Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

LUAHAN ISTERI YANG terguris hati akibat perbuatan suami yang terlanjur dengan perempuan jalang

Assalamualaikum admin. Ya ampun akak pula yg malu dgn luahan cerita bertalu-talu that girl . 

Just ignore sajalah apa yg dia hantar . Akak berterima kasih pada mereka warga KRT yg bagi akak sokongan dan dorongan. Sedikit sebanyak membantu dan menceriakan akak melalui fasa kelukaan ini . Pada yg memberi komen negative pun akak berterima kasih . Bila that's girl ulang-ulang kali siarkan cerita ni secara tak langsung cerita lama akak akan di up kan lagi . Rasa macam glamor pulak mengalahkan Che Ta 😂
 
Anyway terima kasih semua . Biarlah dia terjun dgn labu-labunya . Kami dah move on , lantaklah dia mahu kata apa . Terima kasih admin . Terima kasih semua .

#mesej_terdahulu

Assalamualaikum warga KRT..
Minta admin rahsiakan identity fb saya. Selama ini saya hanyalah silent reader dlm page ni namun kali ni saya terpanggil menjawap akan satu post berkenaan tentang nafkah anak luar taraf terhadap bekas suami dia dan menunding jari mengatakan 'Saya syak isterinya jahat serta aniaya dia. Jalan cerita ni 95%. mcm kena dengan kes saya ..Kalau betul, sesungguhnya saya lah isteri itu. Maaf kalau coretan ini panjang berjela bertujuan untuk memahami intipati cerita.
Saya beritahu kronologi cerita sebenar.


1. Ini cerita tahun lepas. Tahun 2015. Perempuan ni masuk kerja bulan 4. Seminggu kerja suami saya dh dpt tidur dgn dia. Itulah berapa kali dlm bulan 4 itu jugalah sahaja spt yg perempuan tu dakwa.

2. Bulan 6 dia berhenti kerja dan terus lost contact dgn suami. Terus senyap. 

3. Bulan 7 dia dtg tempat kerja suami ckp dia mengandung. Dua kali dia minta duit utk beli ubat gugurkan kandungan. Lepas tu pun senyap juga. 

4. Bulan 10 or 11 barulah dia datang tempat kerja suami saya bersama keluarga dia. Mengugut macam-macam. Mentang-mentang bapak dia polis dan adik dia polis bantuan. Bakal adik ipar perempuan tu pun tumpang sekaki mengugut suami macam-macam dlm phone minta tanggungjawap.

5. Di desak dan di ugut berkali2, suami saya goyang sebab dia memang buat kesalahan berzina tu dan di tambah lagi masa tu saya belum tahu apa-apa. Mereka berkeras suruh berkahwin, ganggu suami di tempat kerja, mengugut untuk beritahu majikan serta akan di kutip polis jika tidak menurut. Suami dalam keadaan panik dan tertekan akur tapi meletakkan syarat tak mahu nikah di sini kerna bimbang saya akan tahu. Then adik perempuan dia yg cari ejen nikah di Thailand.

6. Persetujuan nikah di Thailand tercapai bila betina tu dan adik perempuan dia setuju menampung sume kos pernikahan di sana. Mereka berjanji dari sebelum bertolak utk tanggung semua kos tapi sampai ke sudah apa yg mereka janjikan tiada hingga memaksa suami pakai duit gaji bila ejen dah minta duit buat urusan mereka di sana.

7. Mereka nikah Isnin dan bertolak pulang ke Malaysia Selasa mlm dan sampai ke Malaysia pagi subuh Rabu. Suami sampai rumah tipulah saya senyum manis sambut dia. Sesungguhnya saya hanya manusia biasa. Kedebang-kedebung pung pang jugaklah tapi masih berbatas takut jiran-jiran dengar. Saya masih jaga air muka suami..

