Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

baby takde dalam perut sedangkan dah masa nya untuk beranak ? Dokter sendiri pon takde alasan ..

sekadar gambar hiasan

Salam admin .. tlg hide kan profil saya ..
Pernah tak ibu ibu semua ada pengalaman atau keluarga yang berpengalaman bila dah overdue rasa sakit sakit pegi hospital bila di scan2 semua tengok baby kosong ..

 baby takde dalam perut ? Sebelum ni checkup macam biasa je sihat baby nya .. pernah ke ada yang macam ni ? 


Ape perlu buat bila scan2 baby takde dalam perut sedangkan dah masa nya untuk beranak ? Dokter sendiri pon takde alasan .. mohon percerahan


Info Ibu Hamil

Seorang wanita usia 50-an disyaki dalang penipuan pakej pajakan hotel yang membawa kerugian RM15 juta kepada mangsanya.

Seorang wanita usia 50-an disyaki dalang penipuan pakej pajakan hotel yang membawa kerugian RM15 juta kepada mangsanya.

Pakej tempahan hotel musim haji itu menjanjikan keuntungan 70 peratus kepada pelabur tetapi ramai yang telah tertipu, lapor portal Harian Metro.

“Sama seperti skim Hotel Makkah sebelum ini, wanita itu menjanjikan keuntungan sambil beribadat di Makkah menyebabkan ramai yang terpedaya,” kata aktivis hak pengguna Abd Halim Ikhsan.

Siasatan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendapati memang ia satu penipuan, kata Abd Halim, ketua unit kawal selia umrah persatuan tersebut.

“Setakat ini PPIM menerima 30 aduan mangsa wanita sama dan kita mohon pihak berkuasa mengambil tindakan,” katanya hari ini.


http://www.malaysiadreamnews.com/23040/wanita-tipu-tawar-pakej-di-mekah-mangsa-rugi-rm15-juta/

Mayat lelaki bunuh diri ditemui tergantung pada pokok





TAIPING – Niat seorang pelajar berusia 18 tahun untuk mandi di Sungai Pecah Batu, Trong, di sini tidak kesampaian apabila dia dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang tergantung pada tali di pokok.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Yeng Yong Sooi, 54, dari Trong dipercayai telah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kepala mangsa telah tergantung dengan tali nylon di sebatang pokok.

Menurutnya, kaki mangsa pula berada di atas motosikal dan sebelah lagi di bawah.

“Motosikal yang berada di tempat kejadian pula adalah milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.


Dalam perkembangan berkaitan, Harrith Kam berkata, mayat berkenaan kemudiannya di bawah ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana menggantung diri.

“Difahamkan tidak ada saksi semasa kejadian dan tidak ada sebarang unsur perbuatan jenayah.

“Sehingga kini, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mencari ahli keluarga ataupun kenalan mangsa bagi mengetahui punca mangsa menggantung diri,” katanya. – Sinar Harian



http://www.malaysiadreamnews.com/23029/mayat-lelaki-bunuh-diri-ditemui-tergantung-pada-pokok/


Kanak kanak parah didera ibu kandung & teman lelaki






Gambar Ibu kandung & teman lelaki durjana tersebar|Kanak kanak parah didera ibu kandung & teman lelaki|Budak Alami Pendarahan Kemaluan Akibat Didera Ibu Kandung & Teman Lelaki|Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun cedera di dahi dan lebam di seluruh badan termasuk kemaluannya, dipercayai didera oleh ibu kandung dan teman lelakinya.

Menurut Dhia Syeeraz yang memuat naik gambar dan pendedahan itu berkata, mangsa didera oleh ibu dan teman lelakinya yang dipercayai dilakukan dibawah pengaruh dadah.

Mangsa cedera dan lebam di seluruh badan sehingga menerima belasan jahitan di bahagian dahi, pendarahan di kemaluan dan disyaki terkena jangkitan kuman di hati.



Bapa mangsa yang terkejut mendapati keadaan anaknya itu, telah membuat laporan polis semasa di hospital. Namun dilaporkan telah ditolak.

Justeru, Dhia meminta orang ramai membantu mengesan dua suspek terbabit agar dapat dihadap ke muka pengadilan.

Difahamkan mangsa kini masih berada di hospital untuk menerima rawatan susulan.


http://eberita.org/gambar-ibu-kandung-teman-lelaki-durjana-tersebar/



Hina Kekasih Lemah Batin, Wanita Dicekik Sampai Mati





Gara-gara berang selepas dihina lemah tenaga batin, seorang lelaki bertindak membunuh seorang wanita sebelum mencampak mayat mangsa yang disumbat di dalam tong.

Mayat Farah Nikmah Ridhallah, 23, ditemui sudah busuk di dalam sebuah tong plastik berhampiran plaza tol Pantai Indah Kapuk di Jakarta Utara pada Selasa lalu.

Tidak sampai 24 jam mayat itu ditemui, polis menahan seorang ahli perniagaan, Calvin Soepargo, 42, yang disyaki menjadi individu terakhir yang ditemui mangsa.

Jurucakap polis, Awi Setiyono berkata, ketika disoal siasat Calvin mengaku membunuh Farah selepas dihina kerana lemah tenaga batin.

Katanya, Calvin memberitahu dia bertemu dengan Farah di sebuah apartmen di sini pada malam Jumaat lalu dan membuat hubungan seks.

Pada keesokan harinya dia mengajak Farah sekali lagi membuat hubungan seks, tetapi ditolak wanita itu sambil berkata, ”Kamu keluarnya cepat, mengapa mahu teruskan lagi.”

“Kata-kata Farah itu menyebabkan Calvin marah dan dia terus memukul mangsa sebelum mencekik wanita itu hingga mati.

“Kerana panik, Calvin mengambil satu tong plastik dan menyumbat mayat mangsa di dalamnya sebelum dibuang,” jelasnya.

Menurutnya, Calvin kini ditahan polis dan akan didakwa atas tuduhan membunuh.


Seorang bayi berusia 17 bulan ditemui sedang mengh1sap susu ibunya yang telah meninggal dunia.




– Foto Mail Online

INDIA – Dalam kejadian di daerah Damoh, Madhya Pradesh itu, seorang lelaki telah menghubungi polis apabila menemui mayat seorang wanita berhampiran landasan kereta api.

Apabila polis tiba mereka melihat ramai orang berkerumun dekat mayat wanita itu dan seorang bayi sedang menangis.

Saksi, Monu Balmiki, 27, berkata: “Kami melihat seorang wanita terbaring dekat landasan kereta api dan menghubungi polis.

“Tetapi bila kami mendekati mayat, kami melihat seorang bayi sedang menangis sambil menghisap susu dari badan mayat itu. Apa yang berlaku menyebabkan kami menitiskan air mata,” katanya.


Seorang pekerja di landasan kereta api, Nand Ram berkata: “Anak kecil itu menangis apabila ibunya tidak menghiraukannya, dia kemudian mula memegang dan minum susu badan ibunya.

“Kami terkejut melihatnya, ia sangat menyedihkan. Wanita itu mati terbaring manakala anaknya terlentok sambil menangis di sebelahnya.

“Ini adalah sesuatu yang kami tidak pernah lihat sebelum ini. Ia menyentuh perasaan.

Balmiki menambah, mayat telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kematian namun mengesyaki dia terbabit kemalangan berdasarkan darah yang keluar dari hidung dan telinganya.

“Kami cuba mencari alamat rumah wanita itu dan berusaha mendapatkan beberapa maklumat supaya keluarganya boleh dimaklumkan

Seorang jurucakap hospital memberitahu telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas bayi tersebut yang mengalami selesema tetapi telah diberikan ubat.

Perbincangan sedang dibuat untuk bayi itu dihantar ke rumah anak yatim sehingga keluarganya dikesan. – The Star  | MRM


http://www.malaysiadreamnews.com/22991/bayi-minum-susu-ibu-yang-sudah-meninggal-dunia/





Lelaki rogo00l & tikam k3maluan 23 mangsanya hanya kerana dendam terhadap wanita


Lelaki rogol & tikam kemaluan 23 mangsanya hanya kerana dendam terhadap wanita


MAKASSAR, INDONESIA - Polis Indonesia menembak mati seorang perogol bersiri yang didapati bersalah selepas melarikan diri bersama beberapa banduan lain dari sebuah penjara di Makassar kira-kira dua minggu lalu, lapor Harian Metro. 


Ikbal, 32, didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati pada tahun lalu oleh sebuah mahkamah di Luwu Tiumur, Sulawesi Selatan, kerana merogol sebelum menikam kemaluan 23 wanita yang menjadi mangsanya. Salah seorang mangsanya meninggal dunia kerana kehilangan darah yang banyak.

Jurucakap polis berkata, Ikbal ditembak mati ketika cuba ditangkap dalam satu serbuan di Poso, Sulawesi Tengah kelmarin.

Kematian lelaki itu menghilangkan ketakutan penduduk terutamanya wanita yang masih trauma dengan jenayah kejam lelaki terbabit.

Difahamkan, Ikbal melakukan jenayah tersebut pada tahun 2015 dengan menceroboh rumah penduduk sebelum merogol wanita. Tidak cukup dengan itu, Ikbal juga turut menikam kemaluan mangsanya dengan pisau.

Ketika dibicarakan, Ikbal memberitahu mahkamah yang dia bertindak demikian kerana dendam terhadap golongan wanita. - The Reporter


http://www.thereporter.my/2017/05/lelaki-rogol-tikam-kemaluan-23.html




[ TERKINI ] Dua letupan Bom gegarkan Kampung Melayu Jakarta, 5 TERBUNUH




[ TERKINI ] Dua letupan Bom gegarkan Kampung Melayu Jakarta, 5 TERBUNUH


JAKARTA: Dua letupan menggegarkan terminal pengangkutan awam di ibu negara Indonesia hari ini, menyebabkan beberapa kematian, kata polis.

“Dua letupan berlaku kira-kira jam 9 malam, amat hampir antara satu sama lain dan ada tiga mangsa.

“Berdasarkan kerosakan saya boleh nampak letupan memang besar,” kata Ketua Polis Jakarta Timur, Andry Wibowo, kepada stesen televisyen MetroTV.

3 anggota Polis dan 2 orang awam ( pengebom berani mati ) di laporan terbunuh.

Polis berkata, letupan disyaki perbuatan pengebom nekad. – AFP/Reuters

Antara mangsa; anggota Polis yang cedera parah

http://viralhebat.com/dua-letupan-bom-gegarkan-kampung-melayu-jakarta-timur-5-terbunuh/

Kedai Emas Goldfinch menawarkan ganjaran RM3,000 kepada sesiapa dapat jumpa pencuri barangan emas rm 50k



KULIM, KEDAH - Baru hari pertama pekerja, seorang wanita telah mencuri barang kemas bernilai hampir RM50,000 di sebuah kedai emas di Kulim.

