Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Terlalu Penat meminta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuaan, Adenan Akan Megambil Tindakan Sendiri

BINTULU: “Saya sudah letih. Saya mula jemu meminta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuaan untuk membantu penduduk luar bandar.

“Mereka sering kata tidak cukup peruntukan. Ya memang benar… dan kita faham akan situasi ekonomi sekarang.



Kerana itu katanya, beliau tidak akan menunggu Kerajaan Persekutuaan untuk projek mega negeri ini seterusnya, sebaliknya akan mencari sendiri dana untuk membiayai projek itu, tanpa terlalu mengharapkan Kerajaan Pusat.

Berucap ketika merasmikan persidangan Pewakilan Tritahunan Ke-4, Parti Rakyat Sarawak (PRS) di sini hari ini, Adenan berkata, projek mega yang dimaksudkan itu ialahjajaran pesisir pantai, yang akan menjadi penghubung kepada semua pusat bandar di kawasan luar bandar negeri ini.

“Untuk tujuan itu, (James) Masing dan (Wong) Soon Koh akan ke China untuk mendapatkan cadangan pembinaan jalan raya pesisir pantai itu,” katanya.

Kerajaan Negeri tambahnya, akan menggunakan rizab simpanan RM1 bilion untuk kemudahan asas penduduk luar bandar untuk menjayakan projek tersebut.

“Kita membuat keputusan ini kerana kita mahukan penduduk luar bandar di negeri ini mendapat manfaat daripada projek kerajaan, sebagai membalas kesetiaan mereka kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.

Tegasnya, jika kerajaan Persekutuaan boleh memajukan keretapi laju, tidak mustahil mereka boleh membantu komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan laluan jalan raya di luar bandar selain bekalan elektrik dan air untuk semua sekolah yang tiada kemudahan asas itu.

Adenan berkata, beliaiu percaya usaha tersebut akan membantu memperkasakan pembangunan di kawasan-kawasan luar bandar terbabit, sekali gus meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat rakyatnya.

“Kita ke China kerana ingin mengadakan perbincangan lebih lanjut termasuk meneliti bantuan teknologi dan kaedah pembinaan yang berkaitan.

Memahami kekangan Kerajaan Persekutuaan katanya, ikhtiar Kerajaan Negeri adalah mencari alternatif lain agar agenda pembangunan kawasan pedalaman dan luar bandar Sarawak tidak terbantut.

“Yang pasti, Kerajaan Negeri tidak boleh selama-lamanya mengharapkan peruntukan kewangan daripada Kerajaan Persekutuaan untuk membiayai pelaksanaan projek berkenaan, selain projek pembangunan lain di Sarawak,” tegasnya. – Sarawakvoice





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Terlalu Penat meminta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuaan, Adenan Akan Megambil Tindakan Sendiri . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top