Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kaki Dirantai Pada Tiang Kerana Enggan Hadir Kelas Bahasa Cina-IBU KEJAM

26 October 2016
Kaki Dirantai Pada Tiang Kerana Enggan Hadir Kelas Bahasa Cina


PETALING JAYA - Gambar seorang murid perempuan dirantai di sebatang tiang lampu, tersebar di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Lagoon Perdana itu, mangsa ditemui dalam keadaan kanannya dirantai pada sebatang tiang lampu dan dikunci dengan selak besar bersama dengan beg sekolah dan sebotol air yang dibekalnya. 

Menurut mangsa yang dipercayai berada di situ sejak tengah hari berkata, ibunya telah merantai kakinya kerana dia enggan menghadiri kelas Bahasa Cina.
Difahamkan, orang awam yang menemui mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa yang kemudian tiba di tempat kejadian membebaskan mangsa pada jam 7 petang.

Susulan kes itu juga, ibu kepada murid berkenaan telah ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Sunway untuk siasatan lanjut.




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: pelik

TERIMA KASIH SUDI BACA Kaki Dirantai Pada Tiang Kerana Enggan Hadir Kelas Bahasa Cina-IBU KEJAM. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top