Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

saya sentiasa jadi mangsa cabul sepupu, saya dipukul amik kesempatan,tiap malam masuk bilik saya raba saya

Salam krt, mohon hide profile saya.
Saya mempunyai masalah sukar lupakan kisah sewaktu masih kecil.


 Semasa 9tahun, emak(mualaf) digantung tak bertali, bapak nikah lain tinggalkan kami sehelai sepinggang, kami tinggal kat umah nenek. Sejak emak jadi ibu tunggal, sukar nak tengok emak drumah. Pagi pulang tengah malam, sehari 2 kerja.

 Jadi macam²lah berlaku di rumah nenek, saya sentiasa jadi mangsa cabul sepupu, saya dipukul,bila baru cari emak, emak dah turun kerja, balik sekolah, kami makan nasi garam sahaja.tu je yang sedia, nenek(sebeleh bapa) masak terus simpan bilik

. Saya brkerja sambil sekolah ketika berusia 11 tahun.kerja angkut batu ikut mak. Umur 12, mak bawak kami tinggal rumah bf die kat flat, mula² dia baik, makan minum belanja semua ada, tapi dia amik kesempatan,tiap malam masuk bilik saya raba saya, bila nak bagitau mak,saya takut, takut adik² dan mak hidup macam dulu, jadi saya relakan saja asalkan adik dan mak bahagia.

saya satu² perempuan.mujur tak pernah jadi mangsa rogol. Saya sentiasa rindu bapak.kadang bila saya pulang sekolah terserempak dia dan ank tirinya sedang makan kfc. Saya nangis, saya jalan kaki hari² sebatu lebih jauh, dia sedap² makan kfc. Saya trauma tiap malam takut dicabul sedangkan bapak lindungi anak tirinya.

 Bila dah masuk tingkatan. Cabul takda tapi tenungannya ada. Mak berzina hari², bila dinasihat, ibarat mencurah air ke daun keladi, 2009, bapak excident, saya terkilan, saya mrnangis sedangkan tiada manis bersama,


saya sentiasa rindu, rindu yang sejak 9 tahun, tiba² diambil oleh-Nya. Sekarang saya dah berumah tangga tapi saya memang tak boleh ingat masa lalu. Baru sekarang saya luahkan. Macamana saya nak lupakan semua tu..

si suami dapat kecaman hebat dari netizen akibat gemar lepak dan salahkan isteri yang dalam pantang

Saya seorang suami yang bermasalah umor 40an penjawat awam di sebuah kolej perubatan..

sudah berkahwin hampir 14 tahun..masalah kerana terasa dikongkong oleh istri saya selepas melahirkan anak ke 4..

dulu xada la teruk sangat..saya bebas kemana pun..tapi sejak dapat baby yang ke 4 makin teruk keadaan..dia macam xpercaya pada saya..saya keluar malam pun dah berleter..

sedangkan saya minum dan borak dengan kawan2..bukan buat maksiat pun.adakah sebab dia meroyan atau buatan orang perangai dia begitu rupa.


.perlukah saya membawa dia berubat tradisional atau moden?mintak pendapat anda semua.

komen

 
Faiz Musa anak 4 ,memanglah kena marah kalu kerap sgt keluar.anak2 tkkanlah bini je nk jaga


 Farhana Ghaza Ingat x pnt ke jage ank 4 org sorang2? En yg kene p berubat..bukan bini tu

 Nia Firdani nk lepak tu bawak la anak..bgi isteri rest kat rmh..penat la tu smua bnda kat rmh nk kne hadap sendri...tu cara dia luahkan hati tu..harap fahami situasi..

 Az Rin Huhu. Kesian encik. Next time encik kalau nak main badminton atau futsal ajaklah anak anak encik. Kalau boleh wife bawa sekali lepak tepi. Huhu😂

Habis futsal ajak makan mekdi segera. Sebab sekarang mekdi makan dulu baru bayar. Haha


 Ct Ct Sue Letih kot. Beranak pun dia...kelam kabut kepung ank pun dia. Laki melapuk kedai mengopi ngan kawan...bestnya jadi laki


 Jamaliah Mohd Shari Buatan ko le. Sesenang je kata bini meroyan eh. Dah ank 4 ko nak lepak2 lg mlm2 dgn kwn2. Tlg la jaga ank2, tlg buat kerja rmh apa yg patut. bkn disuruh baru nak buat. Pas tu ko jaga anak & wife kuar dgn kwn2 dia. Ko rasa berann x

saya stress dengan Mil saya dia kalau selsema,dia akan buang hingus merata2 pernah sekali saya bawak dia keluar,dia lap hingus dekat daun2 pokok.

Admin..tlg hide profile saya ye..
Assalamualaikum warga Krt..

saya ade masalah sikit la dengan family suami..makin lama makin stress saya dengan diorang..x tau nak cakap macam mane.

.nak Kate pengotor kang,kasar sangat pulak..cerita nye macam ni..saya stress ngan Mil saya..dia kalau selsema,dia akan buang hingus merata2..puas dah bagi towel kecik atau tisu,tak digunakan.

.bila naik kereta,dia akan lap hingus dekat kusyen atau mane2 tempat yang dia rase boleh lap..geli betul saya..dah la kereta saya.

.pernah sekali saya bawak dia keluar,dia lap hingus dekat daun2 pokok..nak Kate buang tebiat,nampak macam x pulak..
bab hingus 1 Hal..


kalau time makan,dia sesuke hati je meludah kalau ade tulang atau ape saje yang dia x dapat nak kunyah..sampai masuk dalam pinggan orang lain..termasuk lah saya punya pinggan!..yang saya herankan,anak2 nye x tegur lansung mak nye tu..lepas makan sendawa kuat2.

.macam nak bagi semua orang tau yang dia dah kenyang..kalau nak kentut,x kesah lah depan orang ke ape..ha yang bab kentut dan sendawa ni memang semua Anak dia ikot sekali..tengah makan,kalau rase nak kentut,angkat punggung,kentut kuat2..same je laki perempuan.

.termasuk la suami saya..stress betul saya kalau duduk dengan dorang..macam mane ni..boleh x sesape boleh bagi kata2 semangat untuk hilangkan stress saya Kat family suami saya ni?

2 lelaki dalang penjualan bayi ditahan termasuk tiga klinik sekitar Selangor dan Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai dalang utama kes penjualan bayi dan seorang doktor lelaki, ditahan dalam serbuan ke atas tujuh premis,

 termasuk tiga klinik sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, hari ini. Wanita terbabit yang dikenali sebagai 'Bonda' ditahan bersama anak lelakinya oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di Tanjung Sepat,

 Sepang, selepas disyaki menjadi orang tengah terhadap mana-mana pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan bayi terutama anak luar nikah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh,

 berkata dalam serbuan Operasi Baby (Op Baby) oleh Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM D7C) itu, polis turut menahan seorang doktor lelaki berusia 54 tahun di sebuah klinik di Taman Puchong Indah, Puchong, petang tadi.

 "Lima lokasi lain yang diserbu adalah dua klinik di Klang, serta tiga unit kediaman di Sepang dan Klang di Selangor serta Labu, Negeri Sembilan," katanya kepada BH, sebentar tadi. Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat lain, termasuk bayi yang dijual susulan penangkapan tiga individu terbabit. 

Pada 25 November lalu, media antarabangsa Al Jazeera, dalam satu laporan video berdurasi 25 minit, memaparkan satu aktiviti penjualan bayi yang berlaku di negara ini didalangi seorang wanita dikenali sebagai `Bonda'. 

Dua hari kemudian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, memberitahu, aktiviti penjualan dan pemerdagangan bayi yang berlaku di sini, bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh Al Jazeera, namun berada dalam keadaan terkawal.


 Katanya, pihak polis menerusi ATIPSOM dan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ, sentiasa melakukan pemantauan ke atas sebarang aktiviti penjualan bayi di seluruh negara.

Najib Dan Rosmah Sentap Ini Cabaran Pemuda UMNO Pada Najib Yang Mustahil Dilakukan Pada Perhimpunan UMNO 2016

Suasana Dewan Merdeka gamat apabila Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta beratur membeli minyak masak dalam paket 1 kilogram bagi memahami sendiri masalah yang dihadapi rakyat.


Lebih menghangatkan suasana apabila perwakilan Pemuda Umno Negeri Sembilan, Rizuan Ahmad turut mencadangkan supaya Najib menaiki bas henti-henti yang disediakan kerajaan.

Dua cadangan berkenaan disuarakan Rizuan susulan isu kos sara hidup yang dihadapi rakyat sejak kebelakangan ini, khususnya akibat kenaikan harga bahan api dan pemansuhan subsidi minyak masak.