Dalam kejadian jam 6 petang di kedai Goldfinch, cawangan Tesco Kulim semalam, suspek, Ellieya, 29, didakwa telah mencuri barang-barang kemas tersebut semasa rakan sekerjanya pergi ke tandas.

"Dia masuk kerja 24 Mei jam 4 petang. Bila kami minta kad pengenalannya, dia memberikan alasan terlupa bawa. Jadi kami pun kata, esok dia kena bagi.

"Ketika seorang kakitangan pergi ke tandas, dia mengambil kesempatan itu untuk mencuri barang-barang kemas.
"Apabila rakan sekerjanya kembali, suspek memaklumkan dia mahu keluar makan, sebelum terus melarikan diri," kata pengendali laman Facebook Kedai Emas Goldfinch.

Semakan video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, suspek telah mencuri barang-barang kemas tersebut dan memasukkannya ke dalam pakaian.


Kejadian itu hanya disedari oleh kakitangan berkenaan selepas mendapati terdapat pelbagai jenis barangan kemas bernilai hampir RM50,000 hilang, sebelum membuat laporan polis.

Justeru, Kedai Emas Goldfinch menawarkan ganjaran RM3,000 kepada mana-mana pihak yang berjaya menangkap suspek. - T


http://www.thereporter.my/2017/05/baru-hari-pertama-kerja-dah-rembat.html

'Semuanya bermula dari batuk-batuk yang berlarutan & demam tak kebah...'





 Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Semuanya bermula dari batuk, kemudian disusuli dengan demam yang tidak menentu. Apabila dibawa ke hospital, doktor memaklumkan keadaan adik Muhammad Hakim Danish bin Amir Firdaus, semakin teruk.

Arwah yang sebelum ini seorang yang periang dan sihat, kini telah pergi meninggalkan keluarganya. Takziah kepada keluarga arwah, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Al-fatihah.


Dari Nani Hass

Kisah arwah adik Muhammad Hakim Danish ini sebenarnya hanya bermula pada batuk-batuk yang agak lama dan diiringi demam yang sekejap baik, sekejap panas. Penyakit ini berlarutan hingga ke dua minggu terakhir.

Semasa kami pergi ke Hospital Columbia Asia Setapak, niat kami hanya ingin membawa adiknya sahaja kerana keadaannya nampak lebih berbahaya daripada abangnya. Akan tetapi apabila di hospital, doktor yang merawat adik kepada hakim, iaitu Muhammad Hakim Danial mengatakan kepada kami bahawa keadaan arwah sangat teruk dan memintak ami bawa dia ke wad kecemasan.

Dan dari situlah arwah mula bernafas menggunakan oksigen. Demam yang tak kebah, batuk semakin teruk. Imbasan x-ray arwah juga menunjukkan ada kuman di paru-paru, tetapi keadaannya masih stabil (sebenarnya keadaannya sudah teruk, tetapi biasalah hospital swasta).

Hakim masih ditahan dan berlarutan sehingga seminggu. Keadaannya semakin teruk sehingga terpaksa ditukarkan ke wad ICU. Keadaannya juga tidak menunjukkan tanda-tanda positif, malah semakin teruk dan akhirnya ditukarkan ke PICU Institu Pediatrik Hospital Kuala Lumpur.

Kuman pada paru-paru arwah semakin banyak dan didapati ada tiga virus positif. Semakin lama, arwah semakin tenat. Oksigen yang dipakai oleh arwah tidak lagi boleh diterima. Kuman juga telah merebak pada hati dan buah pinggang.


Maaf semua, tak sanggup nak teruskan. Tiada kekuatan.

Adiknya, Danial, telah discharge pada Rabu. Akan tetapi pada tiga hari lepas bersamaan hari Sabtu, 20 Mei 2017, adik bongsu arwah iaitu Puteri Iris Aleesya juga terpaksa ditahan di wad kecemasan kerana mengalami masalah pernafasan, batuk-batuk dan demam yang berbalik.

Sehingga ke hari ini, adik Puteri masih berada di wad KK1 Institut Pediatrik bilik khas kerana dikhuatiri mengalami simptom yang sama seperti abang-abangnya.

Doakan adik Puteri Iris Aleesya cepat sembuh seperti sediakala. Amin ya rabbal alamin.


http://www.thereporter.my/2017/05/semuanya-bermula-dari-batuk-batuk-yang.html

dia pernah ikat tangan dan kaki saya dengan kain tudung saya depan baby masa tu dan pernah duduk atas muka saya sambil tekup muka saya dengan bantal.





Salam Admin.. tolong hidekn profile saya..

Saya baru lepas kena pukul dgn suami.. dan ini bukan pertama kali.. byk kali jgak..benda kecil je awlnya bergaduh.. sya cuma tnya dia..kreta saya park luar ke dlm pagar.. pastu dia yg tgh buat kerja kt laptop jwb dekat saya secara kasar.. dia marah sy sbb sy tnya soalan bodoh katanya.. sy tnya je sbb ptg td sy dgr kata dia nk masuk kan kreta sy dlm pagar..dan kreta dia kt luar.. benda kecik kn.. tp ttba dia baran..

dia marah sbb soalan tu je.. habis smua benda dia mngungkit smbil maki2 sy depan anak..Sejak2 ni rezeki dia mcm makin bertambah..alhamdullilah.. tp ttba dia ungkit. Dia kata sy ni hidup menumpang dia.. sy marah la sbb sy kata dia sbg suami tak boleh ckp tu.. itu mmg tanggungjwb dia sbg suami..Bergaduh laa kami smbil jerit2 depan anak.. sy trus amek surat nikah tempek kt muka dia.. ckp kt dia klu dia rasa sy ni menumpang buat apa ada isteri..

 dia terus bangun dan tumbuk blakang saya.. sy trjatuh dan anak sy yg berusia 2 tahun lari dtg kt saya smbil nangis.
Sebelum ni dia pernah pukul sy byk kali.. masa awl2 kawen.. bru dua bulan kawen dia pernah duduk ats muka sy smbil tekup muka sy dgn bantal.. sy buat laporan polis dan kami berpisah 3 bulan. Tp dlm tempoh sy mngandung dan ats nasihat jabatan agama kami berbaik kembali demi ank yg bakal dilahirkan.. kami masuk makamah sb sy menutut cerai tp sy tarik balik permohonan saya.. 

Ni bukan kali pertama sy kena.. masa sy mngandung dia pukul sy lg dia muka masa 8 bulan.. dan bila baby dh kluar dia buat lg..dia pernah ikat tgn dan kaki saya dgn kain tudung sy depan baby masa tu.. masa tu saya call polis.. dan polis dtg rumah.. tp rupernya si abg polis tu kawan dia.. geng2 kreta2 civic dia.. kwn dia nasihat berfikirlah kesian kt baby klu sy teruskan laporan..dan kemudian sy tarik balik sbb sy takot akan effect kerja dia skali.. tp skrng anak dh besar pun.. dia buat lg kat saya..

Bulan 2 haritu sy tumpah darah dan keguguran.. maghrib tu darah dah penuh lantai dn sy mnjerit2 suruh dia cepat sbb dia bru nk gerak dr ofis.. darah dh penuh tumpah.. dia maki sy suruh pergi mampos hari tu sbb sy gesa dia suruh cpt.. sy sedih.. tp sebaik tiba di hospital..dia jaga sy dgn baik..masak utk sy..cuci kain baju sy yg penuh drah..jaga anak utk sy dan dia manusia paling sedih kehilangan anak kedua kami.

Masalahnya.. suami sy ni ikut mood dia.. kalau dia baik.. mcm dia sayang sgt kt saya.. boleh bahagia berhari2..tp bila dh smpai baran dia.. mula lah nk pukul2 sy.. kalau gaduh sket dia mesti nk naik tgn..
Mmg org ckp asam garam rumah tangga ada kala turun naik.. tp xkan sy nk hidup.. bila happy mmg boleh happy tp dlm masa yg sma bila gaduh dia akan pukul sy sesuka hati.. 

Mulut dia mmg suka mncarut..memaki sy bila gaduh.. pdahal benda kecil je.. sy kecil hati dia ckp sy menumpang hidup dia.. padahal sy bekerja sbg engineer dan x pernah minta duit dia.. tp bila nk kluar shopping ke apa.. dia offer utk belikan brg utk sy..dan sy on je.. tp now dia ckp sy menumpang dia pulak.. duit nafkah x pernah sy minta sbb dia beli brg2 dapur dah memadai dan sy ada duit sy sndri..
Adakah ini kehidupan suami isteri sebenarnya..?

Suami Yang Khilaf- Aku dah bunuh anak ku sendiri ya Allah… Aku menangis sekuat hati.




suami Yang Khilaf
Terima kasih admin sudi terima cerita aku ni. Salam semua. Pertama sekali, maafkan aku jika cerita ini mengundang rasa marah kalian, aku terima dengan hati terbuka.
Aku mengaku aku khilaf. Aku kongsikan kisah ini sebagai pengajaran untuk semua dan juga aku sendiri.


Aku A, umur lingkungan 30-an. Seorang professional photographer (kini) yg bermula sejak berumur 18 tahun lagi. Aku sekolah tak tinggi, hanya sampai peringkat sijil dalam bidang mekanikal. Itu pun tak teruskan bidang tersebut sebab minat yg tinggi dalam bidang fotografi.
Alhamdulillah, sekarang aku dan team boleh dikatakan berjaya menaikkan nama team kami sebaris dengan professional photographer yg lain. Rezeki tak putus, pagi petang siang malam shoot, edit album, video.


 Selain kelas fotografi serta beberapa projek besar bersama syarikat ternama.
Dipendekkan cerita, aku seorang anak kampung dari Utara yg tiada rupa. Berkulit rona coklat gelap, dan rupa pun biasa sahaja. Boleh dikatakan kadangkala aku juga rasa ‘insecure’ bila sekeliling aku semuanya kacak dan digilai wanita. Aku je lah tak laku bak kata orang. Walaupun baru berusia 23 tahun, aku sudah punya kereta sendiri, rumah dan bebas hutang. Semuanya hasil rezeki fotografi. Cumanya, aku masih bujang. Ah muda lagi kan? Nak kalut pi mana?

Kisah bermula pabila aku laksanakan kerja fotografi seperti biasa, client wedding. Sepanjang hari di majlis tersebut, aku selalu terpandang seorang gadis ni. Aduh bila dia senyum, manis.
Yg aku tahu, gadis itu datang bersama rombongan isteri pengantin dari ibu kota.