8. Suami mengadap saya cerita a to z. Saya beri kata dua sama ada saya atau perempuan tu. Pilih perempuan tu tapi lepaskan saya atau pilih saya, saya stay, sanggup mulakan semula, maafkan dia tapi ceraikan betina tu. Suami terus kata pilih saya sebab dia sebenarnya pun di ugut dan di paksa. Suami ambil hp dan terus lafazkan cerai talak 3 by sms. Selepas suami hantar msg talak 3 pada perempuan tu terus dpt panggilan dari perempuan tu. Mak perempuan tu marah-marah suami, ugut dan ugut lagi. Mahu bawa ke mahkamah bagai. Masa tu loudspeaker, saya kata pergilah bawa. Saya tunggu surat lawyer or etc. Jujurnya masa tu saya mmg dah ready mental fizikal apa akan terjadi. Mak dia kata saya bini pertama jahat dan kenapa tak terima perkahwinan suami saya dgn anak dia sbg jodoh. Saya cuma menjawap 'klu begitu terima lah jodoh anak mak cik dgn suami saya setakat sehari dua saja. Dia tak bole terima dan marah-marah saya, ulang-ulang sebut bapak perempuan tu polis spt nak mengingatkan kami. (Mak bapak perempuan tu telah bercerai)

9. Saya dapat cari bf dia. Bf dia bagitahu dalam bulan 8 or 9 perempuan tu ada dtg sendirian ke utara jumpa dia yg tika itu sudah di darat dan bekerja kontrak di sana sementara tunggu panggilan turun kelaut lagi. Perempuan itu mengadu pada bf dia bahawa dia mengandung dan minta tanggungjawap. Cerita seterusnya korang mesti tahu kn, bf dia bukan bodoh. FYI bf dia tu pun laki org. Dah 8 tahun couple. (Korang boleh fikir sendiri, dgn suami saya dia minta tanggungjawap dan dlm masa yg sama pun dia minta bf dia bertanggungjawap ). Jika betul pun itu anak suami saya, mengugut minta tanggungjawap bagai mengapa dia sanggup pergi jauh-jauh seorg diri jumpa jantan lain dan kemudian dia buat pusingan u-turn pula dekat bf dia.

10. Saya juga dapat cari bekas suami pertama dia. Ternyata apa yg saya dapati perempuan ini mmg sundal. Perempuan ni ada sorang anak perempuan berumur 12 thn dan bekas suaminya dpt hak penjagaan anak mereka. Bekas suami dia yg sendiri kata tika mereka masih lagi suami isteri, perempuan ni mengaku telah tidur dgn lelaki lain. Mereka bercerai dan hak penjagaan anak jatuh pada bekas suaminya. Saya masih ada simpan lagi segala perbualan bersama suami dan bf dia. Jadi dgn apa yg berlaku sekarang, no wonder perempuan tu sudah ada bf tapi masih tegar menjalang dgn laki org.

11. Untuk pengetahuan semua suami saya bukan org berharta. Kami hidup sederhana saja. Gali lubang tutup lubang juga. Namun jika perempuan itu mahu bawa hal ini ke muka pengadilan kami akan hadapi segalanya bersama. Negara kita ada undang-undang, tak kisahlah bapa kau polis sekalipun. Menjawap pada ada yg bertanya status perkahwinan mereka, perkahwinan mereka tidak pernah di daftarkan di Malaysia. Urusan penceraian pun kami berdua naik semula ke Thailand dan dapatkan kerjasama Jabatan Agama Islam Songkla,Thailand serta konsulat Malaysia yg berada di sana. Ikutkan tak perlu ke sana pun tak apa sebab perkahwinan mereka tidak di daftar di sini namun document penceraian itu penting sbg mengambil langkah bersiap sedia atas segala ugutan dia sekeluarga.
Buat kau wanita itu..

Banyak pekara aku nak katakan pada kau tapi aku fikir di sini bukan medan utk aku luahkan segalanya. Kau tak tahu beban bebanan yg aku tanggung. Untung aku tak pergi ganyang kau wahai perempuan. Sehingga kini aku berjaya menahan amarah lantaran perbuatan kau. Aku tutup aib kau namun kau yg mudah menjaja kejalangan sendiri. Kau yg buat diri kau di hina. Sudah-sudahlah, hampir setahun dah pekara ini berlalu. Aku sentiasa doakan anak kau tu bahagia dunia akhirat. 