Tegasnya, kerajaan sentiasa mahu rakyat memahami situasi ekonomi semasa, namun pada masa sama enggan mendalami isu sebenar yang dihadapi golongan berpendapatan rendah.


“Mungkin Datuk Seri Najib tak pernah berbaris beli minyak masak paket satu kg."Kenapa Datuk Seri asyik cerita supaya kita naik bas? Datuk Seri cubalah naik bas…yang naik tu semuanya orang Bangladesh,” katanya sambil disambut sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan.


Beliau berucap pada sesi perbahasan Ucapan Dasar Ketua Pemuda Umno yang secara kebetulan turut dihadiri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Jelas Rizuan, isu utama yang harus ditangani kerajaan ialah bagi memastikan subsidi dan kemewahan negara tidak dinikmati rakyat asing.


“Kita terlepas pandang bahawa warga asing yang tak bayar cukai mendapat nikmat yang sama rata dengan penduduk kita.“Tak ada ke (pemimpin) bijak pandai dalam kerajaan boleh berikan satu idea supaya hanya rakyat Malaysia dapat keistimewaan ini?” soalnya.

Video : Setiap Kali Abang Jemput Adik Perempuan Pulang Sekolah Ini Perkara Jijik Yang Mereka Lakukan

Memang tak disangka, seorang abang boleh melakukan 'gurauan' semacam ini bersama dengan adik sendiri?? Kedengarannya memang macam tak percaya, tapi itu lah realiti dan hakikat yang sebenarnya.


Menurut satu sumber yang memuat naik video tersebut, pasangan yang dilihat sedang melakukan beberapa aksi kurang senonoh itu merupakan adik dan abang namun berlainan ibu.

Menurut apa yang ditulis lagi, kedua-dua pasangan itu merupakan adik dan juga abang tiri yang dikatakan mempunyai hubungan 'terlarang' sejak beberapa bulan yang lalu.

Kejadian itu dikatakan berlaku semasa si abang menjemput adiknya pulang dari sekolah. Namun mereka tidak segera pulang ke sekolah dan pergi ke sebuah tempat yang agak sunyi daripada orang ramai.

Menurut sumber, kejadian itu telah dirakamkan oleh jiran mereka sendiri yang sudah lama mengesyaki ada sesuatu diantara mereka berdua itu dan akhirnya hubungan mereka itu telah terbongkar juga.



Semenjak adik tirinya itu tinggal serumah bersama dengan abangnya itu, mereka kerap kali keluar berdua-duaan dan pada mulanya ibu bapa mereka tidak mengesyaki apa-apa.

Namun selepas video tersebut berjaya dirakamkan, ianya sudah mencukupi untuk dijadikan bukti bagi kesalahan atas apa yang mereka lakukan itu.

Trend Terbaru Selfie Berbogel Satu jari Jadi Kegilaan Remaja Masakini, Lihat Video Ini Pasti Anda Terkejut

KEGILAAN apakah ini? Sekumpulan lelaki dan wanita cuba mencipta trend terbaru di media sosial dengan mewujudkan Cabaran Selfie Satu Jari, iaitu merakamkan selfie sambil berbogel di depan cermin, namun dengan syarat satu jari perlu menutup bahagian sulit mereka.

Malangnya, peserta cabaran berkenaan berisiko menunjukkan lebih daripada apa yang mereka rakamkan, dengan mendedahkan seluruh badan mereka yang bogel itu.

Salah seorang peserta yang mengambil bahagian ialah Aimee Davison yang menyatakan cabaran itu bermula hasil lukisan pelukis anime Jepun, Sky-freedom.

Dalam ilustrasi pelukis itu, watak anime berkenaan digambarkan merakamkan selfie dalam keadaan bogel, dengan hanya satu jari sahaja menutup alat sulitnya.

Pada mulanya Aimee teragak-agak untuk mencuba cabaran berkenaan tetapi dia kemudiannya mencuba selfie itu, tetapi masih memakai seluar.Dia hanya menggunakan jari untuk menutup payu daranya.

“Saya jadi keliru bagaimana nak tutup payu dara dan alat sulit pada satu masa dengan menggunakan satu jari sahaja,’’ soal Aimee. – MYNEWSHUB.CC

Raja Bomoh Pernah Tampar Buaya, Rani Kulup Mengaku Pernah Tampar Harimau Hingga Patah Taring

BUKAN sahaja seorang yang prihatin dengan isu-isu semasa, malah Abdul Rani Kulup Abdullah ternyata merupakan seorang lelaki yang mempunyai kehebatan ‘luar biasa’.


Menurut Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu, beliau pernah menampar seekor harimau ketika berada di dalam hutan sehingga menyebabkan taring haiwan buas tersebut patah dan terpelanting.

“Sebenarnya dulu Ayah penah try sekali semasa ayah dalam hutan, Ayah penah tampar harimau.

“Harimau tu terpelanting, patah gigi dia, haa tangan ini lah, tangan inilah dulu,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Beliau yang mesra dengan panggilan ‘Ayah’ dan terkenal menerusi tagline Kipidap Dongibap itu malah berkata harimau berkenaan kini sudah dijinakkan gara-gara kesan penampar yang diberikannya.

“Harimau tu dah jadi kawan sekarang ni, haa hebat tak? Harimau ganas pun Ayah masih lagi boleh jinakkan,” tambahnya yang turut diberi gelaran sebagai Raja Repot Polis Malaysia.

Rani Kulup membuka nostalgia setelah beliau ditanya mengenai insiden tangannya yang tercedera ketika bermain boling sehingga terpaksa menerima 13 jahitan di ibu negara baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu begitu terkejut dengan sambutan meriah bak selebriti ketika berjalan masuk ke bangunan PWTC dan berpeluang melawat beberapa booth jualan di sini. – MNNEWSHUB.CC

Gadis Jurutol Kurang Ajar Panggil "Paria" Terhadap pemandu Teksi , Lihat Video Apa Yang Dilakukan Pemandu Teksi Ini

“Mana boleh you cakap paria?” demikian teguran seorang pemandu teksi terhadap seorang jurutol di Tol Sungai Nyior, semalam yang kini videonya viral di media sosial.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi semalam, jurutol wanita dipercayai bernama Zatul, didakwa telah mengeluarkan perkataan ‘Paria’ setelah ditegur oleh pemandu teksi, Ravi Chandran, kerana menggenakan caj kereta Kelas 1 terhadapnya, sedangkan teksi sepatutya dikenakan caj Kelas 4.

Berdasarkan video berdurasi 5 minit itu, jurutol terbabit memberi penjelasan kepada pengawal keselamatan bernama Usop berhubung apa yang berlaku. Ravi kemudian bertanya apakah penyelia jurutol akan turun atau tidak, namun Usop berkata dia tidak tahu.

Jawapan yang diberi Usop itu membuatkan Ravi hilang sabar dan menyebabkan ketiga-tiganya mula bertelagah sehinggalah penyelia Zatul datang ke tempat kejadian.

“Dia sudah tekan silap, saya tak ada marah apa tau. Dia kata dia tak nampak dan saya kata pada dia yang dia kena tengok dulu sebelum tekan. Okay, sekarang bukan salah saya dan you kena bagi balik saya punya baki duit. Betul tak?

“Lagi dia kata, ‘ini kita tak tengok, apa hang ni? Kita sudah tekan, you jalanlah’. Saya kata mana boleh begini, ini 80 sen pun susah nak cari,” jelasnya sebelum mendakwa jurutol itu melemparkan perkataan ‘paria’ terhadapnya.

Penyelianya juga bersetuju bahawa adalah tidak wajar Zatul melemparkan perkataan kesat seperti itu kepada pelanggan. Malah, jurutol itu ditegur perlu fokus pada kerjanya.




KLIK DISINI UNTUK MELIHAT VIDEO PENUH KEJADIAN INI



“Kita kena budi bahasalah. Jangan sewenang-wenangnya kata orang ‘Paria’. Kita bukannya makan tahi,” katanya Ravi sebelum beralih pula kepada pengawal keselamatan terbabit yang juga didakwanya tidak berbudi bahasa.

Ekoran kejadian itu, penyelia berkenaan mengakui bahawa jurutolnya telah melakukan kesilapan dan memohon maaf di atas apa yang berlaku.

“Ini bukan kali pertama berlaku tetapi sudah beberapa kali sebelum ini. Saya nasihatkan jurutol agar tidak melayani telefon bimbit semasa bertugas dan hormatilah pelanggan yang berbilang bangsa,” kata Ravi lagi.

