Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

2 Wartawan Wanita Kongsi Pengalaman Hitam Diganggu Kumpulan Baju Merah Gila Seks

2 Wartawan Digangu Secara Seksual, Hampir Diraba Oleh Pendemo Merah - Penyokong Merah Memalukan!

Dua wartawan wanita dilaporkan diganggu secara seksual oleh beberapa peserta gerakan Baju Merah semasa himpunan kumpulan itu menentang BERSIH pada 19 November yang lalu.



gambar hiasan

"(Saya rasa) benar-benar terkejut dan untuk seketika, tidak dapat meneruskan kerja (saya)," kata wartawan kanan Malay Mail Online, P Yiswaree sambil menambah seorang peserta kumpulan yang sama turut mengekori beliau selepas gangguan tersebut, memetik laporan oleh Asia Alliance Tenggara (Seapa).

Kejadian tersebut berlaku di Padang Merbok dengan wartawan berkenaan mendakwa mereka 'diganggu dan hampir diraba' oleh peserta Baju Merah.
Yiswaree berkata, peserta Baju Merah turut mengganggu wartawan lain tetapi perbuatan itu berjaya dihalang dan dihentikan oleh beberapa orang awam yang berada di situ.


Ia turut melaporkan seorang jurugambar wanita segera meninggalkan kawasan itu selepas beberapa peserta Baju Merah terjerit-jerit membakar semangat perkauman dengan kata-kata seperti 'Cina babi'.


"Pihak berkuasa harus mengutuk dan menyiasat insiden gangguan dan ugutan terhadap wartawan wanita ini yang membuat liputan himpunan Baju Merah," kata Pengarah Eksekutif Seapa, Edgardo Legaspi.


Pada Oktober yang lalu, peserta baju merah juga dilaporkan telah mengasari sekumpulan kakitangan media dengan menuntut mereka untuk memadamkan video dan gambar ekoran perbalahan kecil dengan konvoi BERSIH. Malaysiakini



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA 2 Wartawan Wanita Kongsi Pengalaman Hitam Diganggu Kumpulan Baju Merah Gila Seks . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top