Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Najib Rela Di Kecam Myanmar Demi Pertahankan Rohingnya, Ini Tindakan Najib Terhadap Myanmar

KUALA LUMPUR: Pemusnahan etnik Rohingya di Myanmar melampaui batas kemanusiaan dan Malaysia terpaksa menyatakan bantahan terhadap negara itu, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Justeru, beliau nekad untuk menghadiri Himpunan Solidariti Ummah bagi membantah penindasan ke atas golongan minoriti itu, meskipun bakal dikecam Myanmar.

"Semalam (Jumaat) saya nak bagitahu tuan-tuan, pejabat Presiden Myanmar keluar kenyataan. Isi kandungan itu katanya kalau saya sebagai perdana menteri hadir dalam rapat umum esok, dia akan anggap saya campur tangan dalam urusan dalaman Myanmar.

"Ini bukan soal campur tangan dalam urusan negara Myanmar. Ini soal bagaimana kita mempertahankan nilai kemanusiaan dan nilai universal.

"Saya nyatakan bahawa saya akan hadir ke himpunan solidariti Rohingya. Saya tidak akan berganjak. Yang hadir kerana bukan Najib Razak, yang hadir adalah Najib Razak yang mewakili tiga juta ahli ahli Umno.

"Macam mana dia mahu kata ini urusan dalaman sebab kalau dia tidak selesaikan masalah itu, mereka ini akan jadi orang pelarian ke Malaysia," tegas Najib ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Najib dijangka berkongsi pentas dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang esok, di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur untuk mengecam tindakan zalim kerajaan Myanmar ke atas warga Rohingya.

"Ikut rekod 56,000 orang Rohingya dan Myanmar yang memegang kad UNHCR. Itu yang kita tahu, yang tak tahu berapa? Yang ada dicelah-celah pokok sawit, ada dalam belukar tu?," kata Najib.

Najib dalam sidang medianya selepas selesai menangguhkan PAU 2016 bertegas, sebagai rakan dalam gabungan ASEAN yang bertanggungjawab, Malaysia perlu membuat bantahan.

"Betul kita tak boleh campur tangan negara tersebut, namun ianya sudah bertentangan dengan Piagam ASEAN.

"Kejadian itu menyebabkan pelarian melimpah ruah ke Malaysia, ratusan ribu menunggu dan kalau penganiayaan berterusan sudah tentu akan menjadi masalah. Kita kena bertindak sekarang, kalau tak terlambat," katanya.

Najib berkata Malaysia tidak boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa di kala kerajaan Myanmar terus menzalimi etnik Rohingya.

"Bila manusia dizalimi dengan sangat dasyat kita tak boleh biarkan, sejarah akan menghukum kalau kita tak buat apa, duduk diam, padahal ramai mati secara kejam," ujar Najib.

Selain isu Rohingya, ucapan penggulungan Najib turut menyentuh tindakan tokoh Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerang kepimpinannya dan berlagak seperti tiada kesalahan yang dilakukannya terhadap rakyat dan negara ini.

"Banyak cerita pasal Mahathir. ITP, 'Sweetheart deal', tol, penswastaan MAS, PERWAJA, Forex. (Kalau tak betul) kenapa beliau tak saman? Bila hal saya, beliau suruh saya saman," tempelak Najib.
 
Dr Mahathir kini menaja penubuhan parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan mendakwa mempunyai sokongan ramai bekas ahli Umno yang kecewa dengan kepimpinan Najib.

Justeru, Najib mencabar Dr Mahathir untuk mengadakan perhimpunan yang sama seperti Umno sekiranya benar partinya itu mendapat sokongan ramai.

"Sekarang jangan nak cakap pasal Umno sebab kamu dah tiada dalam parti. Jangan jadi orang yang gila talak pula. Buatlah konvensyen parti baru dan tengok muka-muka di sana, penuh dewan pun belum tentu," ujarnya lagi.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Najib Rela Di Kecam Myanmar Demi Pertahankan Rohingnya, Ini Tindakan Najib Terhadap Myanmar . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top