Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kes Rogol kanak-Kanak Di myanmar Meningkat

YANGON: Kes rogol kanak-kanak di Myanmar meningkat sebanyak 40 peratus tahun ini, lapor media kerajaan. Kemiskinan dan kelemahan undang-undang menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada pencabulan dan penderaan, termasuk ramai yang dijual sebagai buruh paksa. 

gambar hiasan 

Menurut aktivis, ramai kanak-kanak dipaksa bekerja sebagai pembantu rumah untuk keluarga kaya atau dalam komuniti mereka sendiri. Pada akhir Oktober tahun ini, 380 kes cabul kanak-kanak dilaporkan di seluruh negara, meningkat 150 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu. 

Pihak berkuasa khuatir jumlah itu hanya sebahagian kecil kes yang dilaporkan berikutan faktor budaya 'senyap' dan menyalahkan mangsa, menyebabkan banyak kes tidak dilapor kepada pihak berkuasa. 

"Biasanya kes jenayah itu membabitkan ahli keluarga, jiran atau saudara-mara atau seseorang yang rapat dengan mangsa," kata pegawai polis Mandalay, Mejar Khin Maung Thin. - AFP



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Kes Rogol kanak-Kanak Di myanmar Meningkat. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top