Video kejadian itu kini trending di media sosial dan telah ditonton 4,500 kali di Facebook.http://wowberita.org

Saya Dapat Rasakan Kesucian Hati Najib - Shahrizat

“Saya amat mengagumi semangat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurut Shahrizat, beliau dapat melihat kesucian hati Najib dalam meneruskan usaha membantu rakyat di negara ini.



Berkata lanjut, Shahrizat mengingatkan Wanita Umno supaya mencontohi semangat waja yang ditunjukkan Najib.

“Wanita (Umno) perlu bijak kenal pasti keperluan semasa rakyat.

“Kita perlu berani perjuangkan hak untuk terus berkebajikan kepada rakyat,” katanya ketika merasmikan himpunan Pergerakan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

Difahamkan, seramai 997 perwakilan Wanita Umno dari seluruh negara telah hadir pada himpunan tersebut.

Menurut Shahrizat lagi, sekiranya Wanita Umno terus kuat menabur bakti kepada rakyat, parti itu tidak akan ada masalah untuk berdepan dengan mana-mana parti serpihan selepas ini.

“Politik hari ini tidak sama seperti politik 70 tahun dahulu. Politik hari ini berdepan dengan cabaran luar biasa.

“Selepas diteliti, politik di negara ini juga berdepan dengan situasi yang sama. Maka dengan itu, sebagai ibu terbaik bangsa, kita harus menangani terbolen politik ini dengan wadah yang bijaksana, dan wasilah yang terpimpin,” tegasnya lagi.

Budak 7 Tahun Disahkan Gila Akibat terlalu Kuat Belajar

Luluh hati kami baca kisah ini, dek kerana si ibu terlalu inginkan anak menjadi seorang yang bijak dan pandai hingga membawa akibat yang buruk terhadap anak sendiri. Memang tidak salah sebagai ibubapa untuk mendidik anak-anak agar berjaya dalam pelajaran, namun kita tidak tahu sejauh mana otak mereka boleh menerima tekanan untuk menjadikan mereka seorang yang berjaya.


Disebabkan itu, ibubapa harus tahu had dan keupayaan anak-anak setakat mana dan jangan terlalu letakkan tekanan pada mereka.

Kisah ini berlaku pada seorang golongan VIP yang terlalu inginkan anak perempuannya jadi pandai hingga tiada langsung masa untuk bermain seperti kanak-kanak normal yang lain.

Akibatnya, anak perempuan yang berusia 7 tahun itu mula berkelakuan seperti tidak siuman. Korang baca kisah lanjut dekat bawah ni. jadikan pengajaran buat kita semua.

Dipetik dari seorang penulis yang berkongsi cerita di Facebook,

”hari ini saya pergi ke hospital, menziarahi anak rakan saya yang sakit.
Rakan saya ini adalah seorang yang berjaya dalam hidup dan merupakan seorang dari golongan VIP.

Anak perempuannya adalah seorang yang comel, berusia 7 tahun, saya membawakan anak patung untuknya.

Waktu saya datang dia mengenali saya ”makcik iti ek?” ia jawab saya” dengan agak terharu kerana dia masih mengenali saya.

Makcik iti 42:6 Berapa? doa masuk tandas apa?

Selepas menanyakan soalan itu saya hanya terdiam kemudian dia menirukan gaya cikgunya yang mengajar di kelas dan menyanyikan lagu 5×5=25, selepas itu dia membacakan doa makan.

Makcik iti jom sambung ayat saya” saya pergi ke sekolah setelah itu saya balik ke? Soalnya sungguh-sungguh, dia memang comel, pandai dan bijak.

Namun selama saya menemani anak ini di situ ibunya yang memerhatikan kami dan hanya mampu menangis mengalirkan air mata” saya turut berduka dengan penyakit yang di tanggung oleh anak perempuannya itu.
Sakit apa?

Sebenarnya saya menziarahi anak rakan saya di hospital sakit jiwa, yaaa sebuah hospital sakit jiwa.Apa yang sebenarnya terjadi?

Dua minggu sebelum sakit anak perempuan rakan saya ini selalu menjawab soalan cikgunya dengan jawapan yang sama (7, 24:6=4 dan how are you” Dan jawapan lain seperti huruf jawi, kemudian dia menjawab soalan sambil meniru gaya cikgunya ketika mengajar.

Menurut doktor yang menjaga kanak-kanak malang ini, dia terlalu aktif dalam pembelajaran yang ditambah dengan tekanan dirumah ketika mengulang kaji beberapa mata pelajaran tanpa berehat, dengan melakukan perkara yang mereka suka seperti bermain hingga mengakibatkan otaknya penat.
Yang lebih mengharukan lagi, waktu dia melihat ibunya menangis si anak berkata “ibu jangan menangis, saya dah pandai”

Kanak-Kanak ini adalah penghuni rumah sakit jiwa paling muda di situ, ada 4 orang lagi yang berusia 12 tahun ke 15 yang juga mengalami gangguan jiwa kerana broken home. Hanya dia seorang yang mengalami gangguan jiwa kerana tekanan belajar yang di paksa oleh ibunya.

Jangan jadikan anak anda sebagai tangga untuk memenuhi impian anda atau pun mahu di puji orang lain memiliki anak yang bijak, biarkan mereka menjadi diri mereka sendiri dan berikanlah mereka kenangan masa kecil yang indah dengan bermain yang cukup.http://wowberita.org

Terkini!! Harga Minyak Petrol Bermula 1 Disember 2016

Harga minyak petrol RON95 dan RON95 serta diesel turun lima sen mulai tengah malam ini.

Harga baru untuk bulan depan ditetapkan pada RM1.90 untuk RON95, RM2.25 untuk RON97 dan RM1.80 (diesel), lapor Oriental Daily.




Penurunan ini pasti melegakan pengguna selepas dua bulan berturut-turut naik sebelum ini.

Malah, harga bulan ini mencatat rekod sebagai harga bahan bakar paling tinggi untuk tahun ini.

Kerajaan menentukan harga minyak melalui sistem apungan terkawal yang mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kekuatan mata wang negara untuk bulan sebelumnya.

Perkahwinan kami sudah 2 tahun lebih akan tetapi dia masih belum berubah , langgan placur , pegi ke b2b , keluar dengan janda


Saya sudah tidak mampu menahan kelukaan ini mungkin saya dah tak boleh bersabar dengan sikap nya , saya dan suami di nikahkan pada 28.3.2014 dahulu , 


kami di kurnia seorang anak perempuan yang kini berumur setahun 6 bulan . Dari awal pernikahan lagi dia sudah berlaku curang dan saya banyak kali memberinya peluang demi peluang , tiap kali dia buat hal saya tetap beri dia peluang . 

Saya hanya memikirkn anak . Perkahwinan kami sudah 2 tahun lebih akan tetapi dia masih belum berubah , langgan placur , pegi ke b2b , keluar dengan janda . Saya kerap balik ke kampung kerana berubat , saya disahkan mengidap kanser dan kerap lemah dan sakit , perasaan saya amat tertekan , bila terkantoi dia xpernah mengaku .

 Baru2 nie saya ada terbaca chat di wechat yang dia ingin meminjam duit ahlong , saya nasihat tapi alasan dia beri xmasuk akal , dia kata dia saja je chat macamtu kat ahlong tu untuk wat saya marah , duit gaji dia xpernah cukup , duit belanja jika saya mintak baru dia beri .

 Saya puas memendam rasa , hati saya cukup terseksa , masih mengandung dulu dia pernah terkantoi bawak ex dia pulang kerumah sewa kami dan dia bagitaw dia xbuat apa2 dengan budak puan tu , saya xpernah marah pada perempuan2 yang dirapati sebab jika suami saya xmencari mereka xkan merapat , hidup saya penuh makan hati , apa yang patot saya buat , terlalu banyuk kesakitan yang saya rasa sampai saya asyik sakit dan bertambah sakit . Saya sudah tidak mampu menahan . 


Dan akhirnya perasan saya pada dia telah tiada , berdosakah saya kerana perasaan sayang saya pada dia hilang ? Apa yang perlu saya buat . Dia pernah berjanji jika dia buat hal lagi maka akan jatuh talak keatas saya , baru2 dia terkantoi lagi ada msg dengan seorang warga indonesia yang berkerja di b2b . Hati sy makin hancur .adakah talak sudah jatuh

"Awak kan dah cacat"Sedihnya bila suami cakap saya dah cacat sebab saya mengandung luar rahim dan dah buang tiub sebelah kanan

Ceritanya...
"Awak kan dh cacat"


Sedihnya bila suami cakap saya dah cacat sebab saya mengandung luar rahim dan dah buang tiub sebelah kanan. Sy tau suami gurau kasar tp sedih sgt sy dgr masa tu.

