Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kerajaan tiada duit, anggota Polis mengadu ditindas 'pihak atasan'

BARU terima aduan daripada salah seorang sahabat di facebook, yang juga merupakan seorang anggota polis bertugas sebagai pemandu kenderaan PDRM.

Menurut beliau yang memohon identitinya dirahsiakan, satu mesyuarat telah diadakan di tempatnya bertugas berkisar tentang penindasan melampau 'pihak atasan' terhadap pemandu kenderaan PDRM.


gambar hiasan

Semua pemandu diminta mengambil langkah berjaga-jaga kerana 'pihak atasan' telah memperketatkan lagi hukuman bagi mana-mana pemandu yang terlibat dalam kemalangan menggunakan kenderaan pasukan meskipun ketika sedang bertugas.

Walaupun punca kemalangan bukan dari kesilapan pemandu, tindakan seperti 'surcaj' tetap akan dikenakan dakwanya.

Beliau yang kecewa dengan tindakan itu turut mendakwa terpaksa dahulukan duit saku sendiri untuk perjalanan jauh ketika bertugas sementara bayaran balik 'claim' begitu lambat diperolehi.

Beliau turut mengeluh, sudahlah gaji diterima tidak seberapa cukup untuk kegunaan sendiri, bayaran balik 'claim' juga terlalu lambat diperolehi. Kini ditambah pula dengan tindakan mengenakan surcaj yang bakal membebankan ini.

Menurutnya lagi, mensyuarat tersebut mendedahkan bahawa kerajaan kini memang sudah tidak ada duit.


Nampaknya bukan orang awam sahaja menjadi mangsa kegagalan pentadbiran Najib Nazak, anggota polis yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam turut terkesan.

Aku fikir bila rakyat dipaksa bayar GST, kerajaan dapat banyak duit, maka pentadbiran negara lebih berkesan, polis boleh dapat kenderaan baru, uniform baru, gaji anggota polis juga boleh dinaikkan lagi tapi nampaknya makin ada cukai GST, rakyat makin terbeban anggota polis pun turut ditekan.


sumber: milosuam.net



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Kerajaan tiada duit, anggota Polis mengadu ditindas 'pihak atasan'. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top