Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Sebanyak 280 liter minyak petrol RON95 yang cuba diseludup ke Thailand menggunakan tangki minyak dalam pikap diubahsuai dirampas

Kangar: Sebanyak 280 liter minyak petrol RON95 yang cuba diseludup ke Thailand menggunakan tangki minyak dalam pikap diubahsuai dirampas

anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis di Padang Besar hari ini.

Dalam kejadian 10 pagi itu, sepasukan anggota KPDNKK Perlis diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa, Mohd Syamsul Amin Yusof membuat pemeriksaan di sebuah gudang menjual petroleum di Kawasan Perindustrian Padang Besar.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Perlis, Jamal Nor Ahmad Harun berkata, ketika pemeriksaan seorang lelaki berusia 30-an sedang leka mengisi minyak ke dalam Toyota Hilux.

“Lelaki itu ditahan dan pikap berkenaan dibawa ke stor simpanan KPDNKK di Behor Pulai untuk pemeriksaan lanjut.

“Kami menemui 280 liter petrol dalam dalam tangki minyak pikap itu yang diubahsuai,” katanya di di sini, tadi.
Menurutnya, tangki minyak pikap berkenaan hanya boleh diisi 80 liter namun diubahsuai untuk memuat 200 liter lagi petrol.

Gudang itu mempunyai lesen menjual minyak namun KPDNKK tidak membenarkan minyak dijual menggunakan tangki diubahsuai, hanya menggunakan tangki asal kenderaan.

Harga petrol di Thailand ialah RM3.60 seliter berbanding RM1.95 di Malaysia.
Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta dan penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

sent by Harian metro
Kiriman:
BI1M'SIA🇲🇾
NKC👵🏻
ISDDLN



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Sebanyak 280 liter minyak petrol RON95 yang cuba diseludup ke Thailand menggunakan tangki minyak dalam pikap diubahsuai dirampas . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top