 Setahun setengah lepas tu sy mengandung dn sy paksa suami masuk labour room tgk sy bersalin. Biar die tau betapa sakit nya masa nk bersalin. 

5 jam sy dlm tu meneran. Dia kata kesian tgk sy sakit dan hampir2 menangis. Dan sekarang suami lebih menghargai sy dan sentiasa menjaga hati sy. Syukur...

Muslimah Turun Di Jalanan Umpama Pelacur - Ulama Muda UMNO


Secara peribadi, aku juga tidak suka dengan budaya demonstrasi tak kira la dari yang pro-pembangkang mahupun pro-kerajaan, 



tapi melabelkan orang lain sebagai pelacur lebih2 lagi kaum wanita yang menjaga maruah diri dengan menutup aurat, aku rasa ia bukan sesuatu yang sepatutnya dikeluarkan oleh orang agama.

Jika muslimah yang pergi demontrasi dilabel sebagai pelacur kerana mereka menggunakan tubuh badan mereka untuk mendapatkan hasil yang mereka harapkan serta menayangkan tubuh badan mereka (termasuk suara yang dianggap aurat oleh beberapa mazhab fiqh) kepada para lelaki, maka bagaimana pula dengan penyanyi wanita, penceramah wanita, wanita yang bekerjaya, pemimpin wanita, isteri pemimpin dan lain2 lagi?

Mereka juga menggunakan tubuh badan mereka (guna tubuh badan untuk bekerja dan mencari rezeki, bukan jual tubuh badan untuk seks) untuk mendapatkan hasil yang mereka harapkan? Mereka juga menayangkan tubuh badan termasuk suara kepada para lelaki? Adakah mereka juga boleh dilabel pelacur? Kalau macam tu boleh kata 99% wanita Islam kat Malaysia ini adalah pelacur, termasuk ibu, isteri dan anak perempuan kita sekali?

Sedangkan gadis yang liar dan seksi pun aku tidak sanggup menghina dan melabelkan mereka dengan perkataan pelacur kerana aku percaya mereka juga mempunyai peluang untuk berubah, inikan pula gadis yang menjaga aurat dan harga diri.

Cukup2lah ustaz, nak berdakwah pun bukan begitu caranya. Mempunyai pandangan yang berbeza pun tidak perlulah sampai nak melabel kaum wanita dengan begitu hina dan keji. Apa yang dibuat bukan semakin memulih keadaan, malah hanya menambahkan kebencian serta merosakkan reputasi agamawan dan nama parti yang diwakili sahaja.

Bacaan lanjut - Ustaz Asri bantah ulama muda Umno katakan Muslimah bantah GST pelacur kelas atasan.



http://bicaranetworks.blogspot.com



Saya ingin berkongsi kisah saya mencari ayah saya yang mana saya anak luar nikah-segak ..bercermin Mata ..dia org kenamaan Pengerusi Persatuan xxxx

Mohon hide profil saya Admin..tq
Saya ingin berkongsi kisah saya mencari ayah saya yang mana saya anak luar nikah..Dan saya tak kenal siapa ayah saya.



Masa ibu mengandungkan saya ayah saya cuma beri sepucuk Surat n dlm tu tertulis Terimalah 50 rgt ini Dan jangan Cari saya lagi.dgn tandatangan ,nama penuh n jawatan dia adlh Pegawai Daerah di sebuah daerah..
Bila saya sekolah menengah saya mulalah mencari..Apa yg saya tahu dia Islam..Dan ibu saya non Muslim..


Mula mula saya Cari di buku telefon..yg warna kuning..sy jumpa alamat dgn rmh.tp dia dah pindah..lepastu saya try Google no ofis lama dia..saya dapat..org situ cakap dia dah berhenti..saya minta no telefon dia dgn staf..


dia orang bagi..saya Cuba kol..dia angkat..saya Tanya ni Encik Xxxx bin..hj Xxx ke? Dia cakap yerr saya..Ada APA? Sy ckap la sy ank awak lama dah saya Cari..mungkin awak salah nombor kot dia cakap..saya save no hpon dia..saya Cek profile pic dia d Wasap..saya Tanya IBU saya..ni ke muka ayah mak?
Mak cakap ya..segak ..bercermin Mata ..dia org kenamaan..


saya search di Google..Byk terpampang muka dia..berita dia..Pengerusi Persatuan xxxx..sangat hebat Dan berkaliber.di majlis Sana sini berucap .saya save smua foto dia..

Di sini saya sangat berpuas hati kerana Dari kecil saya Cari dia nak tengok muka..saya dah dpt kenal walau cuma dlm gambar..saya tak minta Wang atau harta cukuplah dia kata Ya saya anaknya.


.Patutlah org cakap wajah saya cantik..ayah saya agak handsome..Smoga suatu saat nanti saya bisa terserempak ayah dimana mana..kerana engkau aku lahir ke dunia wpun kau buang aku n ibuku..ku doakan dia sihat..

TOLONG-ambik tindakan jikalau rumah anda ada tempat lap kaki yang serupa ini...


Assalam..kat rumah sapa ada lap kaki macam ni tolong cek.

.kwan shida tempat lap kaki koyak..tengok2 ada ayat al-quran kat belah dalam..nasib la koyak..klu xkoyak selagi tu la dok pijak2 lap kaki...
Allahuakbar....


antara komen netizen

 Eley Suriana Elly Ni kafir laknat punye keje la..geram nye..

 Azam Mohd Allahuakbar... perbuatan yang jahat dan iblis... allahuakbar...


 Pemusnah Emosi Allahuakbar.. Laknatla natey yg buat alas tuhh

 Jayniah Afira Eehhh...adakahh..mcm tuu...teruknyaaa...

 Hamidah Hashim Melampau betul lh org ne....

 Info Semasa Dalam Dan Luar Negara

GERUN -jumpa mayat pengamal ilmu hitam mentera yang digunakan untuk membuatkan kulit berkenaan diawet dan tidak dimamah tanah.

*Pakar arkeologi Thailand jumpa mayat pengamal ilmu hitam*
*2016/11/29*
*Portal MyStar*
BANGKOK: Pakar arkeologi di Thailand digemparkan dengan penemuan rangka yang dipercayai merupakan pengamal ilmu hitam di sebuah kawasan perkuburan purba.

Penemuan menakutkan itu berlaku di Mukdahan berdekatan sempadan Thailand-Laos apabila pakar arkeologi menjalankan proses menggali semula tanah perkuburan tersebut.

Mereka menemukan kulit manusia yang tertera tatu pada rangka manusia berkenaan yang dipercayai ada kaitan dengan amalan ilmu hitam.
Tatu itu berbentuk tulisan Sanskrit merupakan mentera yang digunakan untuk membuatkan kulit berkenaan diawet dan tidak dimamah tanah.
Selain mentera, tertera juga gambar harimau pada kulit tersebut.

Bagaimanapun, pertubuhan arkeologi Thailand Goopaitongdaeng Jeemokkho Goopainueng Soonpaed (GORR). mendakwa, tulisan mentera tersebut mungkin penyebab kematian mayat lelaki itu.
Jelas pertubuhan berkenaan, tatu itu mungkin menghalang lelaki terbabit menjalani pembedahan selepas mengalami radang usus.

"Lelaki itu tidak boleh menjalani pembedahan kerana kulitnya sukar dibedah dan akhirnya dia meninggal dunia dalam kesakitan," kata pertubuhan tersebut.
Punca kulit itu tidak terjejas tidak diketahui tetapi rata-rata penduduk Thailand percaya kejadian itu ada kaitan dengan amalan ilmu hitam.

*Sehebat mana pun manusia akhirnya akan mati dan ada perhitungan dengan Sang Dewata(Allah)*

*Perkataaan DEWATA merujuk kepada pengunaan jawa lama terhadap Sang Pencipta*

Trumph puji ekonomi Malaysia kata PM Najib


*Trumph puji ekonomi M'sia kata PM Najib*
*2016/11/28*
*Bharian.com.my*

PUTRAJAYA: Bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyifatkan ekonomi Malaysia sebagai amat bagus berdasarkan perkembangan 4.3 peratus pada suku ketiga 2016, kata Datuk Seri Najib Razak.

 Perdana Menteri berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Trump dua malam lalu ketika mereka berbual menerusi telefon. "Secara kebetulan, saya berbual dengan bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dua malam lalu. "Beliau tanya mengenai keadaan ekonomi Malaysia, saya kata ekonomi kita berkembang 4.3 peratus suku ketiga 2016. "Beliau kata `kalau begitu, ekonomi Malaysia ini sangat baik. Pada saya, Amerika Syarikat berkembang ekonominya satu peratus, saya hendak mencapai empat peratus'. 