Ah pandang je lah, kan. Cuci mata. Nanti bila rombongan dah pulang, habis la peluang aku.

Tapi bila rombongan pengantin berangkat pulang, gadis ni setia di sisi pengantin perempuan. Dia duduk berseorangan di satu sudut. Kasihan pula melihat dia, aku berani kan diri mendekati dia.
Aku tegur, tanya mengapa dia tak balik dengan rombongan,
“Oh saya temankan pengantin perempuan di sini. Lepas habis majlis baru balik” Dan dia tersenyum pada aku. Alahai manisnya awak.


Pabila petang, aku dan team bersedia untuk outdoor photoshoot. Aku nampak gadis tadi ikut bersama. Ah girang aku rasa. Mana tahu, ada peluang bersembang lagi nanti.
Sampai di lokasi photoshoot, aku tanyakan pada client aku nama gadis itu. Ina namanya. Sepanjang di lokasi, Ina sering membantu pengantin dan juga team aku. Ramah orangnya. Manja suaranya, lembut dia tertawa. Aku jatuh cinta.

Entah dari mana kekuatan aku dapat ketika itu, pabila semuanya sibuk bersembang antara satu sama lain. Aku nampak Ina berjalan keseorangan ke kereta, aku tunggu dia di satu sudut. Bila kembalinya dia, aku cakap “Hai, Ina. Saya ermm. Saya suka kan awak”

Ina ketawa lembut. Kena reject kah aku? Tiba-tiba rasa panas je muka. Aku malu!

“Terkejut saya tiba-tiba awak cakap macam ni” Ina ketawa lagi.
“Kalau suka, tunggu lah. Itu pun kalau sabar menunggu” Ina hadiahkan senyuman dan berlalu pergi.

Apa maksud ayat dia?

Bila sesi photoshoot tamat, aku berborak dengan client yg juga rakan sekolah aku dulu. Dan aku ambil kesempatan ini untuk bertanyakan tentang Ina. Di saat ini baru aku tahu yg Ina rupanya tua setahun dari aku. Ala takpa, age is just a number, kan?
Aku pass kan nombor telefon aku pada client untuk diberikan pada Ina, “Aku boleh tolong bagi nombor ni, tapi..”
Tapi apa?


“Tapi, Ina ni gadis yg sangat lembut dan bercita-cita tinggi. Apa yg aku tahu, dia elakkan diri dari bercinta sebab nak capai cita-cita dia dahulu. Apatah lagi bab kahwin, jauh sekali. Dia masih nak sambung belajar ke peringkat tinggi. Berkawan mungkin ya, tapi jangan terlalu berharap. Okay, bro? Good luck”
Sekarang aku faham mengapa Ina berpesan, “Tunggu lah” itu tadi.
Aku pun tidaklah gelojoh mana hingga nak terus ajak dia kahwin serta merta. Berkawan dulu. Tapi jika ada jodoh kami, aku harap tak perlu lah aku tunggu lama.


Bulan berlalu, walaupun Ina peroleh nombor aku. Aku masih belum terima sebarang berita daripadanya. Tak senang aku nak edit album teringatkan senyuman manis Ina. Aku ambil keputusan nak cari akaun facebook Ina. Aku mula dari page client, hingga ke profile isterinya. Selepas beberapa skill FBI, aku berjaya jumpa page Ina. Aku add.

Tapi, belum di-approve kan selama sebulan. Aku terus private message Ina. Mengatakan aku lah photographer di majlis rakannya beberapa bulan yg lalu. Alhamdulillah selepas 3 minggu, Ina approve friend request aku dan membalas message aku, “Maaf, saya tak perasan request awak :)”

Dari situ aku mula chat Ina.

 Bertanya khabar, itu ini aku tanya. Aku usaha untuk tidak matikan conversation kami. Ina, biasalah. Lambat nak balas mesej aku. Sibuk katanya. Seringkali mohon maaf dan katakan dia akan membalas chat aku di masa lapangnya.
Aku sentiasa tunggu mesej Ina. Aku tak mahu nampak terlalu terdesak. Cool.
Pernah aku tanyakan mengenai nombor aku, Ina cakap dia dah simpan di dalam phonebook cuma masih belum bersedia untuk memberikan nombornya kepada ku.


Usai tiga tahun kami hanya membalas mesej di facebook. Walaupun aku
pernah ajak berjumpa, Ina elak. Tak bersedia katanya. Tiga tahun aku rasa seksa menunggu. Tidak berjumpa, chat pun hanya beberapa ketika, aku rindu suara manjanya. Kadangkala ambil masa beberapa hari baru Ina muncul.
Hanya melalui chat facebook. Akhirnya, Ina whatsapp aku.

Sejak dari itu aku rasakan tiga tahun lebih ini sudah cukup untuk kami mengenali hati budi masing-masing. Aku terus menyatakan hasrat aku untuk berjumpa orang tuanya, untuk menyunting Ina menjadi suri hatiku sepenuh masa.

Ina membalas, “Boleh, datang lah rumah” Green light! Aku sampaikan hasrat aku pada ibu, ibu bersetuju untuk mempersiapkan buah tangan untuk dibawa ke sana. At last, bertahun aku menunggu, inilah peluang aku.

Selepas dua minggu, kami tiba di rumah Ina. Keluarga dia terima kami dengan baik. Aku juga nyatakan pada keluarga Ina yg aku tidaklah berkelulusan tinggi seperti Ina. Aku hanya mencari rezeki daripada bidang fotografi. Cuak juga ketika itu, ye lah Ina tu ada Master, kerja pun gaji tinggi. Ina cakap English bak peluru laju tak sempat nak dikejar. Aku pula? No, yes, thank you, I love you aku tahu lah. Haha.

Aku bersedia jika lamaran ku ditolak. Sedar diri kata orang.

Alhamdulillah. Keluarga Ina terima lamaran aku. Lega, bro. Bakal mertua aku nampak je garang, tapi kelakar dan mudah untuk didekati. Mereka bersederhana, tidak terlalu alim tapi masih menjaga adat dan batas dalam agama. Aku suka keluarga dia!

Kami pun mulakan persiapan majlis. Ina tidak mahu majlis besar, cukup lah dahulukan yg wajib katanya. Aku turuti, tapi biasalah ibu aku mahu jemput ramai katanya. Ye lah ibu. Ina pun ikut je cakap ibu.
Usai majlis, aku terus bawa isteriku ini ke rumah kami. Yg aku beli beberapa tahun dahulu, dan siap diubahsuai.

 Isteri aku suka dengan semua yg tersedia. Sentiasa ucap terima kasih kepadaku. Alhamdulillah, rezeki Allah, jodoh Allah.
Kadangkala Ina juga ada menyuarakan yg dia ingin membantu aku dari segi kewangan walaupun aku mampu, katanya “Kita sama-sama.” Takpa sayang.
Aku masih mampu. Walaupun berulangkali pelawaan isteriku aku tolak, dia masih mahu menggunakan wang gajinya dalam beberapa hal rumah. Sehinggakan aku cakap, “Kalau awak nak bagi duit lagi, saya tak cakap dengan awak sebulan” Lol.


Entah. Kadang aku terasa, adakah isteriku memandang rendah kepada aku? Ya, isteriku bergaji tetap beribu sebulan. Makan tak habis. Aku hanya biarkan perasaan aku tu berlalu, syaitan je ni bisik. Benda takda hal pun. Asalkan isteriku jaga aku dengan baik, dah cukup beruntung diri ini. Kerja aku yg tidak tetap waktu, kadangkala outstation luar sehingga berminggu, isteriku tak pernah merungut. Dia sentiasa memahami.

Isteriku kerja ikut time ‘office hours’, cuti weekend. Tapi aku sepanjang minggu shoot produk, model. Time weekend pula sibuk dengan majlis korporat, kenduri kahwin. Bila aku pulang, isteri dah tidur. Dia bangun kerja, aku pula masih tidur dek letih edit album sepanjang malam.
Namun, isteri aku masih utuh laksanakan tanggungjawabnya. Tak pernah dia tak masak. Urut aku, teman aku buat kerja, kadangakala dia lah yg tolong kemas dan bersihkan kamera lens aku semua. Sebelum keluar kerja di awal pagi pun dia dah sediakan makanan tengahari aku. Baju pun dah tersedia, aku hanya bangun mandi dan terus pakai sahaja. Aku sering pulang keletihan, dia sambut aku dengan senyuman manis itu.


Pernah juga aku dengar cemuhan orang luar yg mengatakan aku ni tak padan dengan isteriku, bagai langit dan bumi. Aku tak “class”. Pernah aku rajuk, isteri lah yg tenangkan aku. Dia tak pedulikan kata orang, dia kenal suami dia katanya. Aku minta dia ajarkan aku bahasa Inggeris, isteri ajarkan.
Dan kononnya orang luar kata aku tak kacak nak dipadankan dengan isteriku yg manis dan cantik itu. 


Isteri pujuk aku, buat facial padaku dengan menggunakan bahan semulajadi dari dapur. Gigih dia sediakan semua nya, tak jemu berkhidmat bagaikan aku di spa pula. Hasilnya, selepas beberapa bulan, walaupun tidaklah sekacak mana, raut wajahku agak berlainan dari dulu. Kulit yg agak licin (dahulu aku penuh jerawat dan berjeragat nauzubillah!).
Sehinggakan pernah rakan-rakan aku minta isteriku sediakan bahan facial yg dia sediakan itu dan mereka sanggup bayar dek kerana Nampak jelas perubahan pada diri aku. Sekarang keyakinan aku di sisi isteri makin tinggi. Dah boleh speaking lagi. Semuanya hasil usaha, ajaran dan sokongan isteriku.
Alahai isteri, anugerah yg tak ternilai. Nikmat Allah yg mana lagi nak aku dustakan?

Sehinggalah suatu hari, aku perlu ke sebuah pulau bersama client selama hampir tiga minggu. Aku mengajak isteri bercuti bersama di pulau tersebut setelah aku usai kerja di sana. Isteri setuju dan akan ke sana bertemu aku pada minggu terakhir.

Hari kedua aku di pulau tersebut, isteri whatsapp aku “Sayang, saya ke sana nanti bawa hadiah awak”
Hadiah? Eh bukan birthday aku. Bukan jua anniversary kami. Aku pelik. Hadiah apa?