Jaga anak kau baik-baik ya. Kalau kau tak dpt curahkan kasih syg kau pada anak kau yg sebelum ni, inilah masanya kau curahkan utk anak perempuan kau yg sekarang ni. Aku tiada niat sekalipun mahu membuka aib kau namun setelah kau membuat kenyataan bertulis di ruangan ini, aku rasa perlu utk aku memperbetulkan cerita ini bagi mengelakkan salah faham org ramai. Penting utk beritahu kisah sebenar bagi mengelakkan fitnah. Ketahuilah aku tak pernah bahagia gembira spt dulu setelah apa yg kau dan suami aku lakukan. Setiap hari aku mohon kekuatan demi kekuatan utk teruskan kehidupan bersama suami aku yg pernah curang. Kenyataan pahit itulah yg akan aku bawa sampai ke mati😢

Dosa yang kamu berdua lakukan adalah antara diri sendiri dgn tuhan, maka bertaubatlah. Tapi jujurnya aku belum mampu maafkan kau kerna kau dan dia memperjudikan hidup aku begini. Aku menjadi murung, pemarah. .sering beremosi..Kesian anak aku..😭

 
Aku tidak menunding jari menyalahkan kau 100% . Aku tahu bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Aku juga tidak menangkan suami. Yg salah tetap salah. Apa pn keadaannya aku mmg tidak sanggup bermadu. Sbg perempuan kau tak faham apa aku rasakan.. Kau lebih memenuhi tuntutan kau.. SUKA AKU KATAKAN KAU TAHU MANA NAK CARI KAMI UTK KAU BUAT APA-APA TUNTUTAN BIARPUN AKU RASA KAU TIDAK LAYAK.


Tentang suami saya pula, hingga kini beliau tidak mahu ambil tahu langsung tentang perempuan tu. Suami akui semua kesilapan dia namun beliau tak boleh terima bila perempuan itu mengugut mahu dia bertanggungjawap namun dlm masa yg sama perempuan tu boleh pergi cari bf dia dan membuat tuntutan yg sama terhadap bf nya.



 Dia rasa mcm org bodoh, di perbodohkan dgn ugutan demi ugutan. Saya ada pujuk suami agar pergi jumpa perempuan tu belikan keperluan anak itu tapi suami saya enggan dan tegaskan jika budak itu benar anak dia spt di dakwa, perlu DNA bagi membuktikan semuanya . Sebab logik kalau itu anak dia (suami) mengapa sampai perempuan tu buat pusingan u-turn minta bf dia tanggungjawap pula?Saya tidak pernah menangkan suami tapi saya percaya memang ada dalam dunia ni segelintir perempuan yg sengaja mengambil kesempatan terhadap lelaki. Awal lagi dia sudah tahu itu laki org,

 'kalau takut di landa ombak kenapa berumah di tepi pantai'??Hingga ke saat saya tuliskan cerita ini tidak pernah walau sekalipun perempuan or keluarganya datang membuat apa-apa tuntutan. Kalian nilaikanlah sendiri yg mana sebelum ini mereka sering mengugut but lastly is nothing. 

Tentang saya dan suami, yg telah terjadi semakin mengerat hubungan kami berdua. Saya nampak segala effort yg suami lakukan terhadap saya dan anak. Dia benar-benar menyesal dan kembali ke pangkal jalan.Ketahuilah saya memilih utk terus bersama dia kerana saya percaya kita sebagai manusia tidak pernah sempurna. Mungkin saya juga ada kesilapan sepanjang berbelas tahun kami bersama. Barangkali ada yg saya khilaf.. 

Saya harap suami gunakan peluang kedua ini sebaik-baiknya kerna tak semua antara kita akan miliki peluang kedua. Cuma rasa percaya itu takkan sama spt dulu. Masa akan menentukan segala-galanya. 


Buat pembaca jadikan cerita saya ini sbg ikhtibar. Ketahuilah tidak mudah saya lalui hidup ini dgn apa yg terjadi. Saya ulangi lagi ya, 'tidak mudah'. Setiap hari saya berperang dgn emosi sendiri, memujuk hati agar meredhakan segala yg telah terjadi. Doakan saya ya semua.. Assalamualaikum



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA LUAHAN ISTERI YANG terguris hati akibat perbuatan suami yang terlanjur dengan perempuan jalang. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top