"Jadi, itu reaksi spontan bakal presiden Amerika Syarikat," katanya dalam sesi wawancara khas bersama media di Seri Perdana, hari ini. Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya Malaysia di ambang kebankrapan walaupun ekonomi negara masih berkembang 4.3 peratus pada suku ketiga 2016 dan piawaian Bank Dunia mendapati pengurusan ekonominya berada di landasan betul.

 Najib berkata, dakwaan oleh sekumpulan kecil itu tidak disokong fakta atau kenyataan sahih. Oleh itu, katanya, penjelasan perlu dibuat kepada rakyat bahawa mereka tidak boleh mempercayai apa yang tidak disokong dengan bukti. Perdana Menteri berkata, adalah lebih bijak untuk mempercayai pihak tidak berkepentingan seperti agensi penarafan, Bank Dunia, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bloomberg kerana ulasan serta analisis mereka lebih tepat berbanding dakwaan pihak bermotifkan politik. 

"Saya baru pulang daripada menghadiri persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Di sana saya menemui wakil Moody's (agensi penarafan). Wakil Moody's tidak menegur saya pun (mengenai ekonomi). "Kalaulah kita menjurus kepada ekonomi yang akan bankrap, sudah tentu badan penarafan seperti Moody's akan beritahu mereka melihat keadaan ini akan membawa kepada kemudaratan kalau kita tidak lakukan sesuatu.


 "Saya jumpa dengan Christian Lagarde (Ketua Eksekutif IMF), beliau tidak pun membayangkan Malaysia dalam keadaan krisis. Maknanya, apa yang berlaku bila ada dakwaan kononnya kita akan jadi 'failed state', kita akan jadi bankrap, ia semata-mata adalah serangan politik," katanya.

Najib: ada mata wang yang lebih buruk dari kita-Ringgit antara terjejas teruk dijangka akan terus melemah berbanding Dolar

*Najib: ada mata wang yang lebih buruk dari kita*
*2016/11/28*

*Portal Free Malaysia Today*
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata prestasi ringgit yang dikatakan sedikit menurun berbanding dolar Amerika Syarikat sejak kebelakangan ini bukanlah seburuk yang didakwa sesetengah pihak.

Najib yang juga menteri kewangan berkata beliau hari ini mengadakan perbincangan dengan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim mengenai prestasi ringgit.

Katanya berdasarkan carta prestasi mata wang antarabangsa termasuk ringgit, didapati terdapat mata wang yang lebih lemah ekoran kesan luar kawalan.
“Ada mata wang lain yang prestasinya lebih buruk daripada ringgit. Ada juga (mata wang) yang lebih baik. Kita duduk di tengah-tengah.
“Dan ini kalau kita tengok dari segi pelbagai mata wang, kita tidak menurun sangat, cuma dengan dolar Amerika. Jadi ini adalah kerana kesan luaran yang di luar kawalan kita,” kata beliau pada program khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2016 malam semalam.

Program sejam itu diperantarakan Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Najib yang juga presiden Umno turut mengingatkan agar rakyat tidak terkeliru
dengan kesan penurunan mata wang tersebut memandangkan ia adalah faktor yang berada di luar kawalan.


Beliau menjelaskan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat dan dasar tertentu, umpamanya membawa kepada implikasi bukan sahaja kepada dunia tetapi juga Malaysia.

*Dalam BeritaCorp berkata Ringgit antara terjejas teruk dijangka akan terus melemah berbanding Dolar*

Stesen TV Korea Dedahkan Rosmah Mansor Habiskan Duit bebelanja RM24 Juta

Seperti mana kita sedia maklum negara Malaysia tahap ekonomi semakin parah walaupun ia di nafikan oleh menteri dan pengikut setia BN. 


Justeru tidak hairanlah Rosmah Mansor selaku isteri perdana menteri menasihai rakyat supaya berjimat cermat dan berhemah ketika bebelanja disaat rakyat bawahan sengsara dengan pelbagai cukai dan kenaikan harga barangan keperluan harian.

Namun umpama ketam mengajar anak berjalan apabila printscreen ini menjadi viral yang dikatakan Media korea dedahkan isteri PM bebelanja sebanyak RM24 Juta membeli banrangan peribadi



Adalah ia benar? atau sekadar isu politik semata-mata. Jika fitnah mohon tindakan kerajaan menyaman media korea tersebut kerana mencemarkan Imej Rosmah

Matawang malaysia Tidak Diterima Di Thailand, Malahan Matawang Malaysia Di hina Di Negara Tersebut

Sejak semalam, netizen heboh membicarakan tentang Ringgit Malaysia (RM) yang dikatakan "sudah tidak laku di Thailand"gara-gara tersebarnya beberapa keping gambar notis pemberitahuan di laman sosial.



Netizen mula bimbang dan mempersoalkan tentang keadaan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang dilihat semakin susut.

Malah ada yang mula menyalahkan kerajaan kerana kejatuhan matawang Ringgit sudah ke tahap serius hingga beberapa premis di Thailand sudah tidak menerima Ringgit Malaysia sebaliknya perlu ditukar dalam matawang Thailand (Baht) terlebih dahulu untuk sebarang urusniaga.

Berikut antara reaksi netizen mengenai notis pemberitahuan ini.

"adoi cmna nak huray2 kat danok niiiii" - Haffez Ramudin

"Terkini...saudara baru balik dari jakarta...ternyata rm tak laku..." - Omar Manan

http://1.bp.blogspot.com/-Dq9At5tASeY/WD1q7XGA2zI/AAAAAAAAE_8/I2FhaCxIRwIxAV2BUYCJI8aVUxt4ZwRxQCK4B/s1600/180134dkqczzlkjuqccava.jpg

Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa notis pemberitahuan ini telah di ubahsuai (edit) oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan tertentu.

"Memang la duit kita jatuh tk dinafikan tapi bkn sampai mcm tu sekali puiii" - Wolf Verine

"Nape tulisan Thai bertulis 29/11/59" - Tok Janggut

"29/11/59 thun bila nie" - MUhammad Ridhwan


Mungkin benar juga notis pemberitahuan ini sudah diubah suai kerana terdapat keraguan pada tarikh dalam notis tersebut. Apa pun, sebelum menyebarkan sesuatu informasi yang kurang pasti, hendaklah selidik terlebih dahulu kesahihannya agar tidak menjadi fitnah dan menimbulkan kebimbangan ramai. 


 

Wanita Terkejut Dijamu Aksi Seks Terbuka Dalam Kelab Malam Secara LIVE Lihat Video Penuh

SEORANG pengunjung kelab wanita tanpa segan silu melakukan aksi lucah terhadap seorang pengunjung lelaki sehingga mengejutkan ramai pelanggan pusat hiburan tersebut.


Kejadian berkenaan dirakamkan di tengah bandar Shakhtinsk, di wilayah Karaganda, Kazakhstan.

Video yang dirakam dengan menggunakan telefon bimbit menunjukkan pasangan lelaki dan wanita itu ghairah menari di tengah kelab berkenaan hingga tidak mempedulikan mata lain yang memandang mereka.

Kemudian si wanita dilihat menarik seluar pasangannya itu sebelum mereka melakukan hubungan seks di hadapan penonton yang berada di dalam pusat hiburan tersebut.Tindakan spontan berkenaan malah telah menerima tepukan dan jeritan daripada pengunjung kelab berkenaan.

Beberapa pengunjung premis berkenaan difahamkan tidak melepaskan peluang untuk merakam ‘free show’ tersebut di sebalik ada juga yang berasa malu dengan apa yang terjadi di hadapan mereka.

Rakaman berkenaan yang dimuat naik ke laman sesawang telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat negara bekas Kesatuan Soviet itu.Seorang pengguna, Timur Zhazitov, berseloroh: “Saya mahu pergi ke Shakhtinsk!”









Manakala seorang lagi dikenali sebagai Azheka pula berkata: “Saya tidak mahu melihat anak-anak saya melakukan sesuatu seperti ini dan dirakam, mereka semua patut malu dengan diri sendiri.”

Meskipun video tersebut mencetuskan perdebatan hangat namun nama-nama individu yang beraksi di dalam rakaman itu tidak dinyatakan. – 

 MYNEWSHUB.CC

Video Awek Bertudung Nyanyi Lagu PPAP Umpama Tiada Maruah Diri Dikecam Netizen

SEBUT sahaja lagu Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) nyanyian Piko Taro, kami gerenti ramai boleh menyanyikan lagu dari Jepun ini dek kerana liriknya yang cukup catchy.