“Ada lah, sayang. Just wait, okay? Hadiah ni sayang tak dapat beli dekat mana pun tau. Special!” Isteri tertawa lembut.
ketika itu.
Apa yg aku lihat dari rakaman cctv itu membuat aku terdiam dan akhirnya aku menitiskan air mata jantan. Ego aku jatuh. Ego aku selama ini telah makan diri aku sendiri.
……………

Pada hari aku ke pulau, sebelum itu aku ada menghantar isteriku ke majlis hari jadi rakannya dan isteriku akan bermalam di rumah rakannya itu selama dua malam. Aku pulang sendirian dan bersiap untuk bertolak ke pulau. Aku membawa turun bagasi dan sebotol minyak enjin untuk diisi di dalam enjin kereta sebelum bertolak. Sedang aku turun tangga, telefon berdering, aku terhenti di tangga dan menjawab panggilan daripada client. Aku letak botol minyak yg dah dibuka itu di sudut tepi tangga.

Usai panggilan, aku terus bangun bergegas menuruni anak tangga dan bagasiku terlanggar botol minyak enjin tadi dan tertumpah ke tiga anak tangga ke bawah. Aku tak sempat nak lap minyak tersebut, aku akan meminta tolong isteriku kemudian. Aku terus keluar rumah dan bertolak ke pulau.
Namun, aku terus terlupa akan minyak yg tertumpah itu.

Selepas dua malam, isteriku pulang ke rumah. Mungkin dia juga letih, terus ke tangga menuju ke atas. Di sebabkan lantai anak tangga yg licin kerana tumpahan minyak yg aku buat tempoh hari, isteriku tergelincir jatuh tangga. Dan mengalami keguguran anak pertama kami yg tidak sempat ku mengetahui kewujudan benih itu.
…………….
Aku dah bunuh anak ku sendiri ya Allah…

Aku menangis sekuat hati. Aku lempar keyboard, menolak kerusi. Aku kesal dengan sikap aku sendiri.
“Sayang? Kenapa ni?”
Isteriku muncul di muka pintu. Aku berlari memeluk isteriku yg naif itu.

“Maafkan saya. Maafkan saya, sayang. Saya dah bunuh anak kita”
Aku menyesal pun tiada gunanya. Aku biar isteriku hadapi semua ini seorang diri. Keperitan, kesakitan yg dia alami, dia masih tersenyum kepadaku saban hari. Walau aku langsung tidak memandang dan bercakap dengannya. Suami apakah aku ini?

Hanya kerana sebuah kamera lama yg boleh dibaiki, aku biar diriku dikuasai amarah. Hanya kerana kecuaian aku, aku menyebabkan kematian anakku. Hanya kerana ego, aku biar isteriku mengalami semua ini seorang diri. Walaupun aku ada bersamanya tiap hari.
Isteriku sedikit pun tidak menyalahkan aku akan perbuatanku ini. Dia masih tersenyum dalam tangisan.
Ya tuhanku, aku menyesal…

Sayang, walaupun kisah ini sudah bertahun berlalu, masih kekal segar dalam ingatan saya. Alhamdulillah kita dikurniakan peluang kedua untuk menjadi mama dan baba. Saya berjanji saya tidak akan sia-siakan awak, dan awaklah yg utama, penting daripada nyawa saya.
Maafkan saya sayang..
Semoga rumahtangga kita ini sentiasa dalam lindungan rahmat Allah, hingga ke syurga.
– Suami yang khilaf –
A-Zhi
– A-Zhi

SERAM-saya terakam kain putih di tempat duduk belakang sedangkan kami langsung tak bawa kain putih apapun masuk dalam kereta.



Orang tua-tua dulu selalu berpesan, jangan bergurau bila berada di hutan atau tempat-tempat yang kita tidak tahu sama ada tempat itu keras dan sebagainya. Kerana bimbang dek keceluparan mulut itu akan membinasakan diri.

Ceritanya, tiga sahabat ini dalam perjalanan ke destinasi mereka melalui Lebuhraya Kesas pada waktu malam semalam, 'ternampak' sesuatu yang tidak sepatutnya.

Niat dua rakan di depan hanya mahu mengenakan seorang rakan yang duduk di tempat duduk belakang. Oleh kerana takut, wanita berkenaan terus melompat ke tempat duduk depan biarpun terpaksa duduk di atas riba rakannya itu.

Kain ini yang kami semua tak tahu mana datang. Sumpah demi Allah kami semua tak tahu dari mana ia muncul
"Kejadian sebentar tadi di mana saya telah bergurau dengan rakan saya dengan menakut-nakutkan mereka.

"Secara tidak sengaja, saya terakam kain putih di tempat duduk belakang sedangkan kami langsung tak bawa kain putih apapun masuk dalam kereta.


"Sumpah takut giler! Ya ampun, akibat mengenakan orang, akhirnya benar-benar berlaku," tulis Shakyra Arabian di Facebooknya jam 10.59 malam semalam.

Sementara itu rakannya berpendapat, mereka beruntung berpeluang merakam kelibat makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar itu. - The Reporter

Pasangan beri nama anak 'Pajero Sport' -nama kereta jenis SUV keluaran Mitsubishi


JAKARTA, INDONESIA - Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan pada 26 April lalu diberi nama Pajero Sport oleh ibu bapanya, menjadi bualan netizen.

Pasangan M Muis Iskandar dan Novi Yanti, menamakan anak keempat mereka itu dengan nama kereta jenis SUV keluaran Mitsubishi, Pajero Sport.

"Telah lahir Putra Keempat kami yang bernama 'Pajero Sport'. Semoga menjadi anak yang sholeh dan berbakti kepada orang tuanya. Amin," demikian kenyataan dalam gambar yang viral di media sosial itu.

Sementara itu di media sosial, netizen tidak menyangka ada ibu bapa yang sanggup menamakan anak mereka berdasarkan nama kenderaan.

"Agak keterlaluan orang tuanya memberi nama anaknya begitu. Apabila dewasa kelak, pasti akan menjadi bahan ketawa rakan-rakannya," kata Benvario.

"Jangan-jangan anak itu dihasilkan dalam 'Pajero Sport," seloroh Joseph Arief.

"Mudah-mudahan orang tua kamu dapat beli kereta Pajero Sport ya adik kecil," kata Wajahku. - The Reporter

http://www.thereporter.my/2017/05/pasangan-beri-nama-anak-pajero-sport.html

‘Bayangkan Jatuh Menjunam Atas Zink’ – Disaat Kritikal, Pemandu Kenderaan Atas Jalan Raya Masih Pentingkan Diri Sendiri’, Ini Luahan Doktor

HAMPA KECEWA
Tengah kalut tengok kes kat klinik, tiba tiba;
' Doktor2, cepat2, ada orang jatuh muka pecah tak sedar diri kat kecemasan! Cepat doktor, doktor seorang ja kat klinik ni!!'
Zapp!

20 saat dah sampai kecemasan.

Pesakit cina, 60 tahun, jatuh dari pelantar ikan dalam ketinggian 10-15 kaki menjunam terus kepala ke atas ceracak zink.
Pufff! Membuak buak darah.

Dibawa oleh oleh kawan kawan seusia sebayanya menggunakan van cabuk.
Ada satu luka besar di atas dahi sebelah kiri dan di tepi bibir. Darah macam air terjun. Laju menderu tanpa ombak.
Kalut satu klinik.
Pesakit langsung tak menjawab apa apa cuma keluarkan bunyi mendesus. Haf haf haf.
Bila ditepuk tepuk dada, diletak jarum, syukur masih ada respons.
Mata tertutup, anak mata masih reaktif, pernafasan sedikit laju.
Tekanan darah 74/56(rendah)
Kadar nadi 113 ( laju)


Kadar oksigen dalam udara bilik 72 ( rendah)

Astagfirullah.
Pesakit berdarah terlalu banyak sampai jantung dia terpaksa bekerja keras mengepam darah.

Cool erna cool.
Lama sungguh tak dapat kes semacam ini di klinik kecil di pinggir pekan terpencil.

Tanggalkan seluar dan baju ( takut takut kalau ada lebam atau pendarahan di mana mana)
Periksa dari kepala hingga kali, kiri dan kanan, depan serta belakang.

Saya menekan luka untuk hentikan darah yang laju.
Beri high flow mask ( mask muka yang tinggi ketumpatan oksigen)
Bagi air dengan laju ( takut pesakit dehidrasi dengan kehilangan darah yang membuak)


Cuma kepala yang rosak teruk.
Dirasa rasa dalam luka di dahi kiri, terasa tempurung kepala bersepai. Boleh dirasa benda lembut, ya Allah otak ka ni?
Ya, mungkin pesakit ini mengalami luka yang dalam sehingga melibatkan keretakan tempurung kepala dan pendarahan dalam otak.
Bayangkan jatuh menjunam atas zink.
Entah berkarat atau tidak zink zink tu.

Hubungi ambulans.
Merata cari baru jumpa kerana banyak sungguh kes yang perlu dihantar ke hospital hari ini.

Alhamdulillah selepas 15 minit, pesakit sudah ada dalam ambulans untuk dibawa ke hospital.

Siren ambulans dihidupkan dan ambulans bergerak laju membelah jalan yang tidaklah sibuk mana kerana ini kawasan pekan atau lebih kepada kampung.
Sepanjang perjalanan tu, masih ramai rupanya yang penting diri dan tidak mengendahkan dengan siren ambulans.
Ramai yang masih berburuk sangka ;
Alah ambulans tu saja la tu nak laju sebab tu dok bukak sirens kuat kuat tu. Toksah dok bagi jalan!


Memang ramai yang tak mahu beri jalan sampai kena masuk lane sebelah.
Berpeluh ketiak dalam ambulans dengan pesakit yang kritikal begitu, dengan ambulans lama klinik dengan aircond semacam tidak berfungsi dan terasa haba semakin meninggi apabila ramai pemandu yang pentingkan diri.
Dalam hati terfikir : macam mana kalau ini adalah mereka atau ahli keluarga mereka? Mereka akan pentingkan diri lagi kah?
Sedih.
Marah.
Kecewa.
Hampa.


Dalam kekecewaan, tiba tiba pupp! Pupp!
Ada bunyi di sebalik topeng muka pesakit itu. Aku jenguk, tengok tengok ada dua batang gigi dah tercabut dan tiba tiba pesakit tu kata : sakit sakit!
Alhamdulillah sudah boleh respons.
Bertabahlah uncle, sikit lagi kita sampai hospital.
Dalam 30 minit, kami disambut pantas oleh zon merah. Dalam 10 minit, pesakit sudah siap dimasukkan tiub pernafasan dan bersedia untuk di bawa scan kepala.

Terima kasih kepada team klinik dan hospital kerana bertungkus menyelamatkan nyawa biarpun peskit itu bukan darah daging kita.
Dan boooooo untuk pemandu yang pentingkan diri sendiri.
Sungguh rasa kecewa bila diri sendiri yang melihat dan rasa.
Sampai klinik semula, kad masih menimbun dan ada pesakit dengan wajah agak bengis. Menunggu lama barangkali.

