akan kepentingan pendidikan, bakat dan kemahiran.

Saya tujukan post ini kepada ibu saya yang tersayang dan semua ibu-ibu di luar sana. - Doktor Rahim Munna








Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Ibu selalu berpesan- Saya hormat ibu saya sebab beliau tidak mementingkan duit. Beliau mementingkan pendidikan. Ibu saya tidak pernah beritahu, "Kami bersusah payah kerana tidak ada duit.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top