Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

mia akan bernikah dengan penjaga gol JDT awal tahun depan..siapakah jejaka yang beruntung tu

*Penjaga gol JDT akan nikah tahun depan*
*2016/10/20*
*Kosmo OnLine*


KUALA LUMPUR - Pelakon Mia Ahmad yang bercinta dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi Roslan bakal berkahwin pada tahun hadapan.

Bagaimanapun, Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 28, berkata, setakat ini mereka masih belum mempunyai tarikh untuk melangsungkan perkahwinan.

"Secara jujur, saya sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang cuma buat masa sekarang, masing-masing sibuk dengan kerjaya.

"Alhamdulillah hubungan kami telah direstui dan kami sudah bertemu keluarga untuk berbincang ke arah perkahwinan," ujarnya ketika sidang media Anugerah Skrin 2016 di Hotel Renaissance, di sini hari ini.

Pasangan itu menjalin hubungan cinta lebih setahun lalu dan perhubungan mereka mula dihidu oleh media selepas sekeping gambar Izham, 25, meraikan hari lahir pelakon drama Hati Perempuan itu di sebuah kafe di Johor Bahru, Johor tersebar.

Bagaimanapun, sebelum ini Mia pernah menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki tersebut sebelum mengaku rapat sekitar Jun lalu. - K! ONLINE
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp…
Hakcipta terpelihara



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA mia akan bernikah dengan penjaga gol JDT awal tahun depan..siapakah jejaka yang beruntung tu. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top