Maaflah, saya ada nyawa yang perlu diselamatkan. Orang tak akan faham hal hal semacam ini.
Yang orang tahu
Marah
Maki
Viral


Awak tahu, di klinik klinik di kampung kampung, biasanya kita tak ada ubat dan peralatan yang cukup seperti hospital jadi kita perlu hantar pesakit dengan kadar segera untuk mengelakkan kecelakaan menjadi lebih celaka.
Awak tahu, kebanyakkan ambulans di klinik klinik di kampung kampung adalah yang lama. Jika dilihat memang uzur sungguh. Bayangkan berapa laju sangatlah kenderaan yang agak uzur boleh pecut?
Awak tahu, pendarahan yang banyak boleh menyebabkan kematian?
Awak tahu, pesakit tu mungkin ada anak isteri yang menunggu di rumah?
Awak tahu, perangai pentingkan diri awak boleh menyebabkan pesakit mati dalam ambulans?

Awak tahu, satu hari ada beratus ratus kes yang perlu ditengok. Itu belum kira kes kecemasan yang entah berapa semacam hari ini.
Awak tahu ke?
Atau awak memang suka dengar momok momok dan kata kata orang : alah klinik kerajaan ni bodoh, pemalas, makan gaji buta, ambulans tipu saja, doktor dok buat kalut. 

Suka kan bila orang mengutuk mengata?
Ya lah.
Kami memang bodoh.
Bodoh kerana walau dikutuk teruk, kami tetap perlu kerja dengan ikhlas untuk selamatkan nyawa termasuk nyawa awak.

Tak ramai yang nampak situasi ini sehinggalah diri sendiri atau keluarga rapat yang kena.

Masih terbau darah merah pekat pesakit tadi.
Moga Allah permudahkan segalanya untuknya.

Inilah kita katakan malang tak berbau.
Sedang sibuk kerja tiba tiba kemalangan terjadi.
Bayangkan anak isteri di rumah, elok pagi tadi bercium bersalam tiba tiba petang ayah suami dah tak sedar diri.

Moga kita sempat bertaubat setiap hari.
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”
(Al-Maidah: 2)

Harini saya belajar erti baru tentang hidup : pentingkan diri dan kesabaran.
Apakah sabar memiliki ukuran? 

Apakah pemikiran memiliki batasan?
Atau hanya diri sendiri yang penuh dengan tanggapan?

Nota kaki : Tuhan menilai apa yang kita beri dengan melihat apa yang kita simpan.
Dr Erna Nadia 

Bukan mengharapkan pengiktirafan, cuma perlukan sedikit perikemanusiaan.

Gambar : ambulans tadi. Biarlah rupa buruk tapi penuh jasa

Bila Guru Periksa Beg Anak Ini, Apa Yang Dia Jumpa Amat MENCURIGAKAN !!!


seorang kanak-kanak 4 tahun yang tertunggu2 kelibat ayahnya untuk menjemputnya pulang dari tadika hampa bila ayahnya tidak juga sampai2. Menyedari perkara itu gurunya segera menghubungi ayahnya tapi tak dapat. Last bila guru ni periksa beg anak ni dia bertambah curiga kerana…

Bapa Tak Muncul Jemput Anak Ini Di Tadika. Bila Guru Periksa Beg Anak Ini, Apa Yang Dia Jumpa Amat MENCURIGAKAN !!! | Anak adalah anugerah bagi setiap pasangan tetapi kalau ada ibu bapa yang sampai hati meninggalkan dan membiarkan anak mereka seolah-olah mereka itu satu objek ianya sangat mendukacitakan. Memetik kisah dari LobakMerah.com Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun ditinggalkan bapanya di tadika. Ibu kanak-kanak itu juga dikatakan telah meninggalkannya bersama bapa sebulan lalu.

Xiao Rong tinggal di Zhejiang, China bersama bapanya dan belajar di sebuah tadika di kawasan itu. Pada 16 Mei lalu, bapa Xiao menghantarnya ke tadika tersebut pada waktu pagi seperti biasa, dan itu adalah kali terakhir dia berjumpa bapanya.


Pada waktu petang, bapanya yang juga sentiasa menepati masa tidak muncul di tadika untuk menjemputnya. Selepas menunggu selama setengah jam, Xiao mula meraung. Gurunya, Looi cuba hubungi bapanya namun telefon bimbitnya dimatikan. Guru itu malah cuba menghubungi bapanya melalui aplikasi WeChat, namun gagal.

Ketika guru tersebut membuka beg sandang kanak-kanak itu, mereka mendapati ianya dipenuhi dengan pakaian musim sejuk yang tebal. Merasakan sesuatu yang tidak kena, gurunya membawa Xiao pulang ke rumah dan mendapati pintu rumah dikunci tanpa ada sesiapa di dalam.
Xiao Rong kemudian dengan tenang memberitahu gurunya, “Bapa saya sudah pulang ke Gui Zhou.” Selepas itu, dia berhenti menangis seolah-olah sudah menerima kenyataan bahawa bapanya telah meninggalkannya. Guru itu kemudian membuat laporan polis dan menjaga Xiao Rong, buat sementara waktu.


Keesokan harinya, guru lain di tadika itu cuba menghubungi ibu Xiao Rong tetapi respon yang diberi wanita itu sangat mengejutkan.

Ibu Xiao bukannya segera pulang mendapatkan anaknya itu, malah dia melepaskan tanggungjawab kepada bapanya, mengatakan dia mungkin akan dipukul jika pulang ke rumah.

Bapanya pula berkeras dan berkata jika ibunya tidak pulang ke rumah, dia tidak akan peduli tentang anak lelaki mereka. Dah kenapa dua-dua ni?!

Pada hari ketiga, pihak polis tempatan berjaya mengesan kedua ibu bapa Xiao Rong. Mereka mendapati bahawa keluarga itu mempunyai masalah kekeluargaan. Pihak polis juga mendapati bahawa ibu kanak-kanak itu mendapat pekerjaan di Gui Zhou manakala bapanya pula pulang ke kampung halaman.

Kedua ibu bapanya berjanji mahu datang ke balai polis untuk berdamai dan membawa Xiao pulang. Bagaimanapun, semalam, mereka masih tidak muncul.

Sehingga hari ini, Xiao Rong sudah ditinggalkan selama 8 hari dan apa yang menyedihkan adalah, dia seolah-olah sudah membiasakan diri hidup tanpa kedua orang tuanya.

Kes sebegini sangat menyentuh hati apatah lagi berlaku kepada kanak-kanak yang masih memerlukan kasih sayang serta perhatian ibu bapa. Semoga anak ini mendapat kebahagiaan suatu hari nanti dan ibu bapa Xiao dapat selesaikan masalah dan berdamai supaya dia tidak lagi menjadi mangsa keadaan!

Sumber:-LobakMerah

https://belogfadahsempoi.com/

Yerkkk...Tular Ibu Jari Manusia Dalam Sup Ikan Mengejutkan Netizen.


 Sup ikan yang dikatakan bagus untuk kesihatan bagi mereka yang baru sahaja melakukan pembedahan adalah sup ikan haruan dan resepi sup ikan seperti ini memang terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan mungkin juga satu dunia.


Tetapi sekiranya anda ingin memakan sup tersebut dan mendapati dalam kandungan sup mempunyai sepotong jari manusia, apakah reaksi pertama anda? Pasti terkejut dan terus berhenti untuk memakannya.

Satu gambar yang memaparkan satu jari manusia yang dipercayai terdapat di dalam periuk yang dimasak bersama sup ikan jadi tular di media sosial China. Tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada jari berkenaan adalah jari manusia yang asli.



Melalui laporan dari laman China Times, gambar berkenaan telah dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menyatakan jari manusia itu diperolehi daripada masakan sup yang dimasak bersama ikan.

Topik ini telah menjadi perbualan hangat di media sosial China yang rata-rata daripada mereka langsung tidak mempercayainya dan beranggapan berita palsu semata-mata.


Walau bagaimanapun, ada netizen mengatakan tujuan pengguna Facebook tersebut adalah sekadar ingin bergurau bersama rakan-rakan. Tetapi jika dilihat pada jari berkenaan, kelihatan seperti jari manusia yang betul dan asli.

Ada yang mengatakan jari tersebut didapati daripada perut ikan yang dimasak dan ada yang berkata ianya sengaja dimasak bersama ikan bagi tujuan perubatan. Walau apa pun pendapat mereka, sekiranya perkara ini benar, perkara ini harus dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana membabitkan jari manusia.


http://www.sensasimedia.com/2017/05/tular-ibu-jari-manusia-dalam-sup.html






Ibu tampil Perjelas isu Pendarahan anak








|Terdesak untuk mendapatkan bantuan dengan meraih simpati ramai, seorang ibu dipercayai sanggup meletakkan bahan pewarna pada bayinya untuk kelihatan seperti mengalami pendarahan teruk.

Itu dakwaan yang dilemparkan terhadap seorang pemilik laman sosial Facebook, Nurin Diana selepas memuat naik sebuah status bersama gambar dan video anaknya yang mengalami pendarahan.

Perkara itu menjadi tular di laman sosial selepas gambar dan videonya itu dimuatnaik ke laman sosialnya dan mendapat lebih 17,000 perkongsian setakat ini.

Ia mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang kebanyakannya bersimpati dengan nasib bayi itu.

Tidak kurang juga mendakwa wanita berkenaan sengaja meletakkan bahan pewarna pada wajah anaknya bertujuan untuk meraih simpati dan mendapatkan bantuan secara mudah.

Terkini, wanita berkenaan dilihat telah memuat naik laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kota Tinggi, Johor lantaran tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Luahan Nurin Diana.

Dalam sebuah perbincangan atas tuduhan yang dilemparkan padanya oleh natizen beliau memaklumkan dakwaan itu adalah tidak benar,dan tujuan beliau memuat naik status itu adalah mencari penawar untuk anaknya yang sakit.

Bagaimana pun pemberita cuba mendapatkan kenyataan dari Ketua Polis Daerah Kota Tinggi berhubung perkara ini, Rabu.


http://eberita.org/ibu-tampil-perjelas-isu-pendarahan-anak/

Vanidah Imran menang tuntutan saman ke atas Ronasutra, peroleh pampasan RM265,000


VANIDAH Imran berjaya memperoleh RM265,000 selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan tuntutan saman untuk baki bayaran kontrak terhadap pengeluar kosmetik Ronasutra.

Vanidah Dapat Pampasan Kes Syarikat Kosmetik Langgar Kontrak

Hakim Roszianayati Ahmad hari ini membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan tuntutan Vanidah atau dikenali sebagai Vee, 43, terhadap syarikat Miliyasutra Industries Sdn. Bhd.

