Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

"Cikgu, makan babi itu kan tak boleh, cikgu? Haram, kan? Kenapa mereka kata saya begitu?"Akak tak kisah kalau mereka kata keluarga akak Cina, sepet. Memang betullah tu. Tetapi janganlah kaitkan dengan babi, cikgu




'Mereka kata saya makan b#bi, mak saya makan b#bi...'

Gambar hiasan sahaja
Oleh Shahidan Shuib

"Mereka kata saya makan babi. Mak saya makan babi."

Menangis teresak-esak dia menceritakan kepada saya, mengapa dia menangis begitu lama. Rupa-rupanya diejek oleh kawan-kawannya. Matanya yang sepet sudah cukup jelas menunjukkan bahawa dia ialah anak campuran. Ibunya berketurunan Cina, tetapi dijaga oleh keluarga Melayu.

"Cikgu, makan babi itu kan tak boleh, cikgu? Haram, kan? Kenapa mereka kata saya begitu?" antara soalan yang ditanya.

Ibunya pula datang mengadu kepada saya.

"Akak tak kisah kalau mereka kata keluarga akak Cina, sepet. Memang betullah tu. Tetapi janganlah kaitkan dengan babi, cikgu."

Begitulah kisah yang masih terakam dalam kenangan minda saya. Kisah belasan tahun dahulu, namun ini bukan kisah pertama dan terakhir hal-hal mengejek keturunan.

Tahun lalu, sekali lagi anak murid berketurunan Kemboja pula menjadi bahan ejakan dan cemuhan. Mulut-mulut yang berpuaka, yang suka meratah daging manusia mentah sendiri sesuka hati.

"Jangan sampai aku datang menampar muka si anak ini, sudahlah."

Demikian ugutan daripada seorang ibu tentang asal keturunannya pula diejek. Kemudian mengadu, dia akan mengambil tindakan sendiri jika guru tidak menegur kumpulan yang mengejek. Menangis-nangis lagi yang dituduh serta orang yang menuduh di hadapan guru disiplin.

"Datang-datang, buat muka tak bersalah."
"Datang-datang, buat muka tak bersalah."

Ucapan pembukaan guru disiplin sudah bermula. Hal perbicaraan sedang berlangsung.

Tidak cukup dengan itu, anak keturunan orang Asli pula diejek. Sedang bermain mengejar kawan-kawan balik kembangnya pokok bunga kertas, sesuka hati meluncur perkataan-perkataan nista.

"Sudahlah, mak kau tu orang Asli."

"OA. OA. OA."

Geram dengan ejekan itu, apa lagi, hayunan dan tumbukan bertubi-tubi mengenai rakan yang mengejek itu. Merah mata menyala, menangis bersekali dengan amarah diri yang sudah menguasai rongga diri. Sudah menjadi kepantangan hidup, keturunan ibu bapa jangan diejek-jek.

Saya memberi amaran keras.

"Siapa lagi yang keluar mulutnya hal-hal mengejek ini. Cikgu akan cabaikan mulutnya,"
Ia tidak pernah berakhir, malah sudah beberapa kali kitaran ejekan tentang keturunan ini berlaku. Bukan setakat keturunan, faktor kelainan fizikal pun turut menjadi bahan kejian dan ejekan.

"Gajah sudah datang, gajah sudah datang. Runtuhlah kelas ini."

"Pondan, pondan si lembik sudah datang."

Apabila mengenangkan semua ini, saya mulai memikirkan betapa hal ejek-mengejek ini sudah menjadi begitu sebati dalam masyarakat kita. Ya, orang dewasa seperti kita.

Hal tidak mampu mengandung, hamil belasan tahun sudah berkahwin masih diejek di sosial media. Hal membujang sebegitu lama. Apalagi hal-hal politik. Perhatikan page 'troll' yang penuh dengan ejekan. Gambar yang diedit dan dibubuh kapsyen bertujuan mengejek, menghina. Daripada Perdana Menteri, isteri Perdana Menteri sehinggalah kepada yang sudah meninggal dunia seperti Tuan Guru Nik Aziz diedit dengan gambar beruk di sebelahnya. Subhanallah.

Hal ejekan di sekolah sebenarnya bermula daripada hal kejelikan orang dewasa. Kita yang tidak menunjukkan contoh. Kita yang ketawa mengekek 'menganjing' orang lain dan anak kita di sekolah turut sama 'menganjing' kawan-kawannya.

Tidakah kita tahu, terdapat satu surah yang panjang lebar menceritakan hal-hal serta manual bagaimana perhubungan masyarakat harus sepatutnya berlaku. Tidak mengejek, tidak menghina. Surah apakah itu? Pernahkah kita benar-benar mentadabbur surah itu? Tahukah tuan surah apakah yang saya maksudkan itu?

Jadi, siapakah Coco yang mereka ejek-ejekkan itu? Wah, sekali lagi kita mengejek lagi secara berjemaah. Beramai-ramailah kita mengejek dengan profile kita manuisa yang manis solehah bertudung dan profile kita tentang Aleppo, Gaza, Rohingya atau gambar ulama yang kita sayangi.

Mengapa begini? Sukar kita terjemahkan hal-hal agama dalam tindakan kita dan mulut kita?

Anehnya, lihat sahaja penyokong ustaz, alim ulama pun masih suka mengejek-ejek juga ya. Islam bagaimanakah kita? Hal babi-membabi masih lagi malar segar untuk menjadi 'bahan' sama ada di sekolah ataupun kalangan kita.

    Dua orang yang saling mencela, maka dosa yang dikatakan keduanya akan ditanggung oleh orang yang pertama kali memulai, selama yang terzalimi tidak melampaui batas. - (HR Muslim)


Kitaran ini harus berhenti. Sekiranya tidak mampu menegur orang lain, selamatkanlah lidah kita dan ahli keluarga kita. Sama ada orang alim atau tidak, sama sahaja ujiannya. - Shahidan Shuib


http://www.thereporter.my/2017/01/mereka-kata-saya-makan-bbi-mak-saya.html



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA "Cikgu, makan babi itu kan tak boleh, cikgu? Haram, kan? Kenapa mereka kata saya begitu?"Akak tak kisah kalau mereka kata keluarga akak Cina, sepet. Memang betullah tu. Tetapi janganlah kaitkan dengan babi, cikgu. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top