Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Hospital Kuala Lumpur menghidangkan roti berkulat kepada pesakit di wad ortopedik hospital berkenaan




Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan dakwaan ia menghidangkan roti berkulat kepada pesakit di wad ortopedik hospital berkenaan seperti yang ditularkan di laman sosial, Ahad lepas.

HKL, dalam kenyataan pada Jumaat, berkata gambar pesakit sedang memegang roti yang berkulat dalam Facebook itu adalah tidak benar.

Menurut kenyataan itu, sebaik menerima aduan daripada waris pesakit bahawa roti tersebut berkulat, pihak wad terus membuat pemeriksaan dan didapati roti berkenaan masih tidak luput tarikhnya, masih berbungkus dan tidak berkulat.

“Penjelasan lanjut telahpun diberikan kepada pihak waris bahawa tompokan kuning pada roti adalah ibu roti (yis) yang tidak diadun rata bancuhannya.

“Pesakit juga telah diberikan roti lain sebagai hidangan menggantikan roti tersebut,” menurut kenyataan itu.
Advertisements

HKL menjelaskan bahawa pihak hospital telah mengarah Jabatan Dietetik dan Sajian HKL untuk menjalankan siasatan lanjut berkenaan insiden tersebut termasuk membuat pemeriksaan bekalan roti di wad dan juga stok roti di jabatan berkenaan. – Bernama



http://www.malaysiadreamnews.com/12233/hkl-nafi-beri-roti-berkulat-kepada-pesakit/





























https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kesihatan

TERIMA KASIH SUDI BACA Hospital Kuala Lumpur menghidangkan roti berkulat kepada pesakit di wad ortopedik hospital berkenaan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top