Mahkamah tersebut juga memerintahkan Miliyasutra Industries sebagai defendan untuk membayar lagi kos sebanyak RM10,950 terhadap pelakon wanita tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan aktres utama filem The Red Kebaya itu  bagi mendapat ganti rugi RM500,000 ekoran penggunaan imej dirnya, ganti rugi am, teladan dan teruk.

Pada 28 Oktober tahun lalu, Vanidah memfailkan saman terhadap Miliyasutra Industries menuntut ganti rugi RM726,000 antaranya bayaran tunggakan dan penggunaan imejnya walaupun perjanjian sudah tamat.

Menurut pernyataan tuntutan, Vanidah mendakwa telah menandatangani kontrak bernilai RM490,000 dengan Miliyasutra sekitar September 2012 hanya bagi tempoh selama dua tahun.

Sepanjang tempoh tersebut, pelakon itu  telah melunaskan tanggungjawab tanpa sebarang aduan daripada syarikat berkenaan, tetapi Vanidah mendakwa kontrak beliau ditamatkan pada September 2014.

Justeru, baki bayaran kontrak sebanyak RM265,000 masih belum diterima dan pada 6 April 2015, defendan mencadangkan bayaran sebanyak RM60,500 kepada pelakon itu sebagai penyelesaian penuh.

Vanidah kemudian mendakwa sekitar Julai 2016, beliau masih lagi mendapati imejnya telah disalah guna oleh defendan dalam penjualan beberapa barangan kosmetik jenama Ronasutra.

Sedangkan pada ketika itu, kontraknya telah luput namun penggunaan gambarnya tetap berlanjutan lagi sehingga sekarang. Oleh itu, Vanidah menuntut baki kontrak sebanyak RM265,000.

Manakala RM500,000 sebagai ganti rugi bagi penggunaan imejnya tanpa kebenaran selain ganti rugi am, teladan dan teruk serta lain-lain kos dan relif yang sesuai.

Sumber: Mynewshub.cc


http://thetrendingnow.blogspot.com

Baju Raya "Terlajak Sendat" Dikecam Teruk




Semalam tersebar satu video di laman media Facebook menunjukkan seorang gadis memakai baju raya yang amat ketat.

Video tersebut terus menjadi viral dan menjadi bualan ramai.

Video berdurasi beberapa saat itu menunjukkan seorang gadis memperagakan baju raya berwarna biru yang amat sendat.

Rata-rata netizen kurang bersetuju baju raya sendat itu dipakai ketika hari raya.

Sememangnya baju itu menampakkan bentuk tubuh badan dan tidak sesuai buat mereka yang bertudung dan mahu menutup aurat.

Ada juga yang perli, baju raya itu sukar untuk berjalan dan boleh membuat si pemakai terjatuh kerana kain yang terlalu ketat.

http://thetrendingnow.blogspot.com


kanak berusia 22 bulan mengalami kecederaan teruk akibat dir00go0l jirannya berusia 45 tahun.




New Delhi: Seorang kanak-kanak berusia 22 bulan terpaksa menjalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya selepas mengalami kecederaan teruk akibat dirogol jirannya berusia 45 tahun.

Ketika kejadian, kanak-kanak berkenaan yang tinggal di kawasan setinggan di timur Delhi sedang bermain di luar rumahnya apabila Hare Ram Yadav, 45, seorang tukang jahit, membawanya masuk ke dalam rumahnya pada 7 Mei lalu.

Sebaik berada di dalam rumahnya, kanak-kanak itu dirogol selama 15 minit sebelum pulang ke rumah dalam keadaan berdarah dan menangis.

Ketika kejadian, ibu kanak-kanak berkenaan yang berusia 20 tahun berada di dalam rumah memberi makan kepada bayinya yang berusia lapan bulan, sementara bapanya, 28, bekerja di gerai teh.

Menurutnya, anaknya pulang ke rumah sambil meraung dan sukar berjalan.
http://www.hmetro.com.my

Kadar kemiskinan berjaya diturunkan daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada 0.6 peratus tiga tahun lal-Najib Razak





 SHAH ALAM: Kadar kemiskinan berjaya diturunkan daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada 0.6 peratus tiga tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata berdasarkan kepada statistik terkini yang bakal dikeluarkan September ini, kadar itu dijangka mengecil lagi.

“Sementara itu, kemiskinan tegar sebenarnya telah hampir disifarkan kesemuanya.

“Kerajaan ini juga telah berupaya mengurangkan kebergantungan negara kepada hasil minyak daripada 41 peratus pada 2009, kepada 14.7 peratus pada 2016, dengan mempelbagaikan sektor ekonomi sebagai sumber pendapatan negara,” katanya.

Selain itu, Najib berkata, ketika ini, sebanyak 2.26 juta pekerjaan baharu pula berjaya diwujudkan iaitu 69 peratus daripada sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan baharu menjelang 2020.

Pada masa sama, katanya, dalam tempoh enam tahun ini, negara berjaya mencapai Pendapatan Negara Kasar per Kapita pada tahap AS$10,010, sekali gus berjaya merapatkan jurang 33 peratus pada tahun 2010 (AS$8,230), kepada hanya 18 peratus ketika ini.
...

“Maksudnya, pelaksanaan NTP (Program Transformasi Nasional) oleh Kerajaan sebenarnya adalah satu usaha penting untuk membantu meningkatkan pendapatan dan kuasa beli rakyat Malaysia yang sewajarnya,” katanya.



https://viral.arif.my/kadar-kemiskinan-di-malaysia-berkurangan/




Syarikat Filem L0c@h Jepun Buat Ujibakat Pelakon Lelaki di Malaysia-HANCUR GENERASI MUDA AKAN DATANG




Adalah ujibakat pencarian pelakon lucah lelaki di negara kita ini dibenarkan? Syarikat AV Jepun (Adult Video) sedang menghadapi masalah kritikal kekurangan pelakon lelaki. Oleh itu, syarikat AV Jepun tersebut melantik Tokyo Dreams datang ke Kuala Lumpur untuk mencari potensi bintang lucah lelaki.

Menurut sumber, syarikat itu telah mengadakan uji bakat di Singapura dan telah berjaya menemui lima pelakon lelaki daripada 25 orang yang menghadiri uji bakat.

Dalam temu bual dengan Sunday Register, pengurus studio pengambilan Shime Tashiaki berkata, “Kami melihat beberapa pelakon hebat pada uji bakat Singapura dan menawarkan sebanyak lima kontrak kepada mereka yang terbaik.”

“Kami kini berharap untuk mencari pelakon berbakat di uji bakat kami di Malaysia, yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Pada ketika ini, kita dalam proses mencari tempat yang sesuai. ”

Perkara seperti ini adalah haram di Malaysia, tetapi menurut laporan dari Press Union, uji bakat Singapura dilakukan secara rahsia di mana pengeluar tidak mengumumkan masa dan lokasi, tetapi sebaliknya berkongsi siri petunjuk bagi mereka yang mahu menghadiri ujibakat tersebut. Dengan itu menjelaskan mengapa hanya 25 orang muncul ketika ujibakat di Singapura berlangsung.

Uji bakat Malaysia perlu mengikut proses yang sama, tetapi kita tidak pasti jika mereka dapat mengunakan helah yang sama, memandangkan Malaysia merupakan negara yang agak konservatif dan berita uji bakat bintang lucah lelaki tersebut pasti akan mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat.
...

Untuk makluman, perkara ini bukan kali pertama diadakan. Uji bakat pencarian bintang lucah di Malaysia telah dijalankan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bagi tahun ini, ujibakat tersebut akan diadakan dari pertengahan hingga akhir bulan Jun.

Oleh itu pihak keselamatan diminta memantau perkara ini dengan ketat.






https://viral.arif.my/syarikat-filem-lucah-jepun-buat-ujibakat-pelakon-lelaki-di-malaysia/




burung pun jadi mangsa manusia...." Burung Merpati Ditangkap Bawa 178 Pill dadah.

#Burung Merpati Ditangkap Bawa 178 Pill dadah.

Pegawai kastam Kuwait telah merampas 178 pil dadah yang dibawa oleh seekor burung merpati baru-baru ini.
Menurut Alarabiya, pegawai di jabatan itu telah berjaya menjejak burung merpati yang datang dari Iraq itu dan menangkapnya di sebuah bangunan berdekatan dengan bangunan kastam, lapor Al-Rai.

Seorang sumber berkata, inspektor di sempadan mula mengesan merpati itu bertenggek di atas sebuah kenderaan berat. Ketika ditemui, ia kelihatan sukar bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain.
Apabila didekati, pegawai mendapati terdapat satu beg diikat pada badan burung terbabit menggunakan tali.

Mereka berjaya menjejak burung itu dan merampas 178 pil narkotik yang memenuhi beg tersebut. Burung itu kemudiannya telah dirujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengenalpasti pemilik.

Merpati jenis Homing itu pada dulunya memang terkenal sebagai penghantar mesej dan boleh bergerak sejauh 160km.
Sumber : @Samuel Adam
Abg Shah Adun... tgok ni. Kesian bang...

gadis berusia 23 tahun bersedudukan dengan negro sehingga lahir 2 anak



DUA lelaki warga Nigeria dan dua wanita tempatan ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas dipercayai bersekedudukan di sebuah rumah di Taman Bukit Beruang, Melaka, hari ini.

Dalam operasi disertai enam pegawai penguat kuasa itu, seorang suspek wanita warga tempatan berusia 23 tahun turut ditemui bersama tiga anaknya berusia antara 12 bulan dan empat tahun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM Rahimin Bani berkata, keempat-empat individu berusia antara 19 dan 23 tahun itu ditahan dalam operasi 10.20 pagi hasil maklumat awam.

"Ketika tiba di rumah terbabit, terdapat dua lelaki Islam warga Nigeria bersama-sama dengan wanita Islam tempatan.

"Seorang wanita yang ditahan turut mempunyai tiga anak termasuk dua daripadanya didakwa anaknya bersama seorang lagi warga Nigeria yang bekerja di Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di Pejabat JAIM, di sini, petang tadi.

Menurutmua, semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berkurung dan mendatangkan syak dan khalwat.



http://www.hmetro.com.my/utama/2017/05/231790/bersekedudukan-dengan-lelaki-nigeria

Tahukah anda bahawa mereka yang selalu melihat porno mempunyai ketagihan yang sama seperti orang yang menghisap dadah?



    “ pornografi menjanjikan keseronokan dan kepuasan, tetapi apa yang penggemar porno dapat adalah ketagihan. ”- Norman Doidge, MD, The Brain That Changes Itself.