Tidak hairanlah, lagu ini menjadi siulan dan mencetuskan fenomena seantero dunia hinggakan muncul bermacam-macam video aksi parody orang ramai menarikan tarian lagu PPAP.

Dalam banyak-banyak video parody PPAP, kami ada tertarik dengan aksi sebuah video yang dihasilkan oleh dua gadis bertudung, dan kini turut menjadi viral di media sosial.

Bukan apa, aksi dua gadis yang rancak menari lagu PPAP ini memang boleh membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya ‘segar mata’ dan ‘speechless’.

Barangkali, ramai terkejut dengan aksi tarian gadis-gadis bertudung ini yang boleh disifatkan agak panas dan terlampau.

Walhal, tarian Piko Taro sendiri langsung tidak menggambarkan elemen-elemen berunsur lucah atau tidak senonoh. – MYNEWSHUB.CC

Lelaki Buka Muzium Zakar Inilah Hasil Zakar Yang dapat Dikumpul Daripada Saiz Kecil Hingga Besar Lihat 4 Gambar Yang Diambil

REYKJAVIK – The Phallological Museum atau muzium zakar kini menjadi antara destinasi tarikan wajib dikunjungi pelancong ke Iceland untuk menyaksikan batang penis makhluk jantan terpilih.


Ia malah memiliki koleksi spesimen alat kelamin jantan terbanyak di dunia sehingga mempesonakan pengunjung untuk melihat sendiri bentuk penis manusia yang dipamerkan bersama-sama aneka zakar haiwan laut dan darat.

Portal berita terkenal Dailymail melaporkan, koleksinya terdiri daripada lebih 250 alat kelamin mulai ukuran paling kecil iaitu milik hamster yang cuma dua milimeter sehingga ukuran terbesar milik paus sperma iaitu 1.7 meter.

Beberapa koleksi lainnya termasuk lampu hiasan yang diperbuat daripada testikel kerbau, zakar manusia milik seorang lelaki Iceland berusia hampir seabad dan batang pohon diukir indah menjadi seumpama bentuk kemaluan.

“Saya datang untuk melihat apakah perkara ini benar, sebab sebelum itu ada dengar cerita sebuah muzium penis di Reykjavik,” kata Jerry Anderson, seorang pelancong berasal dari Amerika Syarikat kepada agensi berita AFP.

Muzium Zakar Pamer Penis Dari Hamster Hingga Paus

Muzium Zakar Pamer Penis Dari Hamster Hingga Paus


Menurut jurucakap The Phallological Museum, kewujudan mereka mungkin mampu mencetuskan perasaan gelak ketawa pengunjungnya ketika mereka dapat melihat sendiri kesemua 286 koleksi alat kelamin jantan terpilih.

“Anda dapat dididik mengenai isu zakar secara lebih formal dan pada waktu sama mampu bergembira ceria,” kata Hjortur Sigurdsson, 52, salah seorang pengurus di muzium berkenaan kepada pihak media tempatan.

Bapanya, Sigurdur Hjartarson (gambar atas), secara kebetulan merupakan ahli sejarah yang kemudian bekerja menjadi guru selama 37 tahun. Beliau membuka muzium itu pada 1997 dengan asalnya hanya ada 62 spesimen.

“Semua pada awalnya hanya jenaka. Ayah saya senang mengumpul sesuatu yang belum pernah dilakukan orang lain sebelumnya. Waktu itu dia hanya kata bahawa seseorang harus melakukan hal ini,” jelas Sigurdsson.

Muzium Zakar Pamer Penis Dari Hamster Hingga Paus

Muzium Zakar Pamer Penis Dari Hamster Hingga Paus


Pada tahun 1980, Hjartarson telah berjaya menghimpun 13 spesimen, dengan sembilan merupakan dari haiwan mamalia darat dan empat daripada jenis paus. Selama satu dekad setelah itu, koleksinya naik menjadi 34 spesimen.

Namun beberapa tahun kemudian, mereka menerima spesimen manusia. Sigurdsson menyatakan bahawa spesimen manusia dikirim oleh penderma Iceland berusia 96 tahun, dia takut penisnya mengerut seiring umurnya bertambah.

Terletak di Laugavegur 116 di ibu kota Iceland, muzium ini dibuka kepada awam dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari dan lazimnya sebahagian besar pengunjung menghabiskan masa selama 45 minit meninjau pameran.

Dianggarkan majoriti daripada 11,000 pengunjung tahunan merupakan pelancong warga asing. Uniknya salah satu hal yang menarik ialah lebih 60 peratus pengunjung merupakan golongan wanita! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sebanyak 280 liter minyak petrol RON95 yang cuba diseludup ke Thailand menggunakan tangki minyak dalam pikap diubahsuai dirampas

Kangar: Sebanyak 280 liter minyak petrol RON95 yang cuba diseludup ke Thailand menggunakan tangki minyak dalam pikap diubahsuai dirampas

anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis di Padang Besar hari ini.

Dalam kejadian 10 pagi itu, sepasukan anggota KPDNKK Perlis diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa, Mohd Syamsul Amin Yusof membuat pemeriksaan di sebuah gudang menjual petroleum di Kawasan Perindustrian Padang Besar.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Perlis, Jamal Nor Ahmad Harun berkata, ketika pemeriksaan seorang lelaki berusia 30-an sedang leka mengisi minyak ke dalam Toyota Hilux.

“Lelaki itu ditahan dan pikap berkenaan dibawa ke stor simpanan KPDNKK di Behor Pulai untuk pemeriksaan lanjut.

“Kami menemui 280 liter petrol dalam dalam tangki minyak pikap itu yang diubahsuai,” katanya di di sini, tadi.
Menurutnya, tangki minyak pikap berkenaan hanya boleh diisi 80 liter namun diubahsuai untuk memuat 200 liter lagi petrol.

Gudang itu mempunyai lesen menjual minyak namun KPDNKK tidak membenarkan minyak dijual menggunakan tangki diubahsuai, hanya menggunakan tangki asal kenderaan.

Harga petrol di Thailand ialah RM3.60 seliter berbanding RM1.95 di Malaysia.
Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta dan penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

sent by Harian metro
Kiriman:
BI1M'SIA🇲🇾
NKC👵🏻
ISDDLN

PADAH TEBANG POKOK BERPUAKA-Kehadiran jutaan ulat bulu hitam yang tidak diundang pada hari perkahwinan



Tetamu jemputan terpaksa pulang lebih awal apabila kawasan itu dipenuhi ulat berkenaan yang dipercayai datang dari pokok api-api di tepi laut. - Foto Astro AWANI


KUALA KEDAH: Bayangkan... Kehadiran jutaan tetamu yang tidak diundang pada hari perkahwinan anda.

Pastinya ia bukan sahaja mengejutkan malah boleh menyebabkan anda kecewa.

Namun, itu yang berlaku apabila jutaan ulat bulu hitam menyerang sebuah majlis perkahwinan di Kuala Tebengau, di sini, hari ini.

Malah, tetamu jemputan terpaksa pulang lebih awal apabila kawasan itu dipenuhi ulat berkenaan yang dipercayai datang dari pokok api-api di tepi laut.


Bapa pengantin, Mat Ali Zainol, berkata, sebelum ini dia resah memikirkan kehadiran ulat itu disebabkan majlis perkahwinan anak perempuannya, Qurratuaini Mat Ali, 28, yang berlangsung hari ini.

Disebabkan kebimbangan itu, dia yang menjemput lebih seribu tetamu terpaksa menyembur racun serangga berhampiran kawasan rumah untuk memusnahkan serangga berkenaan.

Namun, tindakannya itu seolah-olah gagal apabila kehadiran ulat itu semakin bertambah sehingga memasuki ke dalam rumah.

"Kelmarin ini tak ada buat apa la...Saya cuma tebang pokok ini lepas itu sembur segala ubat sikit-sikit, lepas itu dia hilang.

"Tetapi kalau tidak lagi banyak, ia hanya bergayut atas pokok," katanya.

Penduduk mendakwa, serangan ulat gonggok itu berlaku sejak seminggu lalu.

Bagaimanapun, bilangan serangga itu yang makin meningkat terutama di kawasan pesisir pantai dan sekitar jalan kampung menjadi keresahan penduduk setempat.

"Lepas itu tengah kami duduk mengupas bawang, ulat itu dia datang dengan banyak, ia datang dan saya tak tahu nak cakap macam mana, terlalu geli bila tengok.

