Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

isteri Donald Trump Di Halau Dr New York Kerana Membazir


Bakal wanita pertama Melania Trump, yang ingin terus tinggal di kota besar itu sehingga tamat persekolahan anaknya, mendapat bantahan kira-kira 100,000 orang, lapor portal The Independent



Petisyen “menghalau” wanita isteri hartawan itu dimajukan kepada gabenor Andrew Cuomo dan datuk bandar raya itu Bill De Blasio agar mereka menolak pembiayaan keselamatan tersebut.

Keluarga pertama Amerika Syarikat, yang rasmi menjejakkan kaki di Rumah Putih pada 20 Januari ini, tinggal di Menara Trump, bangunan 58 tingkat di Manhattan.

“Pembayar cukai New York enggan menanggung lebih US$1 juta sehari bagi membolehkan beliau [Melania] menetap di sini,” petisyen itu dipetik.

“Jika keputusan sudah dibuat, mereka seharusnya membayar kos itu.

“Wang pembayar cukai sewajarnya digunakan untuk jalan, sekolah, transit [kereta api], pembentungan, kerja baru dan perbelanjaan lain untuk kota ini.”

Hasil perkahwinan ketiganya, Trump mendapat seorang anak lelaki Barron, 10, yang sering dipanggil ibunya sebagai “Little Donald”.

Melania, yang sangat akrab dengan anaknya, sering dilihat menghantar kanak-kanak itu ke sekolah persendirian, yurannya dilaporkan US$40,000 (hampir RM180,000) setahun.

Menurut portal itu lagi, kawalan keselamatan di Menara Trump agak rumit kerana ia terletak di kawasan sibuk dan bangunan itu sering dikunjungi orang ramai.


http://thetrendingnow.blogspot.com/2016/12/kos-kawalan-rm45-juta-sehari-isteri.html




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA isteri Donald Trump Di Halau Dr New York Kerana Membazir. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top