Kajian terhadap otak mendapati punca ketagihan bukan sekadar unsur luar yang dimasukkan secara fizikal, tetapi terdapat tindak balas lain yang menyebabkan ketagihan.

Sudah tentu arak untuk diminum dan rokok untuk dihisap tetapi apabila alkohol dan asap masuk ke dalam badan , ia akan meransang(stimulate) otak untuk menghasilkan hormon dopamine dalam jumlah yang banyak .

Apa itu hormon dopamine

Dopamine mempunyai banyak fungsi, salah satu fungsinya adalah memberi kita ‘hadiah’ dalam bentuk perasaan gembira, seronok, ghairah dan motivasi. Perasaan ini membuatkan kita lebih fokus pada objek yang meransang dopamine tersebut tanpa memperdulikan masalah dan hal-hal lain.

Situasi ini membuatkan kita lebih tenang dan bebas daripada masalah-masalah yang serabut di minda.
Tetapi penghasilan dopamine dalan jumlah yang banyak tanpa mekanisma yang normal(natural) akan menyebabkan ketagihan. Dan inilah apa yang dadah, alcohol dan pornografi lakukan terhadap otak kita.

Bagaimana Otak Kita Berkerja

Otak kita dilengkapi dengan satu laluan yang dipanggil “reward pathway”. Reward pathway berfungsi merangsang otak untuk melakukan sesuatu untuk terus hidup( seperti makan) atau melahirkan kehidupan(seks) .

Pathway ini bertindak untuk memberikan ganjaran(reward) dengan cara merembeskan dopamine ke dalam otak. Dan seterusnya dopamine akan menyebabkan si pelaku merasa tenang, gembira, ghairah dan termotivasi.

Sekali pandang, keadaan ini baik untuk meransang kita melakukan sesuatu perkara tetapi tidak bermakna ‘sesuatu’ yang kita lakukan itu baik untuk kita.

Contohnya, otak kita akan menghasilkan kadar dopamine yang tinggi apabila kita makan kek coklat yang sedap berbanding makan roti gandum. Kenapa? Kerana 3,000 tahun yang lalu, untuk mendapatkan makanan berkalori tinggi sangat susah untuk ditemui, jadi apabila nenek moyang kita dapat peluang untuk makan kek yang berkalori tinggi, sudah pasti mereka akan makan kesemuanya tambahan pulak kek itu sedap.

Tetapi hari ini kek yang berkalori tinggi mudah dijumpa di mana-mana dan rasanya pula pelbagai. Andai kata setiap kali kita mempunyai kesempatan untuk beli dan makan sehingga kenyang dalam keadaan berulang-ulang kali, pasti kita berpotensi menghidap serangan jantung, pertambahan berat badan dan masalah- masalah kesihatan yang lain.

Porno secara asasnya adalah junkfood kepada seks. Apabila seseorang itu menonton porno, otaknya akan meransang untuk mencari peluang melakukan seks dan dalam masa yang sama dopamine akan dirembeskan secara tidak normal dalam kadar yang tinggi untuk memenuhi otak.

Dan tidak seperti hubungan seks yang sihat dengan orang yang sebenar, pornografi hanya menawarkan imej hyper-sexual yang tiada penghujung. Keadaan ini menyebabkan otak di’banjiri’ dengan dopamine yang sangat tinggi setiap kali bertukar dari satu imej ke imej yang lain.

Sekali dengar, memenuhkan otak dengan hormon yang membuatkan kita gembira seolah-olah tidak ada salahnya, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Seperti contoh junk-food tadi, adakah cukup sekadar sedap dan enak? Bagaimana kesannya daripada sudut kesihatan?

Badan Memerlukan Pornografi

Masalah berpunca bila otak bertindak balas terhadap kehadiran dopamine yang tinggi. Disebabkan jumlah dopamine yang meningkat secara mendadak, Otak akan memberi isyarat(signal) untuk menutup tapak(receptor) dopamine

Untuk mudah faham, Dopamine Receptor ini seumpama tapak pendaratan bagi dopamine. Dopamine seperti helicopter yang didalamnya ada bekalan, ia perlu mendarat terlebih dahulu baru fungsinya dapat digunakan.

Jadi dalam hal ini untuk memastikan penggunaan dopamine hanya pada tahap normal sahaja, otak akan bertindak memberi isyarat untuk menutup dopamine receptor bilamana menerima kehadiran dopamine yang terlalu tinggi.
Kesannya, porno yang asalnya memberi kesan yang mengujakan menyebabkan penonton porno merasa biasa. Mereka tidak cukup teransang dengan pornografi yang biasa. Penggemar porno perlu mendapatkan pornogarfi yang lebih eksotik dan ekstrem.

Ini bertujuan meransang penghasilan dopamine yang lebih tinggi bagi mengekalkan perasaan keterujaan ketika menonton pornografi.
Akhirnya pengguna tidak akan berasa normal tanpa dopamine yang tinggi kerana otak mereka sudah terbiasa dengan kadar dopamine yang tinggi.

Perkara kecil yang boleh membuat mereka gembira seperti berjumpa rakan ataupun bermain sukan yang diminati, tidak lengkap tanpa lebihan dopamin yang datangnya daripada porno, jadi mereka akan rasa tidak selesa, cemas, murung, dan stress sehinggalah mereka kembali menonton porno.

Dalam bahasa yang mudah, sistem tubuh badan mereka tidak lagi normal seperti manusia biasa yang tidak terlibat dengan porno.

Ketagihan Bermula

Situasi ini bertambah buruk, apabila Dopamine bergerak di dalam otak dengan jalannya yang tersendiri. Jalan ini dikenali sebagai iFosB.

Setiap kali dopamine dihasilkan, jalan baru iFosB akan terbentuk. iFosB berfungsi mengingatkan kita apa tindakan yang kita buat menyebakan dopamine terhasil dan seterusnya kita akan menjadi gembira dan seronok.

Contohnya satu hari kita jumpa yang dijual ditepi jalan. Asalnya kita mahu mencubanya sahaja, tetapi disebabkan sedap dan secara tidak langsung dopamine terhasil dan terbentuklah iFosB.

Maka iFosB ini akan mengingatkan kita diwaktu yang lain, sekiranya nak makan nasi lemak sedap sila pergi beli kat nasi lemak ayah hensem tadi.
Inilah aturan yang akan berlaku dalam otak kita sekiranya berlaku pengambilan dadah, alcohol atau apa-apa sahaja yang menyebabkan ketagihan.

Tidak terkecuali bagi pornografi. Malah lebih berbahaya kerana bahan porno murah malah terlalu banyak yang percuma dan mudah untuk didapati.
Semakin banyak menonton pornografi, semakin banyak jalan/laluan iFosB terhasil. Penghasilan iFosB yang banyak hasil daripada menonton pornografi menyebabkan mereka lebih mudah untuk menonton pornografi walaupun mereka tidak mahu dan tahu kesan buruk pornografi. Kerana mereka sudah berada dalam ketagihan.

Dan risiko bagi golongan remaja lebih tinggi kerana reward pathway mereka bertindak balas 2-4 kali ganda lebih hebat berbanding orang dewasa.

Ini bermakna dopamine yang dihasilkan lebih banyak. iFosB juga turut terhasil dalam jumlah yang banyak dan akhirnya mereka akan berada dalam ketagihan yang kronik.

Bukan Sesuatu Yang Taboo, Tapi Perlu Tahu

Pornografi. Bukan lagi menjadi satu perkara yang malu untuk kita cakap dan bincangkan tetapi perkara yang kita sepatutnya takut dan bimbang. Kerana kesan pornografi tidak nampak pada luaran, tetapi dalaman.

Dalam artikel yang akan datang, saya akan kongsikan statistik penonton pornografi dan kes-kes yang berlaku disebabkan pornografi.

Sumber

Doidge, N. (2007). The Brain That Changes Itself. New York: Penguin Books,
107.

Holden, C. (2001). Behavioral Addictions: Do They Exist? Science 294: 980.

Hilton, D. L. (2013). Pornography Addiction—A Supranormal Stimulus
Considered in the Context of Neuroplasticity. Socioaffective Neuroscience & Psychology
3:20767

Hilton, D. L., and Watts, C. (2011). Pornography Addiction: A Neuroscience
Perspective.

Jika anda rasa topik ini bermanfaat, boleh like page kami Root Of Science

wanita berusia 23 tahun bersalin seorang diri dalam tandas Apa yang mengejutkan ialah, teman lelakinya berusia 16 tahun.


 Viral di laman Twitter seorang wanita berusia 23 tahun bersalin seorang diri dalam tandas sebelum disedari oleh rakan serumahnya. Apa yang mengejutkan ialah, teman lelakinya berusia 16 tahun.

Menurut AujiJiji yang mendedahkan kejadian itu, bayi terbabit kini berada di ICU kerana jangkitan kuman. Ibunya selamat namun kemaluannya koyak teruk kerana mengeluarkan bayinya sendiri.

Dari Twitter AujiJiji

Kawan aku baru cerita housemate dia bersalin dalam toilet malam tadi. Tanya mana husband dia, tak jawab. Rupa-rupanya tak kahwin lagi.

Baby masuk ICU sebab kena jangkitan kuman. Yang lelaki datang sekejap, kemudian nak balik sebab "Mak suruh balik rumah.."

Ye, lelaki itu baru berumur 16 tahun dan perempuan ini pula berumur 23 tahun. Perempuan itu dah tak ada mak dan ayah. Lagi kasihan.
Perempuan itu tak bekerja, yang lelaki itu pula bekerja di Baskin Robin. Macam mana entah makan minum perempuan itu selama ini.

Kawan aku bawa dia pergi ke hospital, baru tahu cerita ini semua. Baby masuk ICU sebab kena jangkitan kuman. Perempuan itu okay, tak tumpah darah. Tetapi vagina dia koyak teruk sebab dia keluarkan baby itu sendiri.

Barang baby satu pun tak ada. Kawan aku dahlah tak tahu apa nak jaga orang pantang. Aku tolong mana yang mampu sebab kasihan. Perempuan itu tak tahu ke bahaya beranak seorang-seorang dalam toilet?

Jadi, aku ada soalan serius. Macam mana kes ini akan diuruskan? Baby itu akan diambil oleh Jabatan Kebajikan ke? Atau macam mana?

By the way, kawan aku kata baby bot yang keluar ini handsome. Aku cuma berharap dia tidak menjadi mangsa keadaan saja. Aku sudi nak tolong sebab perempuan ini simpan baby walaupun dia tak kahwin lagi. Dia kuat sebab tak gugurkan baby dia walaupun dia tahu dia akan menanggung malu sebab melahirkan anak luar nikah. Betul dia salah tetapi dia tak buat salah kedua bunuh baby itu.

