Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

PANTANG MAUT SEBELUM AJAL-warga emas terselamat selepas lori tangki rempuh rumah mereka

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika Fazilah Ramli yang berusia lingkungan 60-an dan isterinya yang lumpuh, Hasnah Ahmad, 50-an sedang tidur di ruang tamu rumah berkenaan. 

Difahamkan pasangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kejadian terbabit menyebabkan ruang tamu dan dapur rumah dipenuhi susu getah.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan sehingga jam 9 malam ini anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu masih berada di lokasi untuk menjalankan siasatan.

"Siasatan mendapati lori dari arah simpang empat Kampung Langsat menuju simpang empat Cherok Mokkan di Hosba, sebelum terbabas ke kiri laluan dan merempuh kediaman mangsa.

"Ketika terbabas lori itu turut merempuh dua motosikal yang diletakkan di hadapan rumah, namun tiada mangsa cedera...pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Abd Hadi berkata, pemandu lori yang cedera dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra turut dikejarkan di lokasi untuk menjalankan tugas penyelamatan, sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA PANTANG MAUT SEBELUM AJAL-warga emas terselamat selepas lori tangki rempuh rumah mereka. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top