"Rawang-rawang (bergayut) macam itu la. Sudah banyak sangat lepas itu mereka panggil Agensi Pertahanan Awam Malaysia, tetapi mereka pun tidak tahu nak buat apa, mereka hanya tebang pokok," kata Harisson Shahrif yang merupakan penduduk setempat.

Malah, ada penduduk yang mengalami alahan kulit dan gatal pada anggota badan akibat terkena serangga berkenaan.
Difahamkan, kira-kira 33 buah rumah penduduk Kampung Tepi Laut Tebengau semuanya diserang serangga berkenaan.

Pegawai APM Kota Setar, Leftenan (PA) Mat Zain Baharom berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kehadiran serangga itu kelmarin pada jam 9.40 pagi.

Tiga anggotanya bertindak menebang ranting, dahan dan pokok yang diserang ulat berkenaan dan memusnahkannya dengan membakar di kawasan kampung berkenaan.

Mat Zain bagaimanapun tidak dapat memastikan ia membabitkan fenomena pelik yang berlaku dan dari mana datangnya ulat gonggok.






http://www.astroawani.com

menafikan dia sengaja memegang tangan Neelofa ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei-fattah





Kuala Lumpur: Pelakon Fattah Amin menafikan dia sengaja memegang tangan Neelofa ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei semalam seperti tersebar di laman sosial.



Fattah, 26, berkata perkara itu berlaku secara tidak sengaja apatah lagi dia perlu melindungi Neelofa daripada diserbu peminat.

"Kalau nak tahu ketibaan kami di Brunei disambut dengan meriah malah ramai peminat menanti kami di balai ketibaan. Keadaan memang sesak. Walaupun ada pengawal peribadi, keadaan jadi tidak terkawal.

"Pada masa sama, saya terpaksa melindungi Neelofa daripada dihimpit peminat. Saya kasihan dengan dia apatah lagi dia bertubuh kecil. Kiranya apa yang hangat tersebar itu bukanlah disengajakan,” katanya kepada Harian Metro.

Bintang utama drama Suri Hati Mr Pilot itu memaklumkan peminat di Brunei turut menunggu ketibaan mereka di hotel.

Ditanya sejauh mana hubungannya dengan pengacara program MeleTop itu, Fattah menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT.

"Saya tahu ramai mahu kami bercinta sehingga mewujudkan akaun kelab peminat di Instagram. Malah setiap komen diletakkan #lofatah . Apa boleh saya katakan, doakan yang baik-baik saja,” katanya.

Selain itu, Fattah turut menafikan Neelofa menghalangnya bergandingan dengan Mira Filzah dalam sebuah drama.

"Perkara ini tak ada kena mengena dengan Lofa. Itu hanya cakap-cakap orang. Sebenarnya jadual kerja saya tak mengizinkan untuk terbabit dalam drama itu. Bukan apa, saya perlu fokus dengan bisnes kafe yang baru saja beroperasi di Kota Damansara.

"Selain itu, pusat gimnasium saya yang beroperasi di Kelana Jaya akan dipindahkan ke Kota Damansara. Senang untuk saya pantau jika dua bisnes ini terletak di premis yang sama,” katanya.







suami ada skandal bila suruh bernikah alasan tak mampu tapi check in hotel buat maksiat selalu mampu pulak

assalamualaikum...
Saya nak tumpang minta pendapat...


Saya dan suami dah 9 tahun berumah tangga...
Saya tau dia ada makwe lain dan saya ni jenis malas nak bergaduh...saya ada bukti diorg check in bagai...

Yang masalahnya sekarang,saya dah contact budak pompuan tu,nak meminang dia...dari diorang duk buat maksiat baik la kawin...
Tapi xmau pulak...katanya nak tumpang kasih je...


Husband pun dapat tau pasal ni,dia cakap dia pilih saya...
Tapi umpama campak air panas dalam kolam renang la...xde effect pape pun sebab jumpa gak,bermadu kasih dalaam whats app jugak..
Saya pegi jumpa kakak budak pompuan ni sebab dia yatim piatu...nyatakan hasrat nak buat dia madu saya...tapi kakak dia terkejut sebab ingat husband saya xkawin lagi (maksudnya penah bawak husband saya jumpa kakak dia la ni)...

Kakak dia xbenarkan dan akan halang adik di jumpa husband saya...tapi dah terlambat kak non oooiii...
Adik ko tu da check in bagai dah...


Bila husband dan skandalnya tu dapat tau saya gi jumpa kakak budak ni,terus budak tu cakap dia bukan nak kawin dengan husband saya...just nak menumpang kasih je..hotak hang tumpang kasih sampai check in.
Dah orang offer nak halalkan dua2 xmau,tapi duk check in hotel tambah dosa...bangkai sungguh perangai...

Saya dengan suami memang xtido sebilik dah...xlalu nak pegang dia lepas pikir apa dia buat...tapi saya masih hormat dia sebagai suami...masih jaga makan minum...xpernah masam muka dengan dia...

Sekarang ni nak tanya...nak bagi peluang kedua ke tak?
Dah tu ni nasihat sikit la...orang pompuan sekalian,sekali pun nak menumpang kasih,xpayah sampai serah diri kat jantan2 keparat...kalau 'lelaki',dia hormat maruah perempuan...yang 'jantan' ni x...

Lagi 1 kalau xmau jangan buat,kang orang offer jadi madu,xmau pulak...xmau jadi perampas la konon...bila orang halang kata xmau ikut sunnah nabi...Batu lesung mau?

Jadi,boleh dibaiki lagi x hubungan ni...kalau ikut perasaan memang xla...tapi kena pikir anak dengan family dia..mak mertua dengan saya rapat,takut sebab kes ni,jadi bermasam muka...aduhhh...buntu...

"Apabila Hafidz menyebut nama saya dalam program Melodi baru-baru ini dan perkara sama disiarkan dalam akhbar ini semalam, sudah sampai waktunya saya tampil menjelaskan perkara sebenar.- Norman Danish


Kuala Lumpur: Pengendali laman sosial yang didakwa mengambil alih akaun Facebook milik pelakon Hafidz Roshdi tampil memberi penjelasan sekali gus menafikan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya.




Individu yang dikenali sebagai Norman Danish, 28, yang juga Pengarah Eksekutif Misi Viral berkata, dia kesal apabila Hafidz meletakkan kesalahan terhadap dirinya sedangkan perkara itu dibuat atas keputusan bersama.

"Apabila Hafidz menyebut nama saya dalam program Melodi baru-baru ini dan perkara sama disiarkan dalam akhbar ini semalam, sudah sampai waktunya saya tampil menjelaskan perkara sebenar.

"Saya mula mewujudkan dan mengendalikan akaun Facebook atas nama Hafidz Roshdi sekitar Februari atau Mac lalu. Sejak itu saya memuat naik segala gambar dan aktiviti membabitkan Hafidz sehinggalah jumlah 'likes' mencecah hampir 200,000.

"Sebagai pengendali akaun saya perlu dibayar seperti mana yang dilakukan artis lain tetapi Hafidz tidak berbuat sedemikian. Disebabkan itu saya memuat naik iklan bagi mendapatkan pendapatan," katanya kepada Harian Metro.

Norman berkata, dia sedia menutup atau menyerahkan akaun itu sekiranya Hafidz bersetuju membayar hasil usaha dan kerjanya selama ini.

Menurut Norman, dia mula meminta bayaran sejak tiga bulan lalu namun Hafidz tidak memberikan sebarang reaksi.

"Memang betul saya menggunakan namanya tapi itu atas persetujuan bersama. Kalau dia mengharapkan saya menutup akaun itu, saya juga mengharapkan dia membayar saya. Berapa jumlah yang saya minta, itu kami perlu berbincang.

"Saya ada menghantar mesej kepadanya untuk berjumpa dan menyelesaikan perkara ini tetapi dia tidak memberikan sebarang maklum balas. Jadi saya tunggu saja," katanya.

Norman turut menafikan dakwaan Hafidz dia sengaja membuang pelakon drama Tundukkan Playboy Itu sebagai salah seorang pengendali akaun.

"Hafidz mula bertanya kepada saya kenapa dia sudah tak menjadi pengendali akaun itu pada 8 Oktober lalu. Kalau nak tahu Hafidz yang buang dirinya sendiri.

"Sama ada atas kesilapan sendiri atau tidak disengajakan, itu saya tak pasti. Saya adaminta alamat emel bagi tujuan menjadikan dia pengendali akaun semula, tapi tidak berjaya," katanya.

Sementara itu Hafidz ketika dihubungi memaklumkan dia sudah membuat laporan polis pada 22 November lalu di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam.