Terima kasih kepada yang nak beri barang baby sebab aku pun memang tengah tolong dia untuk cari barang baby. Yang tak mampu nak bantu, boleh tolong doakan baby itu ada masa depan yang cerah dan tidak menjadi mangsa keadaan.


http://www.thereporter.my/2017/05/wanita-bersalin-dalam-tandas-rumah-sewa.html


Twitter Syed Rosli memanggil Khairy dengan gelaran “Steady Mat Bangla”



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin‏ hairan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Umno Taman Cempaka Syed Rosli Syed Harman Jamalullail yang menggelarnya sebagai Bangla di Twitter.

Katanya kenyataan Syed Rosli itu dilihat kurang waras dan ada yang tidak kena dengannya.

“Lelaki ini gila. Dia ada dalam sejarah memalsukan perkara, menipu dan memanggil saya macam-macam.

“Baru sahaja malam tadi dia gelar saya Bangla di Twitter, ada sesuatu yang tak kena dengan lelaki ini,” katanya.

Rizeq ancam lancar revolusi putih dari Arab Saudi

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Grab Rakan Utama Penyediaan Perkhidmatan Panggilan Kereta Bagi Acara Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para Asean ke-29 di Petaling Jaya hari ini.

Semalam, di Twitter Syed Rosli memanggil Khairy dengan gelaran “Steady Mat Bangla” selepas menteri belia dan sukan itu memuat naik foto Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud berjabat tangan dengan isteri Donald Trump, Melania.

Hari ini, Syed Rosli menerusi jemputan medianya turut mendakwa bahawa beliau dan keluarganya menerima ugutan bunuh dari Khairy.

Melalui jemputan itu, Syed Rosli akan membuat laporan polis pada jam 3 petang di ibu pejabat polis Ampang Jaya.

Mengulas lanjut Khairy menafikan perkara itu dan katanya tidak ada masa untuk melayan tuduhan Syed Rosly itu.

“Sudah tentu tidak. Jangan buang masa untuk perangai seperti ini,” katanya.
https://m.malaysiakini.com

Isteri kedua sihir suami sendiri sampai mati



Isteri kedua sihir suami sendiri sampai mati|Cerita saya ini sangat panjang tetapi saya harap pembaca sudi baca kisah yang saya ingin kongsikan ini. Kisah yang kita semua perlu beri lebih perhatian sama ada di pihak suami ataupun isteri. Sebab walau siapa pun kita, bahaya itu ada di mana-mana. Bahaya yang tidak nampak dengan mata kasar.

Kisahnya begini. Seminggu dua ini saya sibuk menguruskan ibu saya yang menghidap penyakit kulit yang dikenali sebagai kayap. Rawatan hospital dapat menyembuhkan penyakit itu dari segi luaran. Namun dalaman tetap sakit sehingga jika ada sesiapa yang menggoreng ikan di dapur, ibu akan berguling-guling kesakitan walaupun kayap hanya tinggal parut sahaja.

Disebabkan keadaan ibu seperti itu, kami adik beradik bersepakat membawa ibu berjumpa dengan seorang ustaz yang mahir dalam perubatan alternatif. Dari info yang kami perolehi, sangat sukar untuk membuat janji temu dengan ustaz berkenaan kerana bilangan pesakitnya yang ramai setiap hari.

Dipendekkan cerita, akhirnya kami berjaya membuat temujanji dengan beliau. Kami sampai sekitar jam 8.30 malam tetapi kami hanya mendapat giliran sekitar jam 12 tengah malam. Dalam tempoh menunggu itu, kami melihat pelbagai jenis penyakit yang berusaha dibantu oleh ustaz tersebut kerana rawatan dilakukan betul-betul di ruang tamu rumah.

*Rawatan-rawatan tersebut dilakukan secara percuma. Jika mahu sedekah sekadar seikhlas hati.

Selepas ibu saya mendapat rawatan, ustaz meminta kami membawa ibu berjumpa dengan beliau beberapa kali kerana terdapat beberapa prosedur rawatan yang perlu dijalankan. Demi kesihatan ibu, kami sanggup datang berkali-kali dan menunggu dalam tempoh yang lama sebelum tiba giliran kami.

Kalau diikutkan hati, memang rasa penat menunggu. Namun, rupa-rupanya di sebalik penat itu ada sesuatu yang Allah mahu tunjukkan kepada kami semua.

Kepada pembaca yang dikasihi, bayangkan dalam beberapa hari kami tercogok di situ menanti giliran ibu, kami lihat terlalu banyak kes-kes kesakitan yang melibatkan sihir dan yang paling banyak sihir untuk meruntuhkan rumah tangga orang berbanding sihir-sihir lain seperti sihir perniagaan dan sebagainya.

Sepanjang beberapa hari berada di rumah ustaz berkenaan, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bahawa terlalu ramai manusia tamak dan jahat sekarang ini. Memang menitik air mata saya menyaksikan kesakitan-kesakitan tersebut.

Ada suami yang sudah terkena nasi kangkang di negara jiran. Kesan nasi kangkang tersebut dibawa balik ke rumah dan terkena pada anak isteri di rumah. Badan anak-anak yang masih kecil habis gatal-gatal dan berdarah-darah kerana digaru tanpa henti. Si isteri pula kurus kering, badan macam lidi. Tetapi apabila mengambuk, habis 4 orang lelaki sasa rebah dengan sekali tepis sahaja.
Kata ustaz, perempuan negara jiran yang bagi makan nasi kangkang itu sangat terdesak mahukan si suami yang nampaknya berada. Maka sihir yang dikirim melalui si suami bertujuan untuk memusnahkan keluarga itu agar dia dapat memiliki lelaki berkenaan. Mujur si suami cepat tersedar dan berusaha mengubati kembali isteri dan anak-anak mereka.

Saya juga ada melihat seorang wanita yang gayanya sangat sukses dalam kerjaya. Beliau datang ditemani suami dan keluarganya yang lain. Si suami nampaknya sangat tenang. Tetapi si isteri seolah-olah menahan kesakitan yang amat sakit.

Apabila melihat sesi rawatan, barulah kami faham. Wanita dari seberang juga yang cuba untuk merampas si suami, namun si suami tidak layan. Maka dihantar sihir untuk memusnahkan si isteri yang tidak berdosa.

Pada suatu hari yang lain, seorang lelaki lumpuh dan kelihatan sangat uzur dipapah masuk ke rumah ustaz. Menurut info yang saya dengar, lelaki itu telah ditolak oleh pihak perubatan kerana gagal menemui sebarang penyakit padanya. Jadi,ahli keluarga bersepakat membawa beliau bertemu dengan ustaz.

Selepas beberap hari merawatnya, ustaz katakan kesakitan lelaki berkenaan kerana ‘dikawal’. Namun ustaz gagal menemui di mana tempat yang dikawal tersebut.

Selepas beberapa kali percubaan dengan dibantu oleh beberapa orang ustaz yang lain, maka mereka menemui jawapan. ‘Kawalan jahat’ itu berada pada tubuh isteri pesakit yang kelihatan segar bugar. Sasaran sebenar adalah suami tetapi sihir jahat itu dihantar kepada isteri.

Dalam keadaan sedar tak sedar, isteri sendiri yang meracuni suami setiap hari. Akhirnya mereka dapat mengenalpasti bahawa sihir itu dihantar oleh sahabat baik si isteri yang cemburu melihat kebahagian keluarga mereka.

Banyak lagi situasi yang saya saksikan sendiri. Ada juga sihir yang dihantar oleh seorang wanita yang mempunyai suami kepada wanita A kerana berminat dengan suami wanita A berkenaan. Akibatnya, wanita A terlolong-lolong seperti dirasuk, benci suami, jadi separuh gila dan sebagainya.

Ada juga satu kes yang melibatkan pelajar perempuan berusia 15 tahun yang sangat cantik dan digilai lelaki warga asing berusia 18 tahun. Akibatnya gadis berkenaan menjadi separuh gila. Meracau, menyanyi, bercakap seorang diri, memaki hamun sesuka hati dan sebagainya.

Kata si ibu, anak gadisnya yang pemalu itu berubah sikap setelah menerima beberapa pesanan WhatsApp yang sangat pelik ayat-ayatnya.
Yang paling menyedihkan, seorang pegawai polis yang beristeri dua. Isteri pertama warga tempatan dan isteri kedua warga asing. Apabila berlaku pertelingkahan, masing-masing tidak mahu mengalah.

Kata wanita seberang itu, “Jika aku tidak dapat, maka kamu juga tidak akan dapat.”

Lalu kaedah santau digunakan kepada suami sendiri sehingga pegawai polis berkenaan muntah darah, kaca dan sebagainya. Beberapa hari kemudian,anggota polis berkenaan meninggal dunia.

Banyak lagi cerita yang saya dapat sepanjang 2 minggu berulang alik ke rumah ustaz. Tetapi cukuplah setakat ini yang saya dapat kongsikan.

Cuma pesanan ustaz kepada para pesakit:
-Berhati-hati bila makan. Jangan makan pemberian orang sesuka hati.

-Jangan bagi harapan kepada wanita atau lelaki lain jika kita sudah berkeluarga. Niat kita mungkin untuk suka-suka tetapi apabila ada pihak yang terluka, mesti mereka akan balas dendam kepada isteri/suami dan anak-anak.

-Perempuan dan kanak-kanak lebih mudah terkena sihir kerana sifat mereka yang lemah. Jadi, suami perlu lebih berhati-hati kerana berfoya-foya di luar sehingga membawa pulang musibah kepada isteri dan anak di rumah sama seperti kes nasi kangkang tadi.

-Ramai perempuan yang terdesak sekarang keranan ingin hidup senang. Di pihak isteri, jangan bawa balik sesiapa yang berpotensi menjadi ‘musuh’ ke rumah. Di pihak suami, jangan dekati ‘virus’di luar. Kerana sihir paling banyak berlaku daripada orang-orang yang kita kenali di sekeliling kita.

Dekatkan diri kita dengan Allah. Jangan tinggal solat dan mesti hafal surah-surah tertentu sebagai pendinding seperti surah Al-Falaq.Jadi sama-samalah kita berdoa smeoga diri kita dan keluarga dilindungi dari dunia hingga ke syurga.

Maaf, coretan ini terlalu panjang. Maaf juga kerana saya tidak bersedia untuk berkongsi informasi tentang ustaz berkenaan kerana tidak mendapat sebarang keizinan beliau.

*negara jiran yang saya nyatakan dalam perkongsian ini melibatkan beberapa negara.

Sekian terima kasih.thereporter

Back To Top