"Tujuan saya membuat laporan polis adalah untuk menghentikan penggunaan akaun Facebook lama itu. Laporan itu akan memudahkan pihak Cyber Security Malaysia (CSM) menjalankan tugas mereka.

"Saya sudah mendapatkan nasihat daripada pihak CSM berhubung perkara ini. Sekarang saya menunggu jawapan dan maklum balas daripada mereka,” katanya.

Semalam Hafidz menerusi laporan Harian Metro meluahkan rasa kesal apabila akaun Facebook miliknya diambil alih individu tidak bertanggungjawab sehingga mendatangkan pelbagai masalah kepada dirinya.

Hafidz mendakwa individu yang dikenalinya itu memuat naik iklan produk yang secara terang-terangan melanggar kontraknya sebagai duta satu produk kecantikan.





mak mertua saya masuk bilik, duduk atas katil sekali dan usap2 janggut suami saya sambil baring2 sekali. saya yang di sebelah tergamam dengan tindakan tu.

assalamualaikum semua. saya pinjam fb kawan saya untuk mintak pendapat semua. saya kt sini memang tak cerita berkenaan rampas merampas. tapi again berkenaan mak mentua.

saya dah kahwin beberapa tahun dengan suami dan lepas kahwin saya tinggal serumah dengan suami and mak mertua dalam rumah.
mula2 biasalah semua takda apa2 masalah. tapi masuk bulan ketiga keempat mak mertua dah mula cakap macam2. 

sedangkan saya kt rumah memang dh mcm bibik tapi sy redha sebab memang nak meringankan beban suami and mak mertua. jadi saya okay. cuma tak okay bila mak mertua mula nak cakap mcm2 berkenaan kerja2 saya. dia takkan makan masakan saya and sanggup goreng1 telur makan nasik dengan telur semata2 taknak sentuh lauk saya masak.


 padahal memang saya sentiasa tanya nak makan apa and mcm mana cara masakan dia supaya dia selera nak makan (memandangkan suami dh awal2 bagitau mak dia cerewet). lama2 saya dapat hadam dah dengan peel mak dia yang tak suka makan saya masak tu. sedangkan suami sentiasa cakap sedap and tambah nasik. and saya sendiri pun memang rasa masakan tu okay.


masuk dh beberapa bulan mak mertua mula nak tunjuk jealous yang saya rasa berlebihan. sedangkan suami saya pun memang layan saya so so kalau depan mak dia. sebab taknak bagi mak dia terasa. mak dia pernah report dekat anak dia yang lain cakap kami tinggal dia sorang2 dalam rumah entah kami hilang pergi mana. sedangkan masa tu baru 2 jam kami keluardan cari barang berniaga.

 dan sememangnya kami keluar masa tu tk bwk dia sebab tau dia akan penat sbb kami beli brg kuantiti yg banyak nak usung. dan kami memang pasti kami dh inform and siap salam mak dia lg sebelum keluar. lepas mak dia report tu, apa lagi saya kena marah la dengan ipar. sampai saya speechless malas nak jawab apa2. suami pun jadi segan dengan saya sebab sifat kakak and mak dia tu.

yang paling tak tahan, mak dia sekarang dah tak kisah nak masuk bilik kami sesuka hati. contoh tengah pagi pukul 6 pagi akan bukak pintu nak tengok. ataupun suami dh pesan suruh kejutkan solat. selesai2 solat kadang2 kami sambung rehat balik sebab berniaga letih, mak dia akan bukak pintu tengok lagi. tanpa bagitau apa2. pernah saya kunci pintu sekali, mak dia cakap jangan la kunci pintu. nanti jadi apa2 kt mak susah mak nak ketuk. padahal since kami tk kunci mak dia boleh dikatakan setiap hari akan bukak pintu.

 kadang2 menjerit2 sambil bukak pintu sebab nak panggil tanpa sebab. tiba2 ja menjerit or panggil2. pernah beberapa kali mak mertua bukak pintu, kami berdua tengah duduk sama2 memandangkan kami memang jarang luangkan masa bersama berdua di rumah. suami akan lebih fokus kepada maknya di rumah kalau mak dia ada dan saya pun faham. jadi ada satu masa tu, kami duduk sekejap berdua lepas solat isya. 

saya tengah bersembang hal2 saya pada suami atas katil, mak mertua saya masuk bilik, duduk atas katil sekali dan usap2 janggut suami saya sambil baring2 sekali. saya yang di sebelah tergamam dengan tindakan tu. kami memang takda privasi langsung. suami terpaksa tak berpindah dari rumah tu kerana mak mertua sy sudah tua dan suami anak bongsu. dan rumah yg diduduki tu rumah suami.


dan sekarang saya mengandung, saya terpaksa buat kerja macam bibik juga tanpa kurangkan sikit pun kerja. kecuali bila suami ada di rumah suami akan suruh sy berehat. bila suami keluar berniaga, mak mertua sy akan suruh sy masak, kemas rumah dan kerja2 harian. kdg2 masak sambil termuntah2 sampai jiran2 tanya. bila jiran tanya mak mertua akan tolong jawab 'dia tak alah pun'. padahal dia tau saya alah teruk.


tolonglah warga krt. adakah saya yang silap dalam hal ini? banyak lg yg sy tidak nyatakan. tetapi jika sy silap tlg tegur sy. dan berikan pendapat positif

Netizen Dedahkan Sharnaaz Ahmad Mengamuk Tumbuk Nabila Kakak Neelofa, Ini Perkongsian Netizen Tersebut

Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon sado Sharnaaz Ahmad kerap menjadi bualan hangat ramai.. Baru-baru ni Sharnaaz menjadi bualan hangat kerana mengamuk kat akaun Instagramnya kerana tak puas hati dengan seorang pelakon baru yang dikatakan berkelakuan biadap dengannya..


Selepas isu panas tu, timbul lagi kontroversi panas lain pulak u’olls.. Perkara ni lebih hangat daripada kotroversi mengamuk kat pelakon baru tu.. Sharnaaz didakwa memukul kekasihnya yang jugak kakak kepada pelakon popular Neelofa, Nabila.. Perghh.. Biar betul ni??

Sebelum ni bukan main manja lagi pasangan kekasih ni.. Tut! Tup! Timbul pulak isu panas ni.. Apa cer ni?? Dakwaan tersebut timbul selepas Nabila memuat naik satu gambar di akaun Instagramnya pada 26 November lalu, gambar tersebut telah mencetuskan banyak persoalan kepada orang ramai..


https://utaranews.files.wordpress.com/2016/11/wp-1480333458069.jpg

Tapi sayangnya gambar tu telah dipadamkan oleh Nabila.. U’olls tengok jer lah komen-komen yang dilemparkan terhadap gambar tu.. Ramai tertanya-tanya apa yang sebenarnya terjadi kepada pasangan terbabit.. Miss dengar Nabila bukan setakat ditumbuk jer, malah ditinggalkan di sebuah stesen minyak..
https://utaranews.files.wordpress.com/2016/11/wp-1480333422891.png
https://utaranews.files.wordpress.com/2016/11/wp-1480333443434.png

Apa-apa pun u’olls tunggu je la cerita sebenar dari tuan punya badan sendiri yer.. Lagipun Miss tengok kat akaun Instgram Nabila masih ada gambar-gambar Sharnaaz lagi.. Kalau dorang bergaduh besar, tak akan masih nak simpan gambar jantan tu kan?? – Misshana/Utaranews

Stesen TV Popular Tak Sengaja Tayangkan Video Lucah Selama 30 Minit

STESEN penyiaran Amerika Syarikat, CNN mendapat malu besar apabila pekerjanya secara tidak sengaja telah menayangkan sebuah klip video lucah selama 30 minit di saluran tv tersebut, baru-baru ini.
CNN sepatutnya menayangkan rancangan dokumentari penggembaraan yang dijayakan hos terkenal Anthony Bourdain yang berjudul Anthony Bourdain Parts Unknown ketika video lucah itu ditayangkan di seluruh Boston.

Namun begitu, jurucakap CNN menafikan perkara yang berlaku itu adalah di atas kesilapan mereka.

Sebaliknya, mereka mendakwa itu adalah kesilapan teknikal yang perlu ditanggung syarikat operater pengendali stesen tersebut di Boston iaitu syarikat RCN.

Tayangan video lucah selama 30 minit itu dipercayai memaparkan aksi seks seorang bintang porno transeksual, Riley Quinn.

Riley difahamkan ‘berterima kasih’ kepada CNN kerana telah memberikan publisiti percuma kepada dirinya di atas kesilapan teknikal tersebut. – MYNEWSHUB.